Rabu, 9 September 2020

RIZAL MANSOR ADIK ROSMAH KE?



RIZAL MANSOR

ADIK ROSMAH ?

AMIN

KENAPA BELOT

NAK TENGOK

KAKAK MASUK

PENJARA

KAH KAH KAH

CILAKAK PUNYA

ADIK

KAH KAH KAH 




Rosmah terima tunai RM6.5 juta berkaitan projek solar, kata saksi

ROSMAH Mansor menerima RM6.5 juta kerana peranannya membantu Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah pedalaman Sarawak, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan hari ini.

Rizal Mansor, 46, saksi utama perbicaraan berkata penyerahan wang tunai itu kepada Rosmah dilakukan sebanyak dua kali.

Rizal, yang merupakan bekas pembantu Rosmah dan saksi ke-21 perbicaraan berkata, beliau sendiri menghantar RM5 juta wang tunai ke kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya pada Disember 2016.

Serahan kedua berjumlah RM1.5 juta pula dihantar ke kediaman peribadi Rosmah dan Najib Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur oleh Pengarah Urusan Jepak Saidi Abang Samsuddin.

Berkaitan pembayaran pertama berjumlah RM5 juta, Rizal berkata Saidi menghubunginya dan memberitahu bayaran untuk Rosmah, seperti dijanjikan, sudah sedia untuk dihantar.

Rizal berkata, RM5 juta itu adalah sebahagian daripada RM187.5 juta yang dipersetujui untuk diberikan kepada Rosmah dalam tempoh lima tahun kerana membantu Jepak mendapatkan projek solar itu.

Katanya lagi, sehari sebelum serahan, Saidi meminta Rizal menemaninya selepas RM5 juta dikeluarkan dari sebuah bank di Medan Tuanku, wang itu kemudian dibawa ke Pavilion, Kuala Lumpur.

Saidi mahukan peneman kerana bimbang membawa wang sebanyak itu, kata Rizal.

Wang itu kemudiannya diberikan kepada seorang perunding, Lawrence Tee, yang ditugaskan menyediakan perjanjian perundingan antara Jepak Holdings dan sebuah syarikat Vietnam untuk “mengesahkannya” sebagai derma politik.

Rizal berkata, pada hari wang dikeluarkan, beliau mengatur seorang peneman untuk mengikut Saidi dan beliau sendiri ke Pavilion bersama seorang kawan lagi untuk memantau situasi.

Tambahnya, di Pavilion, beliau melihat Saidi tiba bersama dua beg besar dan masuk ke dalam Pavilion Tower dibantu pemandu dan peneman itu.

Beberapa minit kemudian, beliau menerima panggilan telefon daripada Saidi memaklumkan yang Lawrence enggan menerima wang itu.

“Lawrence nampak sangat tidak selesa dan kata dia tak berani terima jumlah sebanyak itu. Dia nampak memang tak nak terima wang itu,” katanya lagi.

Ketika itu, Rizal menghubungi Rosmah untuk menjelaskan situasi yang berlaku.

“Rosmah mengarahkan saya untuk menghantar wang tunai itu ke kediaman rasminya di Seri Perdana,” katanya.

Rizal mengikut arahan Rosmah, menyumbat beg berisi wang itu ke dalam keretanya dan pergi ke Seri Perdana.

Apabila sampai sahaja di Seri Perdana, dua pembantu sudah siap menunggu dan mengambil beg itu masuk ke dalam rumah.

“Bila saya masuk ke dalam rumah, Rosmah sudah bersama beg itu.

“Dia tanya ‘berapa banyak?’ dan saya jawab ‘lima’.

“Dia tak buka beg tetapi mengarahkan pembantu bawa beg itu ke biliknya,” kata Rizal di mahkamah. – 9 September, 2020.


BILA NAJIB

KENA 12TAHUN

SEMUA BERANI

BELOT

KAH KAH KAH

TAK BERGUNA

BOSS LAMA

KAH KAH KAH

BELOT UNTUK

SELAMAT DIRI

AMIN

SEMUA JADI

KENG

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pokemak punya betina gemok! laki kau dan anak beranak kau tak bayar cukai. aku ni kena bayar segala mak nenek cukai pada kerajaan malaysia. duit projek solar tu guna duit pembayar cukai, kau sedap jer mintak juta-juta utk kau shopping. babi punya betina gemok!