RABU 3/3/2021
KITA MASUK HARI KE 351
BERKHALWAT
BERKHALWAT
DARURAT
HARI KE 50
PKP2 BERJALAN
KINI RENTAS DAERAH
TELAH DIBOLIHKAN
SAPA NAK BALIK KAMPUNG
NAK TENGOK SANAK SAUDARA
DAH BOLEH
TAPI AWAS
MINGGU PERTAMA INI
PASTI SIBUK
BAGAI NAK RAK
JAGA DIRI
JAGA SOP
MAT KOBID MASIH
BERADA DISEKELILING KITA
AMIN
PAGI INI HOKKEIN
AGAK BASAH
HUJAN PETANG KELMARIN
TAPI CENGKERIK
DAN TOK HENG
TAK BERPESTA
KERANA RUMPUT KERING
TELAH DI RACUN
DAN ADA TELAH DIBAKAR
UNTUK SAMBUTAN
KENDURI KUBUR BULAN DEPAN
HOW WOW MASIH BERLAGU
SAEKOR MURAI DALAM GAUNG
BERKICAU
TAK SUDAH SUDAH
ADUH!
DUNIA TANPA MURAI
ADALAH DUNIA
YANG MEMBOSANKAN
KUALA LUMPUR KELAM
BERJEREBU
AWAN TAK ADA
TAPI LANGIT KELAM TIDAK BIRU
AMIN
BRO
TERSENYUMLAH
MACAM GUA SENYJUM
BILA DENGAR MURAI
BERKICAU PAGI INI
BRO
BUKAN SUSAH
NAK HIDUP GEMBIRA BAHAGIA
SEMUANYA
TERPULANG PADA
APA YANG ADA DALAM KEPALA KITA
KEBIJAKSANAAN
IALAH ANAK PEREMPAUN
KEPADA PENGALAMAN
BRO
KALAU KITA BELAJAR
ILMU TAK AKAN
MELEMAHKAN MINDA KITA
KEBENARAN ITU
ANAK TUNGGAL
KEPADA MASA
NIKMAT YANG DIHORMATI
IALAH BILA KITA FAHAM
BRO
DALAM DUNIA INI
ADA TIGA JENIS ORANG
SATU YANG MELIHAT
DUA YANG NAMPAK BILA
DIPERLIHATKAN
TIGA YANG TAK MELIHAT
KEPERLUAN
IALAH
PEREMPUAN SIMPANAN ALAM
BRO
SEMUA ILMU PENGETAHUAN KITA
BERMULA DARI
PERSEPSI KITA
MASA INI
AKAN JADI PANJANG
JIKA KITA GUNAKAN
SENI
TAK PERNAH SIAP
HANYA DITINGGALKAN
BRO
PENIPUAN YANG PALING
BESAR DALAM HIDUP KITA
DATANGNYA DARI FIKIRAN
KITA SENDIRI
BRO
SEMUA TINDAKAN KITA
PASTI ADA TUJUAN
SEMPOI
ADALAH
SOPISTIKASI
HA HA HA
SAPA ADA BANYAK BENDA
PASTI SELALU
TAKUT HILANG BENDA
KERAJAAN ZALIM
AKAN JADI KUAT
KALAU KITA TAK BERSUARA
BRO
BILA KITA MENANGIS
IANYA DATANG DARI HATI
BUKAN DARI KEPALA
BRO
SESIAPA BERHUJAH
DENGAN KITA DENGAN
MENGGUNAKAN FATWA
ORANG LAIN BERMAKNA
DIA TIDAK MENGGUNAKAN AKAL
DIA MENGGUNAKAN INGATAN
BRO
KENAPA AGAKNYA
MATA KITA MELIHAT TERANG
KETIKA KITA MIMPI
DAN AGAK KABUR
KETIKA KITA JAGA
BERIMAJINASI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan