BERKHALWAT
JUMAAT 3/7/2020 MASUK
KE HARI 108
KITA BERKHALWAT
SUASANA MASIH
BELUM BERUBAH
SERANGAN KOBID
MASIH DIRASAKAN
TENGAH HARI KELMARIN
GUA KE PASAR BUAH SAYUR
CHOW KIT
MASIH DITUTUP
HANYA ADA
BEBERAPA GERAI
DIBUKA
PAGI INI HOKKIEN MALAP
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI
SINARAN DIHALANG AWAN
SEKOR GAGAK
DIATAS SEBATANG POKOK TINGGI
MENAGIS
GAK GAK GAK
APA YANG DIRAYU
APA YANG DISEDIH
GUA TAK TAHU
TAPI
PIPIT UBAN
BETUL BETUL BERKENDURI
BERDERAU KE SANA SINI
SATU KUMPULAN
SEPULUH LIMA BELAS EKOR
SEKOR TERBANG
YANG SEPULUH IKUT SAMA
MENUNDUKKAN
RUMPUT RAMPAI
DALAM HIDUP INI
TIDAK ADA APA PUN
DATANG DENGAN SERTA MERTA
ANAK PISANG YANG GUA BELI
DI PASAR TEPI SUNGAI TEMERLOH
HIDUP SUBUR
GUA WAJIB SABAR MENUNGGU
POKOK MEMBESAR
POKOK BERBUNGA
BUNGA JADI PUTIK
PUTIK JADI BUAH
SEBELUM
GUA DAPAT RASAKAN
NIKMAT PISANG MASAK
SETIAP PAGI
GUA MASUK HOKKIEN
GUA HADAPI REALITI KEHIDUPAN
JAUH DIHADAPAN GUA
KEKAYAAN KOTA
HOTEL DAN BANGUNAN
KONDO DAN GEDUNG BELI BELAH
TEPI KAKI GUA
DEPAN MATA GUA
TEMPAT AKHIR BEREHAT
RUMAH REHAT KITA SEMUA
KERANA ITU
GUA TIDAK MENYIMPAN BERAHI
UNTUK GILA GILA
MEMILIKI HARTA BENDA
KEMATIAN
MENGINGATKAN KITA
BAHAWA HIDUP INI
HANYA SEMENTARA
KITA INI HANYA
BERTRANSIT
JADI TAK PERLULAH
GILA GILA MEMBAWA
BANYAK BEG BESAR
YANG BERAT BERAT
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan