Khamis, 2 Julai 2026

DUIT BOLEH BELI AMPON


BERAPA JUTA

DOLAR JO LO

LOBI UNTUK

DAPAT AMPUN

AMIN

KALAU ADA DUIT

AMPON MUDAH

SAMPAI 

AMIN

 KENAPA ANWAR

 BIN IBRAHIM 

TIDAK BANTAH ?

AMIN

ADA MASYUUUK

KE?

KHALAS


Jho Low mungkin antara 250 individu terima pengampunan Trump sempena Hari Kemerdekaan AS

AHLI perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dilaporkan antara kira-kira 250 individu yang mungkin dipertimbangkan untuk menerima pengampunan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sempena sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan negara itu pada 4 Julai ini.

Menurut laporan The Atlantic, penyanyi kumpulan Fugees, Pras Michel, turut berada dalam senarai individu yang dipertimbangkan untuk menerima pengampunan berkenaan.

Michel sebelum ini disabitkan bersalah kerana berkomplot dengan Jho Low serta seorang pegawai kerajaan China bagi mengatur kempen melobi untuk menghentikan siasatan jenayah AS terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan itu menyebut wakil Jho Low tidak memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan media untuk mengulas perkara berkenaan.

Memetik sumber yang mengetahui perbincangan itu, The Atlantic melaporkan Rumah Putih sedang meneliti cadangan mengumumkan 250 pengampunan sempena ulang tahun ke-250 kemerdekaan AS menerusi inisiatif dikenali sebagai '250 pengampunan bagi 250 tahun'.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, penasihat Trump masih berbelah bahagi sama ada pengampunan secara besar-besaran itu wajar diteruskan.

Seorang penasihat dilaporkan berkata, meskipun terdapat kajian yang menunjukkan langkah itu boleh memberi kelebihan politik kepada Trump, sebarang keputusan dijangka tidak dibuat sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

Penyokong cadangan itu pula berpendapat pengampunan berkenaan akan menyerlahkan kuasa Presiden selain mengukuhkan imej Trump sebagai pemimpin yang bersifat pemaaf.

Sementara itu, laporan berkenaan turut menyatakan cadangan pengampunan besar-besaran itu mencetuskan pelbagai usaha melobi, termasuk membabitkan pihak dari luar negara yang mahu mendapatkan akses kepada Presiden.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Anwar bin  Ibrahim, berkata kerajaan Malaysia tidak akan mengemukakan bantahan sekiranya Jho Low memohon pengampunan daripada Trump.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun Putrajaya tidak menyokong usaha berkenaan, keputusan sama ada mahu memberikan pengampunan adalah hak kerajaan AS.

Anwar bin Ibrahim turut menegaskan Jho Low masih perlu berdepan sistem perundangan Malaysia.

Jho Low didakwa menjadi dalang penyelewengan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (kira-kira RM17.7 bilion) daripada dana 1MDB bersama dua bekas pegawai Goldman Sachs.

Pada 13 Mei lalu, The Wall Street Journal melaporkan permohonan pengampunan yang dikemukakan Jho Low kepada Trump masih belum diputuskan.

Pada 2024, Jho Low mencapai penyelesaian dengan United States Department of Justice untuk memulangkan AS$100 juta yang menjadi tuntutan dalam saman pelucuthakan sivil.

Skandal 1MDB turut membawa kepada sabitan dan pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Najib bin Razak, yang kini turut memohon pengampunan di Malaysia.



Tiada ulasan: