Rabu, 24 Februari 2016

DARI MANA HENDAK KE MANA






FACE BOOK

surat ini telah lama hendak aku tulis
telah lama berligar-ligar dalam kepala
biar aku bacakan disini
agar kau boleh tidur lena malam ini
kerana isinya 
amat selalu kau dengar

yang aku dendangkan di sini
kau jadikan halwa telinga
kau jadikan ingatan bersama
kau jadi salam setiakawan dari aku

biar aku katakan jujur
aku tidak ingin lagi berkesah
tentang adam dan hawa 
aku tidak mahu membuka
kesah cinta
kesah duka kesah lara

sebenarnya surat aku ini 
aku tulis untuk bertanya
aku ingin bertanya kepada kau
kita ini hendak kemana?
kita ini sedang dimana?
kita ini dari mana?

seribu tahun aku berkelana
seribu tahun mundar mandir
seribu tahun aku mencari
jawabnya belum terjumpa lagi


seribu tahun aku menangis
tujuh kampong tenggelami air
tujuh gunung runtuh terbarai
tujuh bukit menjadi lembah
jawapannya masih aku tunggu

dari sini ke sana
dari sana ke sini
dari hujung ke pangkal
dari utara ke barat
aku geledah mencari jawapan

kau tahu apa yang aku tanya ini
kau tahu apa yang aku cari
kau tahu apa yang aku geledah


kau tidak akan tahu musim bunga
kalau kau tak rasai musim dingin
kau tak tahu indah mata hari
kalau kau tidak dilanda banjir
kau tak tahu erti kaseh
kalau kau tidak pernah ditinggalkan
kau tak tahu erti lambat
jika kau tak pernah menunggu
kau tidak akan tahu apa itu bebas
jika kau tidak pernah terkurung

lalu aku ingin bertanya lagi
kita ini dari mana hendak kemana?
kita ini dari apa kepada siapa?
kita ini untuk apa dan kenapa?

bila pintu besi itu ditutup
bila bilik itu dikunci
bila kau menjadi angka
aku yakin kau juga akan bertanya


bila pintu itu ditutup
bila bilik itu dikunci
kau juga akan bertanya
ke mana pergi segala guru
ke mana perginya para imam 
ke mana pergi segala tok penghulu
ke mana hilangnya para sasterawan
ke mana lesapnya para pemikir
kemana larinya para orang itu
dimana hilangnya ayat ayat itu

bila pintu itu dikunci
bila bilik itu ditutup
kau akan menjadi aku


kau akan sedar
yang ditunggu bukan
kunci pintu besi
yang ditunggu bukan
saekor lipas kudung
yang aku tunggu 
ialah jawapan
kenapa kita ini macam ini?
kenapa kita tidak macam itu? 
kenapa aku disini?
kenapa aku tidak disitu?
kenapa macam ini?
kenapa tidak macam itu?

- Hishamuddin Rais, 19 Februari 2016 





-------------------

BERITA KARUT DARI KANG KONG







ANALiSA KARUT

PENGANALISA

KANG KONG



Kepercayaan makin merosot, kerajaan mungkin bertukar lepas PRU14, kata penganalisis 

Rakyat Malaysia, tidak kira tahap pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya, memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.
Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian. – 24 Februari, 2016. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kepercayaan-makin-merosot-kerajaan-mungkin-bertukar-lepas-pru14-kata-pengan#sthash.5VM3tShx.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
kah kah kah
berita nak sedap hati
berita nak bagi harapan
kah kah kah
penganalisa ini tak faham
malaysia dunia ketiga
kl bukan di lundon
kl bukan di purisss
kl bukan di boonnn
kah kah kah
kalau kerusi gani patail
boleh diangat dialeh
peti undi lagi ringan
kah kah kah

KARUT MARUT 
--------------

KENAPA MALAYSIA TERLIBAT SAMA







PERSOALAN

KENAPA NEGARA

KITA TERLIBAT


Ketua pembangkang gesa Putrajaya tidak sertai Arab Saudi perangi Syria


Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Putrajaya tidak terlibat dalam kancah peperangan negara bergolak Syria, susulan penyertaan tentera Malaysia dalam siri latihan bersama beberapa negara lain termasuk Arab Saudi baru-baru ini.
Dr Wan Azizah berkata, langkah diambil kerajaan Malaysia berisiko dan akan memberikan kesan kepada geopolitik yang negatif kepada imej negara.
"Berita yang berkata Malaysia terlibat dalam satu siri latihan ketenteraan berkaitan peperangan di Syria baru-baru ini yang turut melibatkan 20 negara termasuk Arab Saudi amat membimbangkan. 
"Ini kerana tindakan ketenteraan yang dipelopori Arab Saudi ini bakal mendatangkan impak geopolitik yang cukup negatif, bukan saja dari segi keselamatan di rantau Timur Tengah, tetapi juga pendirian neutral Malaysia selama ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendesak Putrajaya berundur daripada sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria, khususnya yang tidak menggunakan saluran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Saya menggesa agar Putrajaya mengkaji cara terbaik untuk mengundur ('disengagement') dari situasi yang memasukkan Malaysia ke dalam kancah peperangan di Syria. 
"Pada masa yang sama, Malaysia perlu berhenti daripada menyertai sebarang latihan ketenteraan berkaitan Syria, terutama yang tidak menggunakan saluran PBB," katanya.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini dan kemelut politik dihadapi negara, Putrajaya sewajarnya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria, kata Dr Wan Azizah.
"Peperangan bukanlah perkara yang mudah mahupun murah, dan tatkala ekonomi Malaysia tidak begitu sihat serta dibelenggu pelbagai masalah dan skandal kepimpinan sedia ada, langkah ketenteraan di Timur Tengah tidak patut diambil kira selagi jalan penyelesaian melalui meja rundingan belum berakhir."
Menurut Dr Wan Azizah, Malaysia juga perlu mencari jalan lebih proaktif iaitu menerusi rundingan bagi mencari perdamaian di negara yang berdepan konflik perang itu.
"Sebaliknya, Malaysia perlu tegas dan proaktif mengesyorkan langkah rundingan dan perbincangan untuk mencapai perdamaian di Syria dan Timur Tengah. 
"Hanya penyelesaian politik melalui meja rundingan dapat mencapai perdamaian yang lebih mampan dan berkekalan," katanya.
Media antarabangsa melaporkan anggota tentera daripada 20 negara, termasuk Malaysia berkumpul di utara Arab Saudi semalam bagi melancarkan operasi ketenteraan "paling penting" di rantau itu.
Operasi "Thunder of the North" itu yang melibatkan pasukan tentera darat, laut dan udara, memberikan mesej jelas Riyadh dan sekutunya "bersatu menentang segala cabaran dan memelihara keamanan dan kestabilan di rantau tersebut," kata SPA.
Arab Saudi kini mengetuai kempen ketenteraan menentang pemberontak yang didukung Iran di negara jiran Yemen.
Sejumlah 20 negara akan mengambil bahagian.
Antaranya termasuk 5 negara daripada Majlis Kerjasama Teluk, begitu juga Chad, Mesir, Jordan, Malaysia, Pakistan, Morocco, Senegal dan Tunisia. – 23 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-pembangkang-gesa-putrajaya-tidak-sertai-arab-saudi-perangi-syria#sthash.Ku0FD9WB.dpuf

CARI MAKAN




CARI MAKAN
Dulu ostat2 boleh cari makan jual agama.. skrg masa2 sukar la TT.. ostad2 kene buat kerja sampingan.. Ada yg menguntungkan.. jadi jurucakap dan panel2 syariah kpd Bank2 Islamik.. dah nama pun bank.. mestilah menipu kerjanya.. apala bodo sangat ostad2 ni.. malah bank2 kafirin pun sama buat produk islam.. semua riba dan duit penipuan adalah menjadi halal dgn petikan ayat2 quran dan hadis. Kendian buat bisnes lembu korban kat oversea.. beli lembu 1800 kat pak cik kampung..
kutip 7 bahagian dpt 5000 lebih.. lumayan sih.. hantar utk eskimo dan alaska sana yg masuk islam.. untung 3200 tu..mau 20 ekor lembu.. mmg bisnes best bro.. Tolong kutip derma Palestine Syria kejadah mende.. lagi untung.. entah sampai ke idak.. Siap setup derma guna service Maxis Celcom lagi.. mentekendarah ni mcm2 cara.. mcm ASTRO jugak.. 
Kendian buat bisnes umrah dan haji.. masyuk bhai..dapat bawak satu keluarga pegi melancung arab dan mekah secara free anak beranak serta mertua besan.. kicik2 pun ok.. upah haji. on JIN OOO JIN LAGI

--------------

BERITA HEBAT PAGI INI






BERITA HANGAT

BERITA GEMPAR

TAHNIAH MEDIA

THE MINSIDER

Panel pemantau SPRM bertemu kali 

terakhir hari ini, gesa Najib didakwa 



Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu untuk kali terakhir hari ini, masih berkeras supaya Najib didakwa ke atas skandal kewangannya, kata sumber.
Spekulasi hangat timbul ia mungkin dibubarkan selepas tempoh setahun panel yang terdiri daripada kumpulan 8 individu dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak,  Dr Hamid Bugo berakhir hari ini, selepas mereka tidak menerima surat lanjutan perkhidmatan.
Ahli lain panel itu ialah  Mohamed Jawhar Hassan, Zamani Abdul Ghani, Azizah Arshad, Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/panel-pemantau-sprm-bertemu-kali-terakhir-hari-ini-gesa-najib-didakwa#sthash.gfVw0kg2.dpuf


KAH KAH KAH
woit
satu malaysia tak sabar
semua tunggu apa kenyataan resmi
semua kena berhenti
kah kah kah
sebelum berhenti
buat tugas akhir
untuk nusa dan bangsa
tugas akhir untuk sejarah
tugas akhir untuk dunia
semua menunggu

TUGAS AKHiR



--------------

MASIH BELUM SELESAI








RUPA RUPANYA

KES 1MDB BELUM

SELESAI

SAPA CAKAP

DAH SELESAi?



Zeti harap siasatan 1MDB selesai sebelum khidmatnya tamat



Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz berharap dapat melihat siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai sebelum tempoh 5 tahun perkhidmatannya berakhir April ini.
"Itu apa yang saya nyatakan dan ke arah itulah hala tuju usaha saya, (iaitu), menyelesaikannya (siasatan 1MDB) semasa masih di dalam tempoh perkhidmatan saya, supaya gabenor selepas ini boleh memulakan tugasnya dengan rekod yang bersih," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Asia School of Business, dengan kerjasama MIT Sloan School of Management di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada beliau yakin siasatan ke atas skandal 1MDB dapat diselesaikan semasa tempoh perkhidmatannya sebagai gabenor bank negara.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zeti-harap-siasatan-1mdb-selesai-sebelum-khidmatnya-tamat#sthash.ab4TVSEz.dpuf

KAH KAH KAH
woit
gwa sudah cakap
kes ini tak akan habis
ini kes besar
ini kes antarabangsa
ini kes dunia
ini kes global
swiss - france -singapore
hong kong -uk -
kah kah kah
berapa lagi orang jahat
wanted oleh bank negara
kah kah kah
zeti pasti tahu
zeti pasti ada bukti
apa jadi dengan datuk subu?
apa jadi dengan nik?

TAK SELESAi
------------