Jumaat, 3 Julai 2020

CALON TETAP PERDANA MENTERI KENCING MUHYIDDIN





JENG JENG JENG

INI SUARA

CALON TETAP

PERDANA MENTERI

MALAYSIA

Umno tak akan sokong Muhyiddin pada PRU15, kata Ku Li

UMNO tidak akan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jika pilihan raya diadakan, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Saya tak fikir begitu.

“Susunan di dalam Perikatan Nasional semata-mata untuk memastikan kestabilan. Tetapi apabila kita berdepan dengan pilihan raya, situasinya berbeza dan Umno perlu bertindak,” kata pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu dalam temu bual bersama Channel News Asia.

Tengku Razaleigh, 83, berkata demikian ketika ditanya adakah Umno akan menyokong Muhyiddin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Gua Musang itu selanjutnya berkata Bersatu tidak sepatutnya berada dalam gabungan yang membabitkan Umno dan PAS kerana akan menyebabkan masalah pembahagian kerusi.

“Dengan itu barulah tidak timbul masalah pembahagian kerusi. Tetapi jika bawa masuk Bersatu, kami akan berdepan pilihan raya yang menyebabkan situasi tergantung sekali lagi, tiada mempunyai kedudukan dominan atau majoriti jelas. 

“Dan akhirnya mengalami situasi tidak yang tidak stabil,” jelasnya.

Beliau juga percaya Umno mempunyai peluang yang cerah pada PRU akan datang, hanya perlu memilih siapakah perdana menteri seterusnya.

“Bagusnya kerana kami dominan.

“Ini persoalan besar. Apa yang perlu Barisan Nasional atau Umno buat ialah mengangkat seseorang yang boleh memimpin dengan integriti. Pemimpin lama perlu berkorban dan buka jalan kepada orang lain.”

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung BN Annuar Musa semalam berkata Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, adalah calon perdana menteri pada PRU15.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi masih belum mengesahkan sama ada Umno juga mempunyai pendirian yang sama. – 3 Julai, 2020.


KU LI JUGA

ADALAH 

CALON TETAP

PRESIDEN UMNO

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: