Isnin, 23 Mac 2020

SEMUA UNTUK KITA SEMUA






SEMUA UNTUK

KITA SEMUA

RM500 juta untuk Kementerian Kesihatan, pencarum KWSP dapat keluar RM500 sebulan


PENCARUM dibenar mengeluarkan sehingga RM500 sebulan daripada Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengatasi beban ekonomi akibat wabak Covid-19,  kata perdana menteri.


10 juta topeng muka percuma kepada rakyat, kata PM

PUTRAJAYA akan mengedarkan 10 juta keping topeng muka secara percuma kepada rakyat yang memerlukan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Kita akan edar secara percuma kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Operasi pengangkutan awam dihadkan sepanjang perintah sekatan

KERAJAAN akan mengenakan sekatan bagi waktu operasi pengangkutan awam kepada beberapa jam pada waktu pagi dan lima jam sebelah petang, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pengguna hanya boleh menggunakan pengangkutan awam dari 6 pagi hingga 10 pagi, dan dari 5 petang hingga 10 malam.

Beliau tidak memperincikan pengangkutan awam yang terbabit dalam penggantungan sementara dan perkhidmatan terhad ini, tetapi berkata teksi dan perkhidmatan e-hailing beroperasi seperti biasa.

Ini bagi menyekat pergerakan bebas orang ramai ketika perintah sekatan pergerakan berkuat kuasa, katanya.

“Perkhidmatan itu akan beroperasi pada waktu pagi untuk orang pergi kerja dan petang hingga malam untuk mereka pulang,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan di televisyen hari ini. – 23 Mac, 2020.


SESAMA

BERHATI HATI

------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rm500 simpanan hari tua di KWSP..terima kasih kerajaan kerana memberi peluang rakyat memberi bantuan pada diri sendiri dengan duit sendiri

Tanpa Nama berkata...

hadoi laa mat sembab oiii. dapat keluarkan duit simpanan sendiri rm500 dari kwsp? setakat tu jer ke yg kerajaan boleh pikir? itu duit simpanan pencarum utk hari tua. kerajaan patut guna semua tabung yg ada sekarang ni utk bantu rakyat yg terhimpit dgn beban ekonomi akibat covid-19 bukannya suruh pencarum guna duit simpanan sendiri. ko arahkan lah tabung zakat digunakan. pejabat zakat byk duit, selama ni asyik renovate ruang, tukar kenderaan rasmi, tukar perabot jer. berapa punya sembab la PM pintu belakang ni, tak malu ke di saat genting mcm ni kau suruh pencarum guna duit simpanan hari tua diorang?

Tanpa Nama berkata...

Buat lah apa pon tapi sikap rakyat Malaysia tidak akan berubah, roti bahan makanan kering diserbu sampai kosong, dia seorang saja nak Hidup, biar orang lain mati, walau di bagi tahu bekalan ada, jangan panik tapi sikap pentingkan diri adoi terhebat, masih kalut haram halal? Kah kah kah kafir juga nak bagi mask, Arab hantar apa? Yang dimuliakan Arab saudara sebangsa senegara itu bagi apa? Ada hantar kurma percuma? Ada bagi minyak dab? Ada bagi derma macam kat Jib? Masa malapetaka pon tak bagi, ini kan pulak masa happy time job kah kah kah, Jib dok seronok ratah daging muda, empuk sendat kah kah kah padan muka hidup melayu

Tanpa Nama berkata...

Covid-19 ini seumpama suatu perisian yang perlu didownload oleh setiap orang yang hidup dimuka bumi ini.Tak kira negara,anutan agama,bangsa,warna kulit, atau kecenderungan politik.Sementara belum ada peranti yang sesuai (vaksin) untuk mendonlot covid-19, maka setiap orang harus menjarakkan sosial antara satu sama lain,ikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan supaya duduk berkurung dalam rumah