Rabu, 23 Disember 2020

BERKHALWAT MASUK KE HARI 281

 




KHALWAT  KE 281 

RABU 23/12/2020  

KITA MASUK KE HARI 281
BERKHALWAT

ESOK KHAMIS
PETANG HARI MAULUD NABI ISA
DUNIA KALI INI
TIDAK MENYAMBUT MAULUD
SAPERTI TAHUN TAHUN 
YANG LALU

2021
YANG AKAN SAMPAI JUGA
AKAN DILIHAT LEMAU
ADUH!
PUKUL VIRUS DARI 
CHINA MDERAH INI
TERUS MENGANCAM DUNIA

GAWAT POLITIK KITA
MASIH BELUM REDA
DIBERITAKAN
NUMBO NUMBO
MASIH BERKELIARAN

NUMBO APA MASIH BELUM JELAS
NUMBO RUMAH KE?
NUMBO KERETA KE ?
NUMBO  EKOR KE?
TAK HABIS HABIS
SOK SEK SOK SEK
NUMBO NI 
DAH ANTA PADA AGONG
YAN AMPOOOON

PAGI INIO
GUA MASUK HOKKIEN BISING
KAT PINTU MASUK
ADA BUNYI
HOW WOW  HOW WOW
KELUAR DARI SAEKOR UNGGAS
KUAT AMAT KUAT
HAMPIR SATU HOKKIEN 
TERDENGAR
SIMPONI CENGKERIK
JADI SEPI
BILA HOW WOW HOW WOW
MELAUNG

SIAPA TAHU 
BURUNG APA INI
GUA CUBA LIHAT
TAPI GAGAL
GUA PERLU  TEROPONG JAUH

AH
PAGI INI JUGA
GUA DENGAR
TOK TOK TOK
BURUNG BELATUK

DI TENGAH GAUNG HOKKIEN
SAEKOR HELANG
GAGAH TERBANG MELAYANG
MELAWAN ANGIN

DI TENGAH JALAN
LIMA EKOR WARGA HOKKIEN
MARAH KERANA
TAKTAK DAN EZI
MASUK  WILAYAH MERAKA

SALAKAN MEREKA
MEMADAMKAN
YANG LAIN

KUALA LUMPUR CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
GUA RASA HARI INI PANAS
AMIN

BRO
SESEKALI
KITA PERLU JUGA
MELELEHKAN AIR MATA

BRO
JANGAN KENTENTERAM KITA
BOLEH DIKALIH
OLEH 
PERANGAI ORANG LAIN

KITA WAJIB
MEMBESAR  SENDIRI
TAK KIRA BERAPA
TINGGI AYAH KITA

PALING SENANG
UNTUK KITA TAHU 
MASA DEPAN KITA
IALAH 
KITA LAKUKAN

BRO
KALAU KITA ADA
HANYA SATU JAM
KITA TAHU PUKUL BERAPA
ORANG YANG ADA DUA JAM
SELALU TAK PASTI TENTANG MASA

BERANI BUKAN
KERANA HILANG TAKUT
BERANI IALAH
BERUPAYA  BERGERAK
MELAWAN TAKUT

SUKA DENGAN APA 
KITA BUAT
BUAT APA YANG KITA SUKA

BRO
BILA KITA BERBEZA
DARI YANG LAIN
MAKA ITULAH
KITA DILIHAT KACAK

BRO
LEBIH BAIK GUA DIBENCI
KERANA APA YANG GUA SAHEH LAKUKAN
DARI GUA DISAYANGI
KERANA PEKARA 
YANG  BUKAN GUA  BUAT

SEMUA BERGANTUNG
PADA DIRI KITA

BRO
NAK TERUS BERTAHAN
NAK TERUS LUPAKAN
SEMUANYA
DITANGAN KITA

LIHAT HIDUP INI
DENGAN CERMIN DEPAN
BUKAN CERMIN BELAKANG

BERBUDI BAHASA
SESAMA INSAN
SEMASA  KITA NAIK  KE ATAS
MUNGKIN KITA
PERLUKAN MEREKA
BILA KITA  TURUN KE BAWAH

BRO
JANGAN TENGOK TEMPAT
KITA JATUH
TENGOK DIMANA
KITA TERGELINCIR

BRO
JANGAN AMBIL POT
ORANG YANG LEPAS
ITU PASAL NAMA MEREKA
TAK MASUK SENARAI
MASA DEPAN LU

BRO
BILA KITA MAAFKAN ORANG
BUKAN KERANA ORANG ITU
KITA MEMBERI MAAF KERANA
DIRI KITA SENDIRI
KITA NAK TERUS KE DEPAN

SEMUA YANG TERJADI
ADA SEBAB MUSABAB

KEBAHAGIAN
MENGATASI KEKAYAAN
KERANA
TAKDA SAPA BOLEH CURI
ATAU PINJAM

APA YANG KITA CAKAP 
RAMAI ORANG KURANG YAKIN
TAPI
APA YANG KITA LAKUKAN 
SEMUA  ORANG PERCAYA

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: