PEMIMPIN ISLAM
YANG JUJUR
YANG SYUMUL
YANG WARAK
BERCAKAP
BENAR
WALAHI
WATAK TIPURI
Najib bersumpah
tak pernah
minta rasuah,
tak tahu RM42 juta
masuk akaunnya
KUALA LUMPUR – Najib hari ini bersumpah pada Mahkamah Tinggi yang beliau tidak pernah meminta suapan dan tidak mengetahui mengenai RM42 juta yang disalurkan ke akaunnya.
Membela dirinya, Najib berbuat demikian di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika pemeriksaan balas ketua pasukan pembelaannya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
“Sebagai seorang Islam, wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak pernah meminta suapan dan saya tidak tahu bahawa RM42 juta disalurkan ke akaun saya pada masa itu,” katanya.
Dakwaan mengatakan dirinya menerima suapan adalah tidak berasas apatah lagi beliau sedar tindakan tersebut sudah tentu akan dapat dikesan.
“Terdapat keterangan tanpa bukti yang sah mengatakan saya menerima rasuah tapi perincian tidak dinyatakan, sebab ia tidak pernah berlaku.
“Ia tidak pernah berlaku dan untuk mencadangkan bahawa sebagai perdana menteri saya terlibat dalam sesuatu seperti itu adalah tidak munasabah.
“Dan saya katakan, saya tidak begitu bodoh untuk meminta suapan seperti itu dan yang boleh dikesan,” katanya lagi.
Untuk rekod, Hakim Mohd Nazlan pada 11 November 2019 memerintahkan Najib membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana berjumlah RM42 juta setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Ahli Parlimen Pekan itu kemudian memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari tempat duduk saksi yang bermakna beliau akan disoal balas oleh pendakwaan.-MalaysiaGazette
MUSTAHIL
PEMIMPIN ISLAM
BERBOHONG
SEMUA INI
FITNAH MADEY
KAH KAH KAH
BERSUMPAH
BERSUMPIT
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
2 ulasan:
Najib sendiri memang tak pernah minta. Barua2 bangang dia dia yang mintakkan. Bila dia dapat duit Rm2.6B die belasah jolly katak sampai tak ingat dunia. Eh silap..sampai tak ingat akhirat.Bagi pada Mama Bear, Baby bear dan ramai lagi monyet,kera ,anjing , kucing tikus semua dapat merasa dedak.
Dia "tak tahu" RM42juta disalur akaun dia, tapi lepas dia tahu, dia tak repot polis but guna duit tu! Inilah yang mengejut! Betul ke ni akhlak anak Razak?
Catat Ulasan