MADEY ZALIM
HATI BUSUK
NAK PENJARAKAN
NAJIB
ATAS TUDUHAN
CURI DUIT
BUKAN BANYAK
HANYA 2.5 BILION
RINGGIT
Najib dinamakan pemegang jawatan dalam saman SPRM terhadap Umno Pekan
BEKAS perdana menteri Najib Razak dinamakan sebagai salah seorang pemegang jawatan bagi Umno Bahagian Pekan dalam pindaan tuntutan saman melucutkan hak terhadap parti Melayu itu.
Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Najib bersama 40 responden lain dinamakan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam tuntutan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM memohon untuk mendapatkan kembali wang yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Responden lain yang dinamakan dalam saman itu ialah anak lelaki Najib, Mohd Nizar Najib yang juga ketua Pemuda Umno bahagian itu.
Nama lain termasuk timbalan ketua bahagian Zamri Ramly dan ketua Puteri Umno bahagian Sida Tantiana Sariat.
Najib dan Nizar tidak hadir di mahkamah hari ini ketika nama mereka dipanggil.
Mahkamah Tinggi turut membenarkan pihak pendakwa yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai untuk memfailkan notis warta bagi membenarkan pihak ketiga menuntut sebarang kepentingan dalam wang kerajaan itu untuk tampil.
Nazlan menetapkan 15 November untuk pemfailan notis.
Kerajaan mohon mendapatkan semula RM700,000 yang didakwa diberikan kepada Umno Pekan dari wang berkaitan dengan 1MDB.
Minggu lalu, peguam M. Reza Hassan yang mewakili Umno Pekan enggan membuat penyelesaian dengan jumlah yang diminta agensi anti rasuah itu.
Umno Pekan juga membuat permohonan untuk membatalkan saman itu dengan alasan ia gagal memenuhi syarat prosedur.
Reza berkata kerajaan gagal mengenal pasti pemegang jawatan dalam saman itu, maka ia membatalkan kes pendakwa.
Bahagian itu diketuai oleh Najib yang juga ahli Parlimen Pekan.
Bagaimanapun, hakim menolak untuk permohonan itu dibatalkan secara sepenuhnya atas alasan SPRM tidak mematuhi syarat.
SPRM memfailkan saman melucutkan hak terhadap 41 individu dan entiti dalam usaha mendapatkan semula RM270 juta wang dikaitkan dengan 1MDB. – 6 September, 2019.
NAJIB PEMIMPIM
MELAYU ISLAM
YANG JUJUR
LAGI SUCI
SEMBAHYANG
PERGI MEKAH
ANTUK KEPALA
PADA BATU ITAM
KINI DIZALAMI
OLEH MADEY
KAH KAH KAH
----------
3 ulasan:
dizalimi ? karut apa nie ? Mana ada zalim ? masih bebas masih sakit bontot ? kah kah kah minta sofa empuk dalam mahkamah pun, itu zalim ker ? kes kes mahkamah akan berlarutan sampai puluh tahun, kan sistem begitu, kalau China awal awal dah siap kes, siapa rasuah padah...itu sistem kafir yang Kita ikut, kah kah kah tergelak dog sandiwara saban Hari puak puak sebab tak ada modal lain, hanya agama bangsa ketuanan....sampai kiamat lah jadinya....
Ermm madey punya crita 30.5 biliun brpa puluh kali gnda dr njib. tu duit kita hmba rakyat yg hina dina ni laa..duit hilg ke tk hilg ke pagi2 start motor buruk gi kja klu hujn duk bwah jmbatan sat..
Atok aku kato ..kok nak ko Mokah, hati kito kono borosih, jujor, syumul ..kok tak, kito akan sosek, sakit dan ilang aka maso di Mokah.
Najib dan suami nye Bik Mama ..tiap tahun boborapo kali ko Mokah ..ok jo?. Ini buktikan mrk bini-laki sangat SUCI DAN SYUMUL.
Catat Ulasan