Isnin, 23 Mac 2020

PAGI INI HARI KE 6






SENIN KE 6

KITA SESAMA

BERKHALWAT
PAGI INI JAM 7.45  
SAPERTI BIASA
GUA KE KWANTUNG
GUA LIHAT
KUALA LUMPUR MALAP
BERKABUS KERANA 
HUJAN PETANG KELMARIN

DI BELAKANG GUA ADA
PASANGAN 
MEMBAWA 3 EKOR ANJING
MERAK INI JIRAN BLOG GUA

BILA GUA MELINTAS
POKOK ARA
PAGI INI KURANG BISING
HANYA KELICAP BERNYANYI
MURAI SENYAP
DARI JAUH  SAYU SAYU
GUA DENGAR
AYAM HUTAN BERKOKOK

GUA TERSERAMPAK
SEKALI LAGI
ANAK MUGA BERJOGGING
DIA TAKUT DENGAN TAK TAK
MAKA 
GUA WAJIB 
MENTENTERAMKAN  KEADAAN

BANGUNAN BELUM SIAP
DI BUKIT STADIUM
MENARA 119 PNB
JELAS TERCACAK

GUA TERNAMPAK
LELAKI BERBAJU T MERAH
SEDANG BERJOGGING
DAN SEBUAH KAPCHAI

DILAJAN PULANG
TERSEREMPAK LAGI
DENGAN PASANGAN MEMBAWA
TIGA EKOR ANJING
MEREAK INI JIRAN

PAGI INI NAMPAKNYA
KWANTUNG AGAK SIBUK
WALAU PUN 100 HEKTAR
WILAYAH INI LENGANG KOSONG
HANYA UNGGAS BELALANG
YANG KENDURI KENDARA

LAPORAN
 DARI KAWAN KAWAN

GUA HUBUNGI:
PAK DIP  DI KEPALA BATAS
DIA MEMBUKA KEDAI MAKAN
YANG JADI MASAALAH 
PELANGAN REGULAR
ORANG TUA TUA
TAK MAHU MAKAN NASI BUNGKUS
MEREKA MAHU
MAKAN DUDUK BERHIDANG
PENING KEPALA PAK DIP
KESIAN

GUA HUBUNGI :
SHAMILA DI TANJUNG
ADIKNYA KAWIN
HANYA AKAD NIKAH 
KENDURI BATAL
NAK BUAT MACAM MANA
KAMI SESAMA KETAWA

GUA HUBUNGI:
MUSS DI NARATIWAT
AKHIRYA GUA DAPAT
BERHUBUNG DENGAN MUS
KINI TERSADAI DI NARATIWAT

PULANG KAMPONG KERANA
KENDURI ADIK KAWIN
TAK RAMAI YANG DATANG
SEKARANG  ADIK BERADIK
TERMASUK PENGANTIN BARU
TAK DAPAT
PULANG KE KUALA LUMPUR
PINTU SEMPADAN TUTUP

GUA HUBUNGI:
AMZARI DI KUANTAN
BANDAR KUANTAN LENGANG
POLIS MENGADAKAN SEKATAN PERUBATAN
GUA HUBUNGI:
ASIAH KAWAN LAMA GUA 
DI LONDON
DIA TINGGAL DIWILAYAH KAYA
DI DOCKLAND
TEPI SUNGAI THAMES

DIA TINGGAL SEORANG DIRI
ANAK  MENANTU DAN CUCU
DILARANG MASUK KE RUMAH
INI CARA ORANG INGGERIS
BEHEMAH SESAMA SENDIRI

ASIAH  WARGA EMAS
MAKA KERAJAAN 
MELARANG
WARGA EMAS 
BERTEMU SESIAPA PUN

MAKA ANAK MENANTU CUCU
HANYA BERCAKAP 
DILUAR PINTU
INI UNTUK
KESELAMATAN BERSAMA

GUA HUBUNGI:
BLAK DI SHAH ALAM
SEMUA TENANG

MAKANAN GUA MASIH CUKUP
ADI DAN WAK JAL
PETANG SABTU KE CHOW KIT
MEREKA BELIKAN GUA
TOMATO BAWANG IKAN BILIS
BERAS KUNYIT TEMU 
LAWAK AVOKADO

PAGI SABTU
ALEX JIRAN BLOK B
TINGKAT 6 PERGI MID VALLEY
ALEX BELIKAN
OATS TEH ANGGUR

GUA HUBUNGI :
MAYA DI DAMANSARA
KINI TERPENYAP DI STUDIO FLET
DENGAN SUAMINYA TOMMY
KERJA DARI RUMAH
MAYA MINTA LIHAT 
GAMBAR POKOK ARA
INI GAMBAR POKOK ARA ITU
GUA MAHU MENULIS
TAPI HATI DEGIL
HARI INI GUA AKAN PAKSA
HATI UNTUK MENULIS
AMIN











Tiada ulasan: