PILIHAN TERAKHIR
Tamrin Tun Ghafar
1. Beberapa hari lepas saya telah mengirim kepada beberapa orang kenalan pandangan ringkas saya berkaitan isu politik semasa:
"No one is perfect. So the best way is to go for Emergency Rule and get rid of ALL those politicians be it from PH or PN. The rakyat is so tired and fed up with those people on top squabbling for positions - NOT for the poor rakyat"
TERJEMAHAN
"Tidak seorang pun yang sempurna. Maka jalan yang terbaik ialah melalui Pemerintahan Darurat dan membersihkan Negara dari ahli - ahli politik sama ada dari PH atau pun dari PN. Rakyat merasa penat dan benci dengan apa yang dilakukan oleh mereka di atas sana yang hanya berebut jawatan - BUKAN untuk rakyat.”
2. Reaksi yang diterima hampir kesemua mereka bersetuju dengan pandangan tersebut.
3. Lagi pun HANYA dengan cara ini sahaja anak - anak muda boleh dilatih dan diberi peluang memimpin negara; ini kerana sistem politik hari ini TIDAK menggalakkan anak - anak muda terutama yang berpelajaran tinggi mendapat tempat yang diperlukan.
4. Sama ada bersetuju atau tidak ini adalah pandangan ikhlas saya yang muak melihat telatah mereka yang diberi kepercayaan dan diharapkan oleh rakyat bawahan.
5. Pemimpin dan pengampu / penyokong mereka hari ini HANYA BERLAKON seolah - olah merekalah orang yang berjuang untuk rakyat tetapi satelah diberi peluang, mereka mula mengatur langkah mengkayakan diri , keluarga dan juak - juaknya; rakyat TERPAKSA MENUNGGU sekian lama bagi berjumpa dengan mereka yang telah diberi kepercayaan; ada yang bernasib baik dapat jumpa dan ada pula yang TERPAKSA TUNGGU Pilihanraya sekali lagi apabila 'pemimpin' tersebut datang sehingga ke dapur bagi menagih undi dan memberi sedikit bantuan berupa wang ringgit.
6. YANG PATUT DIPERSALAHKAN IALAH PENGUNDI ITU SENDIRI KERANA MEREKA BOLEH DENGAN SENANG DIPERDAYA DENGAN JANJI - JANJI MANIS.
7. Amalan salahguna kuasa dan rasuah sudah menjadi makanan dan darah daging mereka yang telah diberi amanah,
8. Dari Perdana Menteri hinggalah budak pejabat amalan tak bermaruah dan jijik ini bagaikan :
'Irama Dan Lagu
Yang Tak Boleh Dipisahkan’
9. Ayat - Ayat Al-Quran dan Hadith pula ditafsir begitu mudah mengikut selera dan keperluan mereka; yang dulu diharamkan, kini dihalalkan begitu juga yang pernah dipuji dan disanjung kini diharamkan.
10. Pengikut - pengikut Parti Angkut Sampah ini pula terlalu percaya dan taksub seolah - olah pemimpin mereka adalah Perwaris Nabi yang maksum; tidak boleh menyoal apatah lagi mengkritik jika mahukan ke Syurga.
11. Rasuah bukan sahaja dilakukan oleh orang politik , malah ia turut di lakukan oleh sebahagian Pegawai dan Kakitangan Kerajaan sehingga sanggup menjadi PENGKHIANAT NEGARA.
12. Ini semua berlaku kerana bak kata pepatah :
'Ikan Busuk
Bermula
Dari Kepala'
13. Rampasan Kuasa dilakukan semata - mata bagi memenuhi nafsu; suara dan dan hak rakyat TIDAK LAGI DIPEDULI, DIHORMATI DAN DIAMBIL KIRA.
14. Alasan yang didendangkan kepada rakyat khususnya orang Melayu ialah KONONNYA bagi menjamin kuasa Melayu daripada dikuasai oleh DAP.
15. Sebenarnya mereka tahu dan sedar bahawa DAP hanya mempunyai 42 Kerusi Parlimen dari 43 Kerusi yang mereka bertanding dari jumlah 222 Kerusi dan DAP pula HANYA menentang calun - calun MCA dan Gerakan sahaja, BUKAN calun Melayu UMNO dan PAS.
16. Yang sedihnya ramai orang Melayu termakan dengan DAKYAH dan FITNAH yang SENGAJA DICIPTA oleh UMNO dan PAS kononya DAP akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu , Bahasa, Agama Islam dan Raja - Raja Melayu.
17. " Bangsa Sendiri Yang Mencuri Hak Bangsanya Tapi Dia Akan Tuduh Bangsa Lain Supaya Dia Bebas Mencuri
Negara Akan Pasti Hancur Kerana Adanya para PENGKHIANAT Bangsa Sendiri
- itulah pesan Bung Karno atau Soekarno , Presiden Indonesia kepada rakyatnya sekitar tahun 1955
18. Perkara diatas sebenarnya telah TERMAKTUB / TERTANAM DIDALAM PERLEMBAGAAN; ia TIDAK BOLEH DIPINDA APATAH LAGI DIHAPUS oleh sesiapa pun apatah pula DAP yang hanya miliki 42 Kerusi; walau 100 Kerusi sekali pun.
19. Tidak dinafikan ada segilintir masyarakat Cina dan bukan Islam yang kebetulan Ahli DAP yang terus menyalak namun mereka ini tak ubah seperti :
'Anjing Menyalak
Bukit'
20. Apa bangsa sekalipun sama ada orang Cina , India mahu pun Melayu pasti terdapat beberapa orang 'extrimis' di kalangan mereka yang menyakiti perasaan bangsa lain.
21. Keadaan Negara kini TERLALU BERCELARU ( confused state ) disebabkan 'mainan politik melampau' oleh pemain - pemain politik yang mementingkan diri; rakyat menderita dan ramai pula yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ekoran COVID 19, maka PILIHAN TERAKHIR DAN TERBAIK ialah Yang DiPertuan Agong hendaklah MENGGANTUNG PARLIMEN dan MELANTIK seorang Ketua Pentadbir yang difikirkan sesuai.
22. SEMOGA KITA TIDAK KESAL APABILA NASI SUDAH JADI BUBUR.
Wassalam
Terima Kasih.
2 ulasan:
Sham..biyo aku tambah sikit apa tulisan tamrin ni..bagi padat sikit balatnye..pasal hairaki pemimpin melayu dari kampong sampai atas
Tok Sidang = melayu islam
Tok mudin potong konek = melayu islam
Tok Penghulu = melayu islam
Tuan D.O. = melayu islam
Pegawai tinggi kerajaan = melayu islam
ADUN = melayu islam
MP = melayu islam
Menteri = melayu islam
Perdana menteri = melayu islam
Soalan aku nape melayu islam masih jugak tungkap..salah DAP ke..
"Ayat - Ayat Al-Quran dan Hadith pula ditafsir begitu mudah mengikut selera dan keperluan mereka (Parti Angkat Sampah)- TGB kahkahkahkahkah.
jgn kutuk ahli parti angkat sampah nanti tak cium bau syurga. kahkahkah
Catat Ulasan