Rabu, 2 Julai 2014

HARGA BARANG MAKIN NAIK




KOMENTAR

dalam sistem
ekonomi kapitalis
rukun iman kaum kapitalis
yang pertama ialah
keuntungan

jika ada permintaan
maka akan ada pembekal

permintaan ramai
pembekal kurang
maka harga akan mahal

mencari untung maksima
ialah rukun iman kedua
kaum kapitalis

para mak cik
peniaga warung
peniaga  barangan raya
peniaga bazar ramadan
mereka bukan kaum kapitalis
mereka peniaga kecil
mereka mencari makan

tapi sayangnya
yang diserang adalah peniaga kecil ini
walhal mereka adalah yang terakhir
yang terkurang mendapat untung dan laba

dalam lingkaran sistem kapitalis ini
cukong towkay pengimpot tepong
cukong towkay pengimpot gula
cukong towkay pengimpot ikan
cukong towkay kain baju
membuat ribu kali ganda
dari mak cvik warung kuih
di bazar ramadan bangsar utama


Ramadan: Kenaikan harga sudah dijangka

SHAH ALAM – Kenaikan harga barangan di bazar-bazar Ramadan sememangnya sudah dijangka bahkan ia sukar dielak.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, kenaikan pelbagai kos yang perlu ditanggung peniaga menjadi penyumbang  kepada kenaikan harga barangan.

“Pengurangan subsidi yang dilakukan kerajaan telah mendorong kenaikan harga bahan api. Sewa tapak pula semakin mahal. Mereka juga perlu membayar kos penggunaan elektrik yang turut meningkat.


----------

MEREKA BUKAN GELANDANGAN


778




KOMENTAR

dapur jalanan juga
dianggap orang jahat
kerana dikatakan
menggalakkan apa yang
mereka panggil 'gelandangan'

dapur jalanan TIDAK
menggunakan perkataan 
GELANDANGAN

perkataan ini menghina
tidak ada gelandangan
yang wujud ialah 
warga miskin kota


dikatakan warga miskin kota
menjadi peluchah mata
untuk para pelancung

dikatakan warga miskin kota
menggangu keindahan kota


dinyatakan disini
dimana sahaja dalam dunia ini
setiap negara yang mengamalkan
sistem ekonomi kapitalis
maka akan ditemui warga msikin kota

mereka adalah warga yang
telah terpancut keluar 
yang telah menjadi mangsa
yang telah dihisap tenaga

yang tidak lagi berguna
dalam sistem ekonomi kapitalis
lihatlah dimana sahaja
london new york paris
amsterdam lisboa roma 
dan dan dan
semunya memiliki sajumlah
warga miskin kota
lagi besar negara kapitalis
lagi ramai jumlahnya

jawapan kepada warga miskin kota
bukan penjara
bukan saman
bukan tangkapan
tetapi mewujudkan 
satu sistem kebajikan untuk mereka

CHU BADAK KAMPONG RAILWAY
apabila rumah mereka dirobohkan
apabila tanah mereka di rampas
maka mereka bakal menjadi
warga miskin kota



Pemberi, peminta sedekah di ibu negara akan dihukum, kata Tengku Adnan



Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).
Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

MEMBERI MAKAN
WARGA MISKIN KOTA 
BUKAN SATU JENAYAH



KEMISKINAN 
BUKAN JENAYAH
BERI MAKAN
WARGA MISKIN KOTA BUKAN
JENAYAH

MAKAN RASUAH
BUNUH ALTANTUYA
ROGOL BUDAK SEKOLAH
ROGOL AMAH
DAN 
REMBAT TANAH 
ORANG KAMPONG ADALAH

JENAYAH

---------