BUATLAH KERJA
YG BERFAEDAH
AMIN
BERI MAKAN
WARGA MISKIN
KUMPUL DANA
MANGSA BANJIR
DI NEPAL
SEBAGI CONTOH
AMIN
TAK PERLU
JAGA BURIT
JAGA KOTE
ORANG RAMAI
AMIN
JANGAN ROSAKAN
NAMA AGAMA
KHALAS
Duda, janda dicekup disyaki berkhalwat di bilik hotel
PONTIAN: Alasan mahu berehat dan berbual selepas berjalan-jalan tidak dapat menyelamatkan seorang duda dan janda daripada ditahan kerana disyaki berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah hotel di Benut, di sini awal pagi tadi.
JAINJ dalam satu kenyataan berkata, pasangan berusia 40-an dan 30-an itu ditahan dalam pemeriksaan rambang dan berkala oleh pasukan penguat kuasa pada jam 12.30 tengah malam.
"Ketika pemeriksaan, penguat kuasa mengetuk pintu bilik dan memberi salam beberapa kali sebelum pintu dibuka kira-kira enam minit kemudian oleh seorang lelaki yang hanya memakai seluar panjang dan baju kemeja T.
"Pemeriksaan lanjut menemukan seorang wanita berpakaian seluar jean dan baju kemeja T sedang duduk di atas katil dalam bilik berkenaan.
"Ketika disoal siasat, pasangan itu mengaku mereka bukan suami isteri, sebaliknya masing-masing berstatus duda serta janda," katanya.
Menurut kenyataan itu, lelaki berkenaan yang bekerja dan menetap di Batu Pahat dikatakan datang ke daerah ini sebelum menyewa bilik hotel berkenaan.
Katanya, pasangan terbabit mendakwa mereka berada di bilik berkenaan untuk berehat seketika selepas penat berjalan-jalan sekitar Benut, selain mahu berbual.
"Menurut pasangan itu, mereka sudah lama hidup bersendirian dan mengakui mempunyai perancangan untuk berkahwin.
"Mereka merancang mendirikan rumah tangga tahun depan dan kini sedang berusaha mengumpul wang," katanya.
Pasangan berkenaan ditahan atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan