Ahad, 23 Ogos 2026

PERJUANGAN BERSENJATA JALAN TEPAT MENUJU MERDEKA


INGAT TAK  BAI

JANGAN LUPA 

HAJI  SULUNG 

JANGAN LUPA

PERJAJIAN 1909

AMIN

HANYA MELALUI

PERJUANGAN 

BERSENJATA 

BARU PATANI

DAPAT

MERDEKA

KHALAS




Selatan Thailand bergolak: Wilayah Yala catat angka tertinggi serangan

BANGKOK: Yala antara wilayah paling teruk terjejas dalam siri letupan bom yang melanda tiga wilayah di sempadan selatan Thailand malam tadi dengan mencatatkan 14 daripada keseluruhan 32 insiden yang dilaporkan oleh pihak berkuasa.

Pusat Penyelarasan Hadapan Empat mengesahkan siri serangan yang bermula serentak itu membabitkan letupan, tembakan, perbuatan bakar dengan sengaja serta kerosakan harta benda sehingga jam 9.42 malam tadi (waktu tempatan).

Selain Yala yang mencatatkan 14 kes, wilayah Narathiwat merekodkan 13 insiden manakala Pattani sebanyak lima kes.

Di Yala, siri serangan dan sabotaj dikesan berlaku di beberapa daerah utama termasuk Raman, Bannang Sata, Than To, dan Lam Mai.

Keganasan tak boleh digunakan sebagai pengaruh dalam rundingan damai selatan Thailand

BANGKOK: Kerajaan Thailand memberi amaran tidak akan membenarkan kumpulan pemberontak di selatan Thailand menggunakan taktik keganasan sebagai alat 'tawar-menawar' dalam meja rundingan damai.

Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thailand, Chatchai Bangchuad, menegaskan meskipun kerajaan tetap komited meneruskan rundingan damai, pihak berkuasa tidak teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu yang bertanggungjawab mencetuskan kekacauan.

"Mereka mahu menggunakan keganasan untuk mendapat kelebihan dalam rundingan damai atau membuktikan pihak berkuasa sudah hilang kawalan di lapangan," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Thai PBS World.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan siri keganasan terbaharu di tiga wilayah selatan, termasuk insiden pembunuhan kejam lima anggota separa tentera yang mengawal sebuah pos pemeriksaan di Narathiwat, baru-baru ini.

Siri letupan bom di Selatan Thailand: Anutin panggil mesyuarat tergempar

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, mengadakan mesyuarat tergempar bersama barisan tertinggi keselamatan di Rumah Kerajaan pagi tadi bagi menilai gelombang letupan bom dan insiden membakar yang melanda tiga wilayah selatan semalam.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira sejam itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Leftenan Jeneral Adul Boonthamcharoen; Panglima Tentera Darat, Jeneral Pana Klaewplodthuk; Ketua Staf Tentera Darat, Jeneral Chaiyapruek Duangprapat serta ketua-ketua agensi keselamatan lain.

Sebaik mesyuarat selesai, Perdana Menteri terus berlepas ke wilayah utara Nan bagi meninjau mangsa banjir serta memantau operasi pemulihan pasca banjir.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai mesyuarat keselamatan itu masih belum diumumkan setakat laporan ini diterbitkan.




Tiada ulasan: