WOIT
INI MASALAH
PENDATANG
AMIN
BUAT BUMIPUTERA
MARAH MENYINGA
AMIN
TAK TAHU
DIMANA BUMI
DIPIJAK
DISITU LANGIT
DIJUNJUNG
KHALAS
Itali larang burqa, niqab di sekolah - Perdana Menteri
ROM: Itali akan melarang pemakaian burqa dan niqab di sekolah serta mengehadkan jumlah pelajar asing dalam setiap kelas, kata Perdana Menteri berhaluan kanan, Giorgia Meloni.
Itali adalah antara negara barisan hadapan berdepan isu migrasi, manakala integrasi menjadi antara masalah utama kempen menjelang pilihan raya umum negara itu tahun depan.
"Langkah akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet tidak lama lagi bagi menetapkan secara undang-undang jumlah maksimum pelajar asing dalam setiap kelas.
"Ia turut mewajibkan ibu bapa pelajar asing yang berdepan kesukaran serius untuk berintegrasi dalam sistem persekolahan mempelajari bahasa Itali," katanya ketika berucap pada perhimpunan sayap pemuda parti Brothers of Italy (FdI) yang dipimpinnya.
Parti National Future (FN), yang tidak menganggotai gabungan kerajaan, pada Julai lalu menggesa tindakan lebih tegas terhadap pemakaian burqa di sekolah.
FN muncul sebagai pencabar utama dengan sokongan meningkat mendadak dalam tinjauan pendapat sejak penubuhannya pada Februari lalu.
Ketika ini, tiada undang-undang khusus di Itali yang melarang pemakaian burqa sama ada di sekolah atau tempat awam, namun undang-undang 1975 melarang penggunaan topi keledar atau pakaian yang menyukarkan pengenalan diri tanpa alasan munasabah.
Pada 2008, mahkamah pentadbiran tertinggi Itali menjelaskan pemakaian penutup muka penuh atas alasan agama atau budaya dibenarkan, dengan syarat wajah didedahkan apabila pengesahan identiti diperlukan.
Parti League yang anti-imigresen dan menjadi sebahagian daripada gabungan kerajaan Meloni, mengemukakan rang undang-undang (RUU) ke Dewan Senat awal tahun ini.
Ia bagi melarang pemakaian topi keledar atau pakaian sedemikian, kecuali dalam keadaan tertentu seperti ketika acara sukan atau di tempat ibadat.
Had jumlah pelajar warga asing dalam setiap kelas sebenarnya sudah termaktub dalam undang-undang Itali, namun Meloni tidak menjelaskan bagaimana had sedia ada itu akan diubah.
Pelajar asing membentuk hampir 12 peratus daripada keseluruhan pelajar yang berdaftar di sekolah Itali, menurut Institut Statistik Kebangsaan (ISTAT).
Sejak 2010, jumlah pelajar asing dihadkan kepada 30 peratus daripada keseluruhan pelajar dalam sesuatu kelas dan sekolah.
Bagaimanapun, had itu boleh dinaikkan bagi pelajar asing yang mempunyai penguasaan bahasa Itali mencukupi, termasuk mereka yang dilahirkan di Itali, atau dikurangkan jika pelajar asing berkenaan kurang fasih dalam bahasa Itali. – AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan