HARI KE 92
HARI INI RABU
17/6/2020 KITA MASUK
KE HARI 92 BERKHALWAT
KUALA LUMPUR
PAGI INI MALAP
BERKABUS BERJEREBU
MATAHARI NAIK
TAPI TANPA SINARAN
DITUTUP AWAN
HOKKIEN RIANG
MUNGKIN KERANA
TAK HUJAN KELMARIN
GUA DISAMBUT OLEH
MERBUK TERKUKUR BALAM
WALAU PUN
DERAMAN KERETA ADA
TAPI
OKESTRA UNGGAS
KUAT KEDENGARAN
BERSELISEH DENGAN
SEPASANG ONGEK BUMI
PINDAH DARI
BATU NESAN KE BATU NESAN
TERBANG TAK JAUH
TAK NGERI DENGAN MANUSIA
TAPI GUA TAK TAHU
SUARA MACAM MANA
SUARA TIGA EKOR JANTAN
KEDENGARAN
DARI GAUNG DAN BUKIT
LAWAN BERLAWAN
APA YANGMERKA LAGUKAN
BERTANYA
IALAH PERMULAAN
KEBIJAKSANAAN
APA SAHAJA YANG KITA BUAT
APA SAJE YANG KITA LAKUKAN
ADA NIKMATNYA
JANGAN LUPA
IANYA DATANG DENGAN HARGA
YANG WAJIB DIBAYAR
KALAH BUKAN GAGAL
GAGAL IALAH KALAH
DAN
TAK BERGANJAK DARI
TEMPAT KEKALAHAN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan