KHALWAT 176
HARI RABU 9/9/2020
KITA MASUK KE HARI 176
BERKHALWAT
PKPP MASIH BERJALAN
KLUSTER BARU MUNCUL
SEPANYOL MENJADI
NEGARA EROPAH PALING
LARIS DISERANG KOBID
INDIA SEDANG NAZAK
MELBOURNE SEDANG BERTEMPUR
ADUH
DUNIA MASIH MENUNGGU
VEKSIN
PAGI INI HOKKIEN
DAH CERAH
GUA DISAMBUT OLEH
SIMPONI CENGEKRIK
DENGAN ALUNAN SUARA
KUUUR KUUUR KUUUR
SAYU SAYU DARI JAUH
TAPI PAGI INI
ADALAH PAGI UNTUK PIPIT
PADI DAH MASAK
DISANA SINI PIPIT
TERBANG BERKAWAN KAWAN
ADA PIPIT BIASA
ADA PIPIT UBAN
BUKAN BELAS BELAS
PULUH PULUH EKOR
CHIP CHIP CHIP
SUARA HALUS DIDENGAR
MENUAILAH
MENUAILAH
WAHAI PAPIT
SEBELUM PADI DIRACUN
TAHUN INI RACUN TAK SAMPAI
TERIMA KASEH
MAT KOBID
ADA SOSOK BANGUN
DAN BERTANYA
DIA DILIHAT BODOH
UNTUK BEBERAPA MINIT
TAPI
MAMAT YANG ENGGAN BERTANYA
AKAN JADI BODOH
SEPANJANG HAYAT
PANGLIMA YANG GAGAH BERANI
SEBENARNYA HANYA
ORANG BIASA
HANYA MEMILIKI
TUMPUAN FIKRAH YANG TAJAM
HANG JANGAN KOMPLAIN
SAMPAH BERSELERAK
DI PASAR CHOW KIT
DEPAN RUMAH KAMU
PUN SAMA
KAJI DAN FAHAMI
YANG LEPAS
IANYA MEBERI
JALAN KE HADAPAN
TAKDA APA PUN
YANG TERJADI
DENGAN TERSENDIRI
ATAU
APA YANG DIREKA
TERJADI TAK SENGAJA
SEMUANYA LAHIR
DARI USAHA
HA HA HA
AMAT HINA
JIKA KITA TAK PERCAYA
PADA KAWAN KITA
INI LEBIH HINA
DARI KENA TIPU OLEH MEREKA
HA HA HA
SEMUA ORANG NAMPAK
PEMITIK API LETERIK
BILA LAMPU DAH TERPASANG
KITA JADI KITA
KERANA KITA PEGANG KEBENARAN
MEMANG SAKIT
MEMANG SENGSARA
MEMANG KENA KUTUK
SEMUANYA MENGUBAH DIRI
UNTUK
KITA JADI SAPERTI
KITA HARI INI
HARI INI
MASA INI
DETIK INI
ADALAH MASA YANG TEPAT
UNTUK MELAKUKAN NYA
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan