SILA TEKA
PELAJAR DARI
NEGARA MANA
AMIN
Pelajar IPTS warga asing ditahan disyaki pecah rumah
POLIS menahan seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) warga asing kerana disyaki cuba pecah rumah di sekitar Jalan SS2/18 Petaling Jaya awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pada kira-kira pukul 5.11 pagi pihaknya telah melakukan rondaan di lorong belakang jalan berkenaan selepas menerima aduan cubaan pecah masuk rumah.
“Setibanya di lokasi, polis mendapati seorang lelaki sedang menggoncang dan mengetuk pintu belakang setiap rumah di kawasan itu menggunakan sebuah plat besi.
“Semasa ditahan, suspek yang berumur 24 tahun itu bertindak agresif dan cuba memukul polis menggunakan plat besi yang dipegangnya,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata akibat tindakan agresif suspek, seorang anggota polis telah mengalami kecederaan ringan semasa menahannya.
Nik Ezanee berkata ujian air kencing polis mendapati suspek positif dadah dan sewaktu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, suspek bertindak agresif dengan menjerit serta menendang pintu IPD.
“Suspek direman selama empat hari, disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967,” katanya.
Beliau berkata jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. – Bernama, 29 September, 2020.
1 ulasan:
Jalan Raja Laut ..jalan yang gah dan penoh sejarah itu dah jadi Jalan PELASTIN. Nanti anak muda boleh lah bergasak bakar bangunan dan baling batu pada polis di atas jalan tersebut. Gwa cadangkan juga nama Chow Kit tukar pada Gaza ..Lorong Haji Taib tukar jadi Lorong ARAFAT dan akan dihuni oleh Pelacur Pelastin Berputing Pink ..
Catat Ulasan