BAHAYA
MALAYSIA JUGA
SEDANG KENA
PAU
CHINA MERAH
TAK MAHU
PULANGKAN
JHO LOW
China guna tahanan asing untuk tujuan politik, kata Trudeau
PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau semalam menuduh Beijing menggunakan “penahanan sewenang-wenang” untuk tujuan politik.
Beliau berkata sekutu Barat telah melahirkan kebimbangan ke atas taktik yang disifatkan sebagai “diplomasi tebusan”.
Hubungan diplomatik Kanada dengan China tegang susulan penangkapan eksekutif Huawei, Meng Wanzhou atas arahan Amerika Syarikat (AS), Disember tahun lalu.
Sembilan hari kemudian, Beijing menahan dua rakyat Kanada iaitu bekas diplomat Michael Kovrig dan ahli perniagaan Michael Spavor atas tuduhan mengintip.
Tindakan Beijing itu dilihat sebagai tindak balas kepada penahanan Meng.
Kovrig dan Spavor adalah antara rakyat asing yang diatahan di China atas dakwaan mengintip dan cuba mencuri rahsia kerajaan.
“Menggunakan penahawan sewenang-wenang sebagai alat untuk tujuan politik perlu diberi perhatian oleh bukan hanya Kanada tetapi juga sekutu kita,” Trudeau memberitahu lembaga edirotial Toronto Star.
Katanya, negara termasuk Britain, Perancis, Jerman dan AS sepakat berkata tindakan ini tidak boleh diterima masyarakat antarabangsa. – AFP, 6 September, 2019.-----------
CHINA MERAH
MAHU SESUATU
DARI MALAYSIA
BARU JHO LOW
DIHANTAR
PULANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan