INI BARU
DI JOHOR
BAGAIMANA
DI NEGERI LAIN
TANGKAP
SEBAT
SUMBAT
Penolong pengarah Imigresen Johor ditahan terlibat sindiket seludup pendatang
SEORANG penolong pengarah Imigresen wanita yang bertugas di salah sebuah kompleks imigresen di Johor ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan migran, dua hari lepas.
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pegawai kanan berumur 50 tahun itu ditahan di tempat tugasnya oleh anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, sebagai lanjutan kepada penahanan tiga pegawai imigresen pada 23 Jun lepas, yang dipercayai terbabit dalam kes sama.
Penahanan suspek merupakan tangkapan pegawai berpangkat paling tinggi yang terlibat dengan kes sindiket penyeludupan pendatang setakat ini, dan suspek disiasat mengikut Seksyen 26 (A) Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dengan mengguna pakai prosedur siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
“Modus operandi suspek adalah dengan menyediakan cop imigresen Malaysia yang disyaki palsu bagi menguruskan penyeludupan warga Indonesia yang telah tamat tempoh pas lawatan sosial (PLS) sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di Johor, hari ini.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan tidak melindungi mana-mana pihak berjawatan tinggi sekiranya didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan.
“Polis Johor tidak melihat status, kalau terlibat kita tangkap tidak mengira kedudukan. Ada pihak cuba kaitkan isu tangkapan (sindiket) ini dengan mengatakan bahawa polis menganiaya,” katanya.
“Tidak timbul isu itu kerana kita hanya jalankan siasatan dan menyiapkan kertas siasatan, setelah itu dipanjangkan kepada pejabat Peguam Negara dan mahkamah yang akan tentukan sama ada mereka bersalah atau pun tidak,” tambahnya. – Bernama, 3 Julai, 2020.
PDRM
JANGAN RISAU
RAKYAT SOKONG
LAGI KUAT
LAGI BANYAK
TANGKAPAN
LAGI RAMAI
RAKYAT SOKONG
YANG TAK SUKA
HANYA KAPITALIS
TUAN KILANG
KONTRATOR
PEMAJU
PENIAGA
TOWKAY
YANG MAHU
BURUH MURAH
KHALAS
2 ulasan:
Sokong PDRM
Teruskan jg ops diSabah
Catat Ulasan