IRAN TUTUP
SELAT HORMUZ
SEKALI LAGI
AMIN
AMARAN UNTUK
TERAM DAN
ZIONIS ISRAHELL
KHALAS
Iran umum penutupan semula Selat Hormuz susulan serangan maut Israel di Lubnan
TEHRAN: Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz, hari ini, susulan serangan Israel di Lubnan yang disifatkan Tehran sebagai pelanggaran terhadap perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang di Asia Barat.
Tentera Israel bertempur dengan pejuang Hizbullah, manakala pesawat perangnya melancarkan serangan maut di selatan Lubnan, semalam, beberapa jam selepas AS mengumumkan gencatan senjata baharu antara kedua-dua pihak.
Insiden itu menjejaskan perjanjian yang dimeterai minggu ini antara Presiden AS, Donald Trump, dengan rakan sejawat dari Iran, Masoud Pezeshkian, bagi menghentikan perang serantau di semua medan termasuk Lubnan, yang menjadi tuntutan utama Tehran.
Dengan merujuk kepada 'pelanggaran perjanjian oleh AS' dan 'pencabulan berterusan serta tanpa henti terhadap gencatan senjata di selatan Lubnan oleh rejim Zionis', pusat pemerintahan tentera Iran mengumumkan Selat Hormuz akan ditutup kepada semua trafik kapal.
Selat Hormuz yang menjadi laluan penting penghantaran minyak dan gas telah disekat Iran sepanjang tempoh perang, sekali gus mencetuskan kejutan dalam pasaran tenaga global.
Iran sebelum ini bersetuju membuka semula laluan itu bawah perjanjian awal dengan AS, dan trafik perkapalan mula pulih dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Rundingan susulan mengenai perjanjian AS-Iran yang dijadualkan berlangsung di Switzerland, semalam, ditangguhkan tanpa tempoh ditetapkan selepas Israel melancarkan siri serangan maut di Lubnan susulan kematian empat tenteranya dalam pertempuran.
Petang semalam, seorang pegawai AS mengumumkan gencatan senjata baharu antara Israel dengan Hizbullah yang diusahakan oleh pengantara AS dan Qatar.
Media Kerajaan Lubnan melaporkan serangan udara Israel di kira-kira 20 lokasi, manakala agensi pertahanan awam negara itu memaklumkan 16 orang terbunuh di kawasan Nabatieh.
Jurugambar AFP di lokasi menyaksikan kepulan asap tebal menyelubungi bandar itu selepas serangan berkenaan.
Kementerian Kesihatan Lubnan turut melaporkan tujuh lagi terbunuh dan 13 cedera dalam serangan ke atas sebuah kampung berhampiran bandar Sidon.
Seorang lagi wartawan AFP di sebelah sempadan Israel melihat asap tebal berkepul di belakang Kubu Beaufort, kedudukan strategik berhampiran Nabatieh yang ditawan Israel pada bulan lalu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan