INI YANG
RAKYAT NAK
DENGAR
BUKAN MAAF
HAL PRIBADI
Dr M: Pelbagai tuduhan akan dikenakan ke atas Najib
Penyelewengan dan rasuah menggunakan wang kerajaan adalah antara tuduhan yang akan dikenakan ke atas Najib susulan siasatan ke atas dana 1MDB yang didakwa diselewengkan, kata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Dalam wawancaranya, Dr Mahathir memberitahu Reuters bahawa penyiasat sudah "mempunyai kes yang hampir sempurna" terhadap suspek utama yang menipu 1MDB dan menyalahgunakan berbilion ringgit wang negara.
Beliau juga menuduh Najib, yang telah mengasaskan 1MDB, sebagai berperanan utama.
"Dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan tanpa tandatangannya, dan kami mempunyai tandatangannya pada semua perjanjian yang dimeterai oleh 1MDB. Oleh itu, dia bertanggungjawab," kata Mahathir.
Selepas bersara sebagai perdana menteri pada tahun 2003 setelah 22 tahun berkuasa, Mahathir - yang berusia 92 tahun - terjun sekali lagi dalam politik tetapi kali ini menyertai pembangkang untuk menumbangkan Najib pada pilihan raya umum Mei lalu.
Berikutan kemenangan Pakatan Harapan yang tidak dijangkakan itu, Mahathir membuka semula siasatan ke atas 1MDB dan pembabitan Najib dalam operasinya.
Hasil daripada siasatan antikleptokrasi, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa lebih AS4.5 bilion telah diselewengkan dari 1MDB, dan kira-kira AS$700 juta itu dijumpai berada di dalam akaun bank peribadi Najib.
Mahathir telah melarang Najib daripada meninggalkan Malaysia, dan polis telah menjalankan serbuah ke atas hartanah yang dikaitkan dengannya, sementara anggota SPRM juga telah merakamkan kenyataan kedua-dua Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku, dan minggu lalu, mengulangi bahawa beliau tidak mengambil wang dari 1MDB.
Jurucakapnya tidak dapat dihubungi segera untuk memberi komen.
- Reuters
WARGA
MALAYSIA
WARGA DUNIA
MAHU LIHAT
NAJIB
ROSMAH
MASUK JIL
DUDUK DLM
PENJARA
SEBAGAI
CONTOH
MASA DEPAN
MALAYSIA
LAGI LAMA
LAGI CUN
-----------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan