Selasa, 13 Oktober 2026

PAGI INI



PAGI INI




PAGI IN

SELASA 13 OKTOBER 2026

SELAT HORMUZ MASIH DITUTUP


SAUDI MENJERTIT MINTA TOLONG PADA SEMUA BARUA AMERIKA – kah kah kah

Ansarallah terus menyerang.

SEMUA penerbangan ke Saudi di batal – kah kah kah.

IRAN-AMERIKA
AMERIKA NAK BERUNDING DENGAN IRAN
Iran kata terima SEMUA  fasal yang telah di tanda tangani – jika tidak NO TALK – kah kah kah

Nampaknya Iran makin berkeras kerana Amerika dalam keadaan terdesak – Minyak mahal – ekonomi hancus  - pengundi marah  BULAN DEPAN MENGUNDI – JENG JENG JENG.

RUSIA BANTAI UKRAINE
Loji tenaga leterik Ukraine kena belasah – Musim sejuk nak sampai – kah kah kah – Presiden Ukraine marah bila  Amerika beli minyak dari Rusia.

Zelensky kata : Ukraine akan serang kapal minyak Rusia yang nak hantar minyak ke Amerika – CANTEEEEEK!!!

HOKKIEN
Pagi ini berjerebu. Matahari bola api. KL & KL Sentral di balut jerebu dan kabus – petang kemarin hujan.

Emak Tetek Lanjut datang bawa  Anak – Puppy dah mula pandai makan nasi dan friskies. Ramai datang makan – Siti pun ada Gua gumbira.

Pagi ini Jantan Putih tak muncul – tapi  geng yang lain datang makan nasi dan friskies. Pagi ini gua bersenam di Wakaf Tiga – ada pengawal baru ganti  Jantan Putih.

Berjalan pulang – Tiong dah menunggu di Wakaf Pertama. Di sini Geng Putih dapat friskies. Tiong laki Bini makan sama.

Di lorong keluar Tim Emak  muncul lagi – sekali lagi mereka makan. Seperti biasa Siti ikut  hampir ke Pintu Masuk – dia dapat hati dan keropok. Amin

Hari ini akan panas – gua harap hujan ribut sampai – halau jerebu. Amin


BRO 
SENYUM
SAMBUT PAGI SELASA
DENGAN SENYUMAN SEPERTI BIASA

BRO
Bila hujan turun bumi tak marah – lu juga jangan marah hujan ini berkat.

BRO
Bila hujan turun bukan bawa basah tapi bawa ingatan agar jangan  hidup gelisah.

BRO
Belajar dari hujan – beri rahmat dan kebaikan untuk semua. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: