Rabu, 30 September 2020

PROJEK KETEPIKAN UMNO

 


PROJEK BESAR

KETEPIKAN UMNO

KAH KAH KAH 


Jangan melampau, 

kata Pemuda Umno 

kepada Pemuda 

Bersatu

PEMUDA Umno mengingatkan Pemuda Bersatu bahawa kerjasama antara dua parti itu harus dibina atas dasar jujur dan ikhlas.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dasuki memberi peringatan itu selepas rakan sejawatnya daripada Bersatu Wan Ahmah Fayshal Wan Ahmad Kamal membuat kenyataan yang dianggap melampau.

Dalam satu hantaran di Facebook, Asyraf menegaskan Umno “berjiwa besar dan mengalah” kepada Bersatu dalam soal jawatan.

Beliau menyebut bagaimana dalam ketiga-tiga kerajaan di Putrajaya, Perak dan Sabah, Umno dan Barisan Nasional yang mempunyai lebih banyak kerusi beralah kepada pemimpin Bersatu untuk jadi perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri.

“Justeru jangan melampau! Ahli Umno juga ada maruah. Tidak selamanya juga kami boleh mengalah.

“Nasihat saya bersahabat dan berpakat mesti jujur dan ikhlas,” tulisnya di Facebook malam tadi, mengulas hantaran Wan Ahmad Fayshal juga di Facebook.

Di Perak, Umno setuju menamakan Ahmad Faizal Azumu yang sekarang timbalan presiden Bersatu sebagai menteri besar walaupun Bersatu hanya ada empat kerusi di Dewan Undangan Negeri berbanding Umno dan BN yang mempunyai 25 kerusi.

Di Putrajaya, Asyraf berkata Presiden Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri walaupun Umno dan BN mempunyai jumlah kerusi terbesar 43 ahli Parlimen berbanding Bersatu yang ada 23 kerusi, dengan 15 daripadanya mereka yang melompat parti dari Umno.

Asyraf juga memberi contoh keadaan di Sabah apabila pengerusi Bersatu negeri Hajiji Noor dimajukan sebagai ketua menteri walaupun Umno menang 14 kerusi berbanding parti itu yang menang 11 kerusi dalam pilihan raya negeri pada Sabtu lalu.

Hajiji mengangkat sumpah jawatan ketua menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin di Kota Kinabalu, pagi ini.

Wan Ahmad Fayshal dalam satu hantaran di Facebook semalam mendakwa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang dalam pilihan raya negeri Sabah kerana kekuatan Perikatan Nasional.

Beliau membayangkan kekuatan itu akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang dan boleh menguasai Dewan Rakyat dengan selesa.

“PN terbukti punya kekuatan tersendiri biarpun orang kampung kata ‘setahun jagung’. Kajian Merdeka Centre tempoh hari jelas menunjukkan PN kalau kena gaya tidak bertembung tiga penjuru akan mampu tawan dua pertiga Dewan Rakyat,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal juga berkata kekuatan PN kerana tidak dibebani isu legasi dan kepercayaan kerana parti itu “masih baru dan segar”, sementara pemimpinnya disifatkan tidak sombong.

“Kekuatannya banyak terkumpul pada pengerusi Bersatu, Muhyiddin yang kita tahu tidak pongah, tidak angkuh dan amat meraikan kerjasama asalkan matlamat utama dalam menubuhkan kerajaan yang kuat, berintegriti dan beramanah itu tercapai.

“Barulah rakyat sayang, tidak dibayangi dengan skandal dan masalah yang kronik sehingga rakyat susah nak percaya,” katanya.

Senator itu berkata PN akan mengubuhkan gabungan baharu politik itu dengan PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Semoga Allah melembutkan hati-hati kita untuk tidak tamak dan sepet akal dalam menilai. Masa depan Malaysia buat masa ini cerah bersama Perikatan Nasional. Insha-Allah,” katanya.

PN yang diluluskan pendaftarannya pada awal Ogos lalu dibentuk oleh Bersatu bersama PAS, serta PBRS dan SAPP di Sabah.

MIC juga penaja asal tetapi kemudian menarik diri dengan alasan Umno dan BN tidak menganggotai PN. – 29 September, 2020.


BILA ANWAR

CAMPUR ZAHID

CAMPUR NAJIB

MUHYIDDIN GOYANG

JENG JENG JENG

APA AKAN JADI

JENG JENG JENG



Tiada ulasan: