Selasa, 25 Ogos 2026

HUTAN DI BAKAR BUKAN TERBAKAR


HUTAN

 DI KALIMANTAN

DIBAKAR BUKAN

 TERBAKAR

AMIN

ADAKAH SYARIKAT

MALAYSIA TERLIBAT?

KHALAS


Jerebu: Sekolah perlu hentikan aktiviti luar jika IPU melebihi 100 - JPNPP


KUALA LUMPUR: Sekolah di Pulau Pinang perlu menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah membabitkan murid di kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, iaitu melebihi bacaan 100, susulan keadaan jerebu di negeri itu.

Menurut Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPNPP), langkah penutupan sekolah juga perlu diambil sekiranya bacaan kualiti udara melebihi 200, iaitu tahap sangat tidak sihat.

Katanya, langkah itu ialah antara persediaan yang perlu diambil semua institusi bawah seliaannya bagi memastikan penjagaan, kebajikan dan keselamatan murid, guru serta seluruh warga pendidikan ketika menghadapi jerebu.

"Semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah diarahkan memantau bacaan IPU secara berterusan menerusi sumber rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), selain peka terhadap amaran serta perkembangan semasa berkaitan jerebu.

"Jika bacaan IPU melebihi 500, guru dan anggota kumpulan pelaksana tidak perlu hadir ke sekolah, tertakluk kepada ketetapan yang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, sekolah juga perlu memastikan bekalan air minuman mencukupi, menggalakkan murid minum air secukupnya, dan mengurangkan pendedahan mereka kepada udara luar.

"Selain itu, perhatian khusus perlu diberikan kepada murid yang mempunyai masalah kesihatan atau menunjukkan simptom tidak sihat, dengan merujuk mereka ke fasiliti kesihatan berhampiran, di samping memaklumkan ibu bapa atau penjaga.

"Pemakaian pelitup muka dalam kalangan murid dan warga sekolah turut digalakkan sebagai langkah berjaga-jaga mengikut kesesuaian keadaan semasa.

"Pihak sekolah perlu memastikan saluran komunikasi dengan ibu bapa dan penjaga sentiasa berfungsi bagi membolehkan sebarang perkembangan, perubahan pengoperasian atau arahan berkaitan jerebu disampaikan dengan cepat serta tepat," katanya.

JPNPP berkata, perkembangan situasi dan tindakan sekolah juga perlu dilaporkan kepada pihaknya dan PPD bagi membolehkan pemantauan serta penyelarasan tindakan dilaksanakan pada peringkat negeri.

Ibu bapa dan penjaga pula dinasihat mendapatkan maklumat berkaitan kualiti udara daripada saluran rasmi serta mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak disahkan.

"Sekiranya terdapat kebimbangan berkaitan keadaan kesihatan anak akibat jerebu, ibu bapa atau penjaga hendaklah mendapatkan nasihat kesihatan dan memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah," katanya.

Menurutnya, JPNPP akan terus memantau situasi jerebu dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan segera berdasarkan bacaan IPU serta arahan pihak berkuasa.

"Sebarang perubahan terhadap status pengoperasian sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPNPP dan PPD," katanya.

Tiada ulasan: