Rabu, 8 Julai 2020

TAHNIAH PDRM







TAHNIAH PDRM

SYABAS

ORANG RAMAI

RAKYAT BIASA

SEDIH HATI

BILA DENGAR

KESAH 

TAN SERI CUKONG

DATO SRI CUKONG

ADA ORANG

DALAM BILA 

DADAH DIRAMPAS

DADAH SEBAGAI

BAHAN BUKTI

HILANG LESAP

WALAU PUN

AKHBAR DAH

LAPOR ADA

TANGKAPAN

KILO KILO DADAH

PUN DAH DILAPOR

SEMUA LESAP


AKIBATNYA 

KES TAK ADA




2 pegawai polis bersekongkol dengan sindiket dadah bernilai RM10 juta ditahan

KUALA LUMPUR – Dua pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dan Sub Inspektor merupakan antara 14 individu yang ditahan kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah terbesar melibatkan empat buah negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, dua pegawai terbabit diberkas dalam Ops “Nut Crackers” melibatkan rampasan pelbagai jenis dadah dengan anggaran bernilai RM10 juta.

Katanya, kedua-dua mereka merupakan pegawai yang bertugas di Sarawak.

“Siasatan awal kita mendapati mereka ini bersekongkol dengan sindikit ini. Kita akan siasat lagi hingga ke akar umbi untuk mengetahui bagaimana penglibatan ini boleh berlaku dan setakat mana penglibatan ini telah dijalankan dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Siasatan akan dilakukan secara terperinci.

“Jangan ingat duduk jauh daripada ibu pejabat ini kita tak tahu tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

“Kita sentiasa memantau pegawai dan anggota polis. Kita tidak mahu orang-orang yang kita harapkan untuk membasmi terlibat sama. Kita telah tangkap ramai dan kita tidak akan berhenti setakat itu saja. Siapa yang terlibat kita akan tangkap walaupun di Jabatan Narkotik sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai kejayaan rampasan dadah oleh JSJN Bukit Aman, Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pihaknya tidak menolak penglibatan pegawai dan anggota polis berkaitan dadah itu berterusan namun pemantauan terhadapnya tetap dijalankan.

Katanya, sebagai langkah mengelak perkara itu berlarutan, Jabatan Integriti PDRM dan pemantauan dari pihak JSJN sendiri dilakukan dan buktinya dapat dilihat menerusi ratusan pegawai dan anggota polis diminta untuk melakukan ujian air kencing bagi mengesan mereka yang terlibat dengan aktiviti pengambilan dadah.

Ujarnya, ia terbukti apabila lebih 120 anggota telah dikenakan tindakan tahun ini kerana melakukan perkara itu menerusi operasi yang dipanggil “Ops Duri Dalam Daging”.

Dalam perkembangan sama Ramli memberitahu, sebanyak 12 serbuan telah dilakukan oleh JSJN bermula pada 1 Jun lalu hingga semalam melibatkan negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sarawak dengan rampasan dah seberat 182 kilogram.

Katanya, kesemua dadah yang dirampas itu mampu ‘memuaskan’ seramai 580,000 penagih.

Kesemua suspek yang ditahan termasuk pegawai polis terbabit berusia lingkungan 26 hingga 58 tahun.

Jelasnya, mereka ditahan menerusi empat serbuan berasingan iaitu di Jalan Imbi, Jalan Conlay, Pandan Indah dan Shah Alam.

Menerusi serbuan tersebut juga katanya, polis berjaya membongkar makmal dadah haram di kawasan pedalaman di Batang Kali, Selangor.

Kesemua yang ditangkap disiasat dibawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala dua pegawai polis terbabit disiasat di Bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

Kesemua mereka ditahan selama enam hingga tujuh hari untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette


MALAH ADA 

CERITA KESAH

TAN SERI CUKONG

DATO SRI CUKONG

BERI  DANA

TAJA JAMUAN

PINJAM JET

PADA 

MAT POLITIKUS

SEKARANG

TERBUKTI 

SEMUA INI

KESAH BENAR

HAM DU LIL

AMIN

Tiada ulasan: