APAKAH BIK MAMA
AKAN BEBAS
HINGGA NAJIB
JADI PM
SEKALI LAGI
AMIN
Rosmah gagal semak keputusan mahkamah menolak penyingkiran hakim dalam kes solar
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan Rosmah Mansor bagi menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mensabitkannya dalam kes rasuah membabitkan projek tenaga solar untuk sekolah di pedalaman Sarawak, bernilai RM1.25 bilion.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Azizah Nawawi sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Rosmah tidak memenuhi peruntukan Kaedah 137, Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
"Dengan itu, permohonan semakan ini ditolak," katanya. Turut bersidang dalam panel sama, ialah Lee Swee Seng dan Ravinthran N Paramaguru.
Pada 3 Mac lalu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdahulu menolak rayuan akhir Rosmah, 74, untuk menyingkirkan Mohamed Zaini (kini hakim Mahkamah Rayuan) selepas mendapati tiada kesilapan undang-undang atau fakta yang cukup serius yang mewajarkan campur tangan panel itu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan