Khamis, 22 November 2012

PENCERAHAN PEMBACA DARI MERSING








SEORANG MAT BANGANG DAN SEORANG MAT BENGONG - SILA PILIH


Ini doketor dari Mersing menang bodohpun! Dia dah lama kelentong orang Mersing. Semasa PRU tahun 1995 dia tak dapat jadi calon, dia mengamuk. Polis tak bagi penyokong BN rapat ke tempat penamaan calon, doketor ini marah OCPD. 

Bodoh punya doketor. Balik jaga kliniklah! Dah lama jadi timbalan menteri. Tak naik pangkat sebab bengong. Lepas PRU13 dia tak rasa jadi Menteri sebab BN tumbang. on SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH BUNUH ALTANTUYA?











TANGKAP ANAK NAZRI - TERLIBAT KES BUNUH








KES BUNUH ALTANTUYA INI
ADALAH KES INDUK
YANG AKAN MEMBAWA KEHANCURAN
 KEPADA  NAJIB
RAMAI AHLI GEROMBOLAN JUGA
SEDAR MEREKA SEDANG MEMIKUL BIAWAK HIDUP

NOTA:
masa nya telah tiba
untuk dibuka kembali
kes bunuh dimana dikatakan
anak nazri terlibat
JANGAN SEKALI KALI LUPA KES INI

apabila pakatan mengambil alih
pentabiran negara maka banyak kes kes wajib di buka kembali
1 - memali
2 - anak sami velu bunuh pelakon tv
3 - anak nazri
4 - razak baginda bunuh altantuya
5 - najib razak bunuh altantuya
6 - siapa bunuh teoh beng hock
7 - siapa bunuh sarbani
ini hanyalah contoh contoh
ada beratus ribu lagi

di indonesia salepas suharto jatuih
kes bunuh anak suharto pun di buka kembali

bila kerajaan pakatan buka kes kes bunuh ini
maka inilah dia welding besi untuk
menanamkam united malays national organisation
untuk selama lamnya

DELEGASI PKR SERAH BUKTI BARU KEPADA ICAC UNTUK BUKA SEMULA KES RM40 JUTA MEMBABITKAN DATO’ SERI MUSA AMAN

Delegasi PKR ke Hong Kong mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To, pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong pada 21 November 2012. Beliau adalah Naib Pengerusi, Panel Keselamatan (Vice Chairman, Security Panel) Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC).

Dalam pertemuan itu, beliau telah mengaturkan supaya satu perjumpaan segera diadakan dengan pegawai-pegawai ICAC untuk menerima bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman.

James To juga telah menyatakan sokongan beliau untuk membawa kes ini dan telah hadir bersama-sama dengan delegasi PKR untuk menyerahkan bukti baru kepada ICAC pagi ini, jam 9 pagi.

Mengambil kira kenyataan terbuka Kevin Zevros, Ketua Pendakwa Hong Kong bahawa beliau bersedia untuk membuka semula siasatan sekiranya mendapat bukti baru, delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai 3 perkembangan baru yang boleh membantu siasatan ini:
1.      Kenyataan Dato’ Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC
2.      Kenyataan Dato’ Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno
3.      Pendedahan bahawa anak Dato’ Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC

Delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar. Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman.

Selain dari perbincangan mengenai ketiga-tiga perkembangan tersebut, delegasi PKR telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC.

Saya percaya isu ini tidak akan mati seperti sebelum ini dengan sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh pimpinan Hong Kong dan media di sini. Misi delegasi ini telah pun mendapat liputan di dalam media tempatan dan satu sesi penerangan khas kepada pihak media akan diadakan pada jam 3 petang ini.

Dengan perkembangan-perkembangan ini, saya berharap siasatan kes ini akan membuahkan hasil. Sewajarnyalah pihak berkuasa di Malaysia pun menunjukkan minat dan komitmen yang sama untuk menyiasat kes ini dengan sempurna.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN



JANGAN LUPA PESTA CABUTKAN KAMERA AES DI SELANGOR - ISNIN DEPAN






JADI KAN AES INI SALAH SATU SEBAB
KENAPA 1 JUTA RAKYAT TURUN
KE JALAN RAYA 
PADA 12 JANUARI

KOMENTAR TUKAR TIUB
inilah contoh projek dibuat
untuk kayakan kroni
kalau anak muda tak sedar lagi
kalau orang ramai tak sedar lagi
maka negara malaysia ini akan jahanam



Dewan Rakyat: Sedia kaji diskaun saman AES

 Laporan Syuhada Choo Abdullah, Mohd Nasaruddin Parzi dan S Anand KumarCetak
Kuala Lumpur: Kerajaan sedia mengkaji menawarkan diskaun kepada pesalah lalu lintas yang dirakam Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), bagaimanapun tidak berhasrat memansuhkannya. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata ketika ini semua pesalah AES dikenakan kadar kompaun sama, tanpa membezakan sama ada jumlah had laju dilanggar besar atau kecil. 
Katanya, ketika ini belum ada keputusan untuk memberi diskaun. 


Namun, selepas diasak Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang berpendapat wajar diberi diskaun bagi pesalah yang membayar dalam tempoh cepat, Cho Ha berkata: “Cadangan itu (diskaun) akan diambil kira,” katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, semalam. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... KALAU TAK NAK MANSUH ... TAK HAL.... kah kah kah....

kah kah kah... ORANG RAMAI TAHU APA NAK BUAT.... kah kah kah...

kah kah kah....KERAJAAN SELANGOR TELAH BERI LAMPU HIJAU... kah kah kah

kah kah kah....HANYA TUNNGU HARI DAN MASA.... kah kah kah



SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH BUNUH ALTANTUYA?





ALTANTUYA NAJIB TERLIBAT?



KOMENTAR TUKAR TIUB
timbalan menteri ini wajib
dihantar ke hospital untuk dipereksa otaknya
apakah dia gila
apakah dia sasau
apakah sewel

tidakkah malaon ini sedar
telah bertahun tahun isu pembunuhan altantuya
tersiar dalam dam luar negara

tidakkah malaon ini sedar
najib razak akan di sapina
untuk menjadi saksi kes scorpene ini di paris
tidakkah malaon ini sedar
bahawa razak baginda juga akan di sapina

razak baginda disapina kerana
syarikat perimaker jadi orang tengah
dalam kes pembelian kapal selam
najib di sapina kerana ketika itu najib menteri pertahahan

  
KEMENTAH TIDAK PERNAH LANTIK PIHAK KETIGA UNTUK PEMBELIAN PERALATAN KETENTYERAAN - minsider

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Kementerian Pertahanan (Kementah) tidak pernah melantik mana-mana "pihak ketiga" untuk sebarang urusan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata timbalan menterinya,  Dr Abdul Latiff Ahmad di Parlimen hari ini.

Jelas Abdul Latiff, kelengkapan yang dibeli Kementah dilakukan secara terus dengan pembekal antara kerajaan dengan negara lain.

"Kami tidak pernah melantik pihak ketiga dalam pembelian mana-mana kelengkapan sama ada kapal selam, (trak) 8x8, ataupun Sukhoi ... semuanya melalui proses G ke G (kerajaan kepada kerajaan)," kata Abdul Latiff dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat hari ini.

"Dalam sejarah Malaysia, tidak pernah kita melantik mana-mana ejen untuk kelengkapan kita," katanya.

Kementah sering dikritik kerana menggunakan dana awam begitu besar dalam perbelanjaan mereka untuk barangan sama yang dibayar oleh kerajaan lain.

Bagaimanapun, kementerian mempertahankan tindakan mereka dengan berkata perbezaan harga itu disebabkan spesifikasi barangan yang berbeza antara negara lain.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebelum ini menggesa diwujudkan satu jawatankuasa khas Parlimen untuk menyiasat kontrak kontroversi berkenaan pembelian kenderaan-kenderaan Kementah.

Kenyataannya itu dikeluarkan selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar mempersoalkan perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dianugerahkan oleh baginda berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

Baginda turut melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.

Baginda bertitah dalam usaha kerajaan mengawal belanjawan dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi.

Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini.

“... janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda,” titah baginda.

Pua turut menyenaraikan beberapa kontrak yang menimbulakn “kontroversi” termasuk pembelian 12 helikopter untuk RM2.3 bilion, atau RM193 juta sebuah, pada 2008, sedangkan “model helikopter sama yang digunakan kerajaan Brazil hanya bernilai RM82.8 juta sahaja.”

Midef sebaliknya dalam responnya menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) peningkatan kos itu adalah disebabkan “pengubahsuaian” terhadap helikopter berkenaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... MUNKEEE INI GILA ATAU SASAU?.... kah kah kah..

kah kah kah...MUNKEEE INI NAK BODEK NAJIB ATAU NAK JATUHKAN NAJIB?.... kah kah kah..

kah kah kah... MUNKEE INI INGAT ORANG RAMAI BANGANG MACAM  BINI DIA?.... kah kah kah.....

woit... PERI MAKER ITU SYARIKAT RAZAK BAGINDA... YANG JADI AJEN BELI KAPAL SELAM?.... kah kah kah..

kah kah kah... ADIB ADAM BEKAS KETUA MENTERI MELAKA YANG JADI AJEN SUKHOI?... kah kah kah..

kah kah kah... KENAPA BANGANG SANGAT MUNKEEE INI?... kah kah kah

 





lllllllllllllllllll

SATU LAGI TAKTIK UNTUK KACAU SETIAKAWAN PAS DALAM PAKATAN




 LAGI PENCERAHAN TENTANG HADI JADI PM



Pilih Hadi Sebagai PM Adalah 'Semula Jadi'Terkini

KOTA BARU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang Melayu dan beragama Islam, yang melayakkan dia semula jadi dipilih untuk memegang jawatan perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya, kata timbalan pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.


JANGAN LUPA MEMALI
sorry kalo terlambat promote dan jugak tak ikut topik... ni sikit pasal dokumentary tragedi memali Part 1 http://www.youtube.com/watch?v=_OHBOSwYB3s Part 2 http://www.youtube.com/watch?v=Z_3IWX7MPzQ&feature=relmfu Part 3 http://www.youtube.com/watch?v=01y62fLIgEE&feature=relmfu Sudah lah... jangan disibuk2 sapa nak jadi PM, dah terang-terang ini mainan puak UMNO... ikut buat apa???

TT, kau tu pun bukan pandai sangat. Duduk Belgium pun belum tentu ko insan bijak. Kenapa aku cakap kau tidak bijak, ini sebabnya. CHESS! Kenapa aku cakap chess, dalam setiap move, opponent sumbat pawn, kita jangan makan, sebab die nak rembat queen. Istilah chess, ia dipanggil trap supaya dia boleh buat fork, pin, discovery ataupun skewers. Begitu juga dengan politik ni.

Dia sumbat sapa nak jadi komen. Dia bubuh nama haji hadi. Yang penyokong anwar akan melenting. yang penyokong haji hadi akan marah mempertahankan dia. Last-last, isu ini diorang yang menang. The best way bile diorang jolok ialah, on PENCERAHAN YANG TERANG DARI PEMBACA
Anonymous
on 11/21/12
 

JANGAN KENA TIPU
Mulut sesetengah pemimpin PAS ni kadang-kadang macam mulut betina sundal. Berapa kali nak tegur nak peringat, dah dekat PRU13 ni tak payahlah bukak isu2 sensetif. Ni dok gebang pasal PM pulak. Tak boleh ke simpan sampai menang dulu.

 Yang bertanya kat muktamar tu kalau tengok kerja tak ler seberapa. Belum apa2 dah pikir pasal nak PM bagai. Zaman nabi dulu, yang gi perang tak pernah pun terpikir nak jawatan ketua tentera ker, panglima ker!!

Mereka ikhlas hanya kepada perjuangan dan bukan ikhlas kepada jawatan. Si yang bertanya tu macam dah bagi peluru hidup kat TV tiga suku dan utusan meloya untuk tembak PR hidup2. Kita yang kat bawah ni dok tercungap-cungap berjuang, mat yeh ni pulak bagi peluru kat musuh untuk tembak kita. Aku rasalah, kalau mat yeh si yang bertanya kat muktamar tu diberi peluang jadi PM, mau hanyut negara! on RASUAH MALAYSIAN SUDAH SAMPAI KE HONG KONG



BERHIMPUN AHAD INI DI DATARAN MERDEKA











JEMPUTAN UNTUK SEMUA
sesiapa ingin bersama berjalan
sila datang ke tol gombak/uia
petang sabtu ini jam 4:00

jika ingin berjalan sama
sila datang dengan teksi
atau di hantar oleh kawan 

dari tol gombak berjalan ke markas tarbiah pas
malam nya ada ceramah mat sabu dan anwar ibrahim
semua di jemput hadir

esoknya akan berjalan ke sentul
singgah di kuil kampong railway
dari sana bergerak ke dataran merdeka

bermalam di datran merdeka










Kenyataan Media

HIMPUNAN HIJAU BERJALAN LESTARI

21 November 2012



Kami dari Himpunan Hijau telah memulakan Berjalan Lestari pada Hari Dewali dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Kami memilih Dewali sebagai sempena  hari pencahayaan.  Himpunan Hijau ingin membawa cahaya pencerahan tentang  alam sekitar.

Himpunan Hijau ingin menyedarkan anak semua  bangsa  tentang kerosakan alam sekitar yang akan memusnah kita semua. Alam sekitar yang rosak akan memudaratkan – China, Melayu, India, Dayak, Iban, Kadazan dan lain-lain.

Kami telah berhimpun di Kuantan dan Gebeng menuntut kilang santau radioaktif Lynas ditutup. Kami telah berhimpun di Raub untuk  menuntut kilang sinide di Bukit Koman ditutup. Kami telah berhimpun di Pengerang menuntut agar tanah orang kampong tidak dirampas.

Kali ini kami berjalan ke Kuala Lumpur untuk menghebahkan kepada dunia bahawa anak semua bangsa di Malaysia mahu hidup dalam suasana aman damai dengan  alam sekitar yang bersih sehat untuk jenerasi hari ini dan yang akan datang.

Petang kelmarin kami singgah di Bentong. Hari ini – 21/11/12 – kami meneruakan perjalan ke Kuala Lumpur.

Pada jam 4:00 petang hari Sabtu 24/11/12 – Himpunan Hijau akan sampai ke kawasan tol Gombak/UIA. Disini  Himpunan Hijau akan disambut oleh Ngo-Ngo dan pencinta alam sekitar yang sama menyokong kami. Kami menjemput semua pemimpin parti  dan ahli parlimen datang bersama dengan kita. 

Tuan Rumah kepada Himpunan Hijau di Kuala Lumpur ialah Pas Bahagian Batu yang dipimpin oleh Ustaz Ishak Surin. Dari Tol Gombak kami akan berjalan ke Markas Tarbiah Taman Melewar dimana pada malamnya  Anwar Ibrahim dan Mat Sabu akan menyambut kami. Program ceramah sedang diatur. Kami akan bermalam di Markas Tarbiah Pas.

Ahad 25/11/12 kami akan berjalan menuju ke Dataran Merdeka. Kami akan singgah di Kuil Kampong Railway di Sentul. Pada petang Ahad kami akan bermalam di Dataran Merdeka.

Pagi Isnin 26/11/12 pada jam 9:30 pagi Himpunan Hijau Jejak Lestari menjemput para YB Ahli Parlimen  dari semua parti politik  datang ke Dataran Merdeka. Himpunan Hijau ingin bertemu dengan Ahli Parlimen. Himpunn Hijau mahu meluahkan perasaan kami tentang alam sekitar.

Kami menyeru, menjemput dan mengajak anak semua bangsa – warga Kuala Lumpur – untuk  datang sama-sama berhimpun di Tol Gombak dan berjalan bersama kami menuju ke Dataran Merdeka. Bermalam bersama kami di Dataran Merdeka.

 HIMPUANAN  HIJAU


BERJALAN 
UNTUK BERSEDIA