Rabu, 5 Februari 2020

APA DIA MARUAH BANI MELAYU






APA  DIA MARUAH
  BANI MELAYU

Minggu lau saya telah menunjukkan bahawa menutup sekolah China bukan tanda Bani Melayu bermaruah.    Menuntut Dong Zong diharamkan juga bukan tanda Bani Melayu  bermaruah. Memberi ancaman dan kata kata kesat kepada   Bani Pendatang  bukan tanda Melayu bermaruah. Jadi apakah dia maruah Bani Melayu? Bagaimana rupa bentuk Melayu yang bermaruah.

Maruah ialah harga diri. Maruah ialah etika  budi bahasa kita. Budi dan kesopanan wujudiah kita  sebagai  Bani Melayu sekali gus  sebagai umat manusia.  Maruah ialah kehormatan kita. Maruah ialah  rasa hati dan jati diri kita sebagai Bani Melayu. Maruah ialah nama baik kita.  Maruah ialah nilai yang dipegang dan dihayati. Maruah ialah pedoman dan kompas nilai. Maruah ialah keupayaan fikrah. Maruah ialah keintelektualan dan keilmuan.

Bani Melayu ialah penduduk asal Tanah Melayu. Bani Melayu juga adalah penduduk asal Alam Melayu yang juga dipanggil Nusantara.  Bani India dan Bani China adalah  Bani Pendatang. Ini fakta. Bukan lebong penglibur lara.

Hishamuddin Rais menulis fakta ini bukan kerana  Hishamuddin Rais  berasal dari   Bani Sakai suku Biduanda.  Menyatakan Bani India dan Bani China   Bani Pendatang  bukan satu yang  tidak betul. Ini bukan penghinaan.  Bukan mengungkit. Ini fakta  tepat dan ilmiah.  Saperti fakta matahari mucul dari Timor Timur dan terbenam di Bharat.

Bani China  berasal dari Tanah Besar China. Bani India  berasal dari Bharat.   Bahasa dan budaya yang ada dalam diri mereka  tidak berasal usul dari bumi dan Alam Melayu.

Jangan silap faham.  Ini tidak pula  bermakna Bani India dan Bani China – Bani Pendatang -  ini bertahap rendah dari Bani Melayu bani asal. Tidak.  Tujuan saya   merungai asal usul ini agar kita sesama tahu dari mana kita datang. Bila  kita tahu dari mana kita datang , dari mana asal usul kita maka kita tahu kemana arah kita tuju.

Saya timbulkan pekara asal usul  untuk melawan lupa. Untuk mengingat sesiapa yang terlupa. Untuk menyedarkan sesiapa yang lalai dan tidak sedar.

Lupa dan tak sedarkan diri ini juga satu masalah besar yang sedang melanda Tanah Melayu.  Justeru mengenal asal usul  sesama kita  adalah sikap bermaruah. Menyedarkan diri  mereka  yang lupa juga adalah sebahagian dari  tugas suci lagi bermaruah.

Justeru  dari sinilah saya memperluas dan memanjangkan  persoalan apa dia maruah Bani Melayu.

Pertama-tama pada hemat saya  Bani Melayu – bani asal ini memiliki tanggung jawab yang lebih berat berbanding dengan  bani pendatang.  Besar tanggung jawab ini kerana penduduk asal wajib menujukkan  akal budi   yang  cemerlang. Budi bahasa yang boleh ditauladani. Sebagai tuan rumah Bani Melayu wajib menunjukkan contoh dan memberi  tauladan.  

Jika bani asal  tidak bermaruah maka  bani pendatang  akan menjadi  seribu kali kurang ajar sejuta kali kurang sopan.  Ini sedang kita saksikan berlaku dihadapan  mata kepala kita semua.

Dalam tulisan ini   saya  tidak akan menimbulkan sikap kurang ajar  Ngo Pendatang atau  kumpulan politik bani pendatang. Untuk saya kritikan  wajib saya tujukan kepada Bani Melayu bani asal. Bani Tuan Rumah.

Tidak ada guna Bani Melayu memaksa  Bani Pendatang berkelakuan  sopan  walhal diri sendiri pemilik asal bumi ini tidak memiliki perangai dan maruah yang sempurna.  Ini perbuatan yang tidak masuk akal. Jika ini berlaku maka ini adalah contoh Bani Melayu yang tidak bermaruah.

Ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan lurus akhirya akan tergadai di Pasar Chow Kit. Jika Cik Gu kencing berdiri maka saya yakin anak murid  ini akan berani mengencingkan  cik gu. Jika tuan rumah tidak menjaga rumahnya sendiri maka akhirnya rumah itu akan tergadai. Ini sedang kita saksikan berlaku dihadapan mata kita.  Forest City, Pantai Dalam, Tanjung, Kampong Abdullah  Hukum adalah contoh. terkini. Amin.

Bani Melayu  yang bermaruah tidak perlu memaksa apa-apa keatas Bani Pendatang.  Paksaan tidak membawa jawapan yang molek. Tidak memunculkan silatul rahim. Pegharaman tidak akan menghasil apa yang dirancang.  

Sekali lagi saya nyatakan bahawa Bani Melayu boleh menjadi bani yang bermaruah  tanpa menutup sekolah China atau mengharamkan Dong Zong. Khalas.

Betul ke? Apa lagi  caranya untuk menjadi Bani Melayu yang bermaruah ?

Bani Melayu bani asal bumi ini  tidak ada pilihan melainkan mempertahankan Tanah Melayu. Bani Melayu tidak ada Bharat dan tidak ada Tanah Besar.  Bani Melayu terikat dengan  Tanah Melayu yang kita panggil tanah  air. Dua sumber kehidupan  - tanah dan air - ini menjadi kosep watak psikik Bani Melayu.

Tanah dan air ini dalam psikik budaya adalah  tanah tempat tumpah darah. Dibumi ini uri, tali pusat dan tembuni mereka ditanamkam.  Justeru tanah dimana iaya  dilahirkan dengan darah ibunya: menjadi konsep  tanah tumpah darah.  Konsep dan psikik Melayu yang ini amat jarang  dianalisa. Tetapi inilah kunci wujudiah Bani Melayu.

Justeru  nama asal bumi ini di panggil Tanah Melayu dan bukan Malaysia. Tanah tumpah darah – dimana tembuni dan uri ditanamkan - adalah  konsep tepat  turun temurun ajaran Datuk Nenek Moyang.  Ajaran ini telah wujud sebelum Bani China dan Bani India datang menumpang. Sebelum wujudnya Dong Zong.

Datuk Nenek Moyang juga mengajar kita bagaimana jika hujan emas  dan hujan perak di negeri orang  kita  masih  memilih negeri sendiri . Walau pun negeri sendiri dihujani oleh lembing dan panah.   Justeru Bani Melayu  kurang senang  dan kurang selesa untuk menjadi  kaum pendatang mencari kehidupan di negara asing. Atau bersedia untuk berpindah ke Negara Atas Angin.

Betapa hodoh betapa susah betapa gersang betapa kering kuntang  tanah sawah Bani Melayu akan terus bertahan di tanah tumpah darahnya. Hujan lembing dan hujan besi akan dihadapinya.

Melayu akan terus bertahan di Tanah Melayu. Ini tanda Bani Melayu yang bermaruah.

Ini amat berlainan dari budaya  Bani Pendatang. Mereka berhijrah untuk  memperbaiki kehidupan. Kelaparan dan kebuluran  pernah terjadi dinegara asal maka  Tanah Melayu menjadi  bumi  penyambung nyawa. Saygia diingati  jika di Tanah Melayu iklim dan cuaca tidak menjanjikan maka mereka dengan senang  hati Bani Pendatag akan berpindah ke Australia misalnya.  Ini sedag kita saksikan.

Malah paspot Tanah Melayu – salah satu paspot yang amat  amat bernilai  dalam dunia hari ini  hanya dijadikan  batu loncatan.  Malah ramai pendatang baru ini  singgah di Tanah Melayu hanya menunggu  peluang untuk mendapat paspot  Tanah Melayu sebelum berpindah ke negar atas angin. Khalas.

Bani Melayu yang bermaruah tidak akan membenarkan pendatang baru dengan senang menjadi warga negara Tanah Melayu. Jauh sekali dirasuah untuk  menjual paspot dan kerakyataan. Mustahil jika kamu pendatang haram di Kota London atau di New York  kamu boleh menjadi warga British  atau Amerika dengan senang. Atau dengan menggunakan jalan rasuah.

Ketika saya menulis ini ada satu manifestasi   sebagai satu  contoh terbaik  untuk memahami maruah Bani Melayu. Contoh ini  bersangkutan dengan sosok yang dipanggil Najib.  Si Najib ini telah jatuh dari tampok kuasa dalam PRU14.  Kini bekas  Perdana Menteri sedang berhadapan dengan  pelbagai tuduhan. Dari menyalah guna kuasa kepada rasuah. Dari rasuah  kepada menjual negara kepada negara  asing.

Dalam  masa terdekat Si Najib ini akan dituduh terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Satu Malaysia  sedang menunggu-nunggu pengumuan dari Peguam Negara bersangkutan dengan Akuan Bersumpah Azilah  yang mucul pada 15 Disember 2019 tahun lalu.

Azilah sedang menjalani hukum mati kerana terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.  Dalam Akuan Bersumpah ini Azilah secara jelas dan tuntas telah mensabitkan Najib. Mengikit Akuan Bersumpah Azilah Si Najib yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu telah memberi arahan untuk ‘menjimatkan’ Altantuya yang dituduh sebagai ajen asing.

Azilah seorang pegawai polis dengan seoarang lagi anggota polis bernama Sirul telah meledakan Altantuya. Meledakan ini dilakuan agar tidak ada tanda-tanda  DNA kerana menurut Azilah  model cun dari Mogolia ini sedang hamil berbadan dua. Entah membawa anak Razk atau membawa cucu Razak.

Tapi  bukan kes Altantya yang ingin saya  mahu saya Panjang lebarkan. Apa yang hendak saya timbulkan ialah  maruah Bani Melayu.  Sikap  ahli parti United Malaya National Organisation  – parti ketuanan Melayu – yang terus  menyokong  Najib yang mereka panggil sebagai Bossku.

Sikap menyokong Najib ini jelas memperlihatkan bahawa ada satu kumpulan Bani Melayu yang tidak bermaruah. Bani Melayu yang tidak memiliki nilai salah benar. Bani Melayu yang kompas  salah betul telah pencong.  Mata budaya Bani Melayu jenis ini telah rabun dan kabur.

Kumpulan Bani Melayu jenis inilah yang tidak memberi nilai contoh kepada Bani Pendatang. Tanpa contoh yang baik maka Bani Padatang tidak menghormati Bani Melayu. Malah terbukti bagaimana  dari kes mahkamah kita diberitahu bagaimana Jho Low seorang lelaki Bani China telah menipu Najib seorang pemimpin Islam dari Bani Melayu.  Tidak cukup dengan penghinaan  dari Jho Low kita  berhadapan dengan  kumpulan Bani Melayu yang masih menyokong Najib.

Kalau Bani Pendatang menyokong Najib amat  senang  difahami. Kerana selama 6o tahun yang berlalu Bani China telah kaya raya menjarah harta kekayan tanah Melayu dengan menyokong  United Malays National Organisation.. Bani Melayu  dan kumpulan Bani Melayu jenis ini saya takrifkan sebagai Bani Melayu tidak bermaruah. Bani Malayu jenis ini jugalah yang mahu menutup sekolah China dan mahu Dong Zong diharamkan.

Bani Melayu tidak bermaruh ini juga yang sering mengapi-apikan sikap kebencian terhadap Bani Pendatang. Bagaimana pula dengan sikap dan jawapan Bani Pendatang? Tunggu minggu hadapan. (TT)


  








--------

Tiada ulasan: