Rabu, 25 Mac 2020

MASUK HARI KE TUJUH






BERKHALWAT

RABU 

25/3/2020

KITA SESAMA

MASUK HARI

KE TUJUH 
PAGI INI JAM 7.30
KE KWANTANUNG
WOW
DARI JAUH DAH KEDENGARAN 
DERAM KERETA YANG KUAT
ARAH PLUS SUNGAI BESI
INI AGAK LUAR BIASA

PERKUBURUAN KOSONG
YANG BISING PAGI INI
AYAM HUTAN BERKOKOK
TAK HENTI HENTI

JUGA  DI GAUNG POKOK ARA
ADA BUNYI  AMAT KUAT
GUA PANGGIL  BURUNG OH YEAH
KERANA BUNYI AMAT KUAT
GUA DAH LAMA KENAL BURUNG INI
WARNA KUNING
BESAR SADIKIT DARI MERBAH
TAPI SUARA AMAT KUAT
BUNYINYA :
OH YEAH OH YEAH
NANTI GUA CUBA
DAPATKAN NAMA BURUNG INI

BURUNG INI SAMA 
MACAM KATAK DIKOLAM
SALEPAS HUJAN
BUNYI AMAT BESAR
TAPI BADAN KECIK

AWAL DULU 
GUA AGAK OH YEAH
INI BESAR ANAK  AYAM
RUPA RUPANYA TIDAK

KALAU ADA SIAPA TAHU
NAMA BURUNG INI
SILA UMUMKAN

SATENGAH JAM KEMUDIAN
DERAMAN KERETA MENJADI SAYU
AH! KUALA LUMPUR LENGANG
BRICKFEILD SENYAP

SELAMAT BERKHALWAT





---------

2 ulasan:

hamim berkata...

Warna kuning, burung tiong kunyit kut

panglimo potaseh berkata...

Sikalang baru gwa pelasan ngapa TT lambat posting blog dia ..pagi2 dia menghanjing dan main bulong dulu ..adoi yai.