KHALWAT KE 352
KHAMIS 4/3/202I
KITA MASUK KE HARI 352
BERKHALWAT
PKP2
BERKHALWAT
PKP2
BERJALAN
RENTAS DAERAH
TELAH DIBENARKAN
RENTAS NEGERI
MASIH DILARANG
VAKSIN SEDANG
DIGUNAKAN UNTUK
BARISAN DEPAN
AMIN
SEKOLAH TELAH
KEMBALI DI BUKA
AMIN
JUMLAH KEMBALI SIHAT
MENGATASI
JUMLAH SAKIT
INI BERITA BAIK
AMIN
PAGI INI HOKKIEN
SEGAR HUJAN PETANG KELMARIN
MEMBAWA KABUS NIPIS
KUALA LUMPUR JUGA
BERKABUS NIPIS
CAMPUR JEREBU
KL SENTAL LEBIH CERAH
DARI WILAYAH BUKIT BINTANG
MATAHARI DI ARAH
SUNGAU BESI SEDANG NAIK
BERSINAR INDAH
HARI INI MENJANJIKAN PANAS
SAEKOR KENG KENG
TERBANG SAMBIL BERSUARA
DUA TIGA KALI
SELURUH HOKKIEN
MENDENGAR
ADA WARGA BARU
CHIAP CHIAP CHIAP
SUARA MONOTONOUS
YANG KUAT
SIAPA DAI INI?
SATU KUMPULAN TIONG
BUAT SIBUK
DI KAMPUNG TEMPUA
APA YANG DI HEBOHKAN
TAKDA SAPA TAHU
BRO
SENYUM
KITA MULAI HARI INI
DENGAN SENYUM
BRO
BESI BERKARAT
BILA DITINGGALKAN
AIR BEKELODAK
JIKA TIDAK MENGALIR
FIKRAH KITA JADI LEMBIK
JIKA KITA TIDAK BERGERAK
ALAM SEMULA JADI INI
ADALAH PUNCA SEGALA
ILMU PENGETAHUAN
ALAM MEMILKI LOJIK
ALAM MEMILIKI HUKUM
TIDAK ADA SESUATU BERLAKU
TANPA SEBAB
BAGITU JUGA REKAAN
IANYA MUNCUL
KERANA KEPERLUAN
ALAM
TIDAK AKAN
MELANGGAR
HUKUM ALAM
BRO
KEBENARAN
IALAH JAMUAN
UNTUK FIKRAH BIJAK
BEBAL BUTA
SELALU BAWA SALAH JALAN
MAKA
WAJIB BUKA MATA
BRO
JIKA KITA MELAKUKAN SESUATU
TANPA TEORI
SAMA SAPERTI JURAGAN KAPAL
TANPA PETA
TANPA KOMPAS
TAK TAHU KE MANA ARAH
BRO
AIR DALAM SUNGAI
YANG LU USIK ITU
ADALAH AIR AKHIR
AIR PERTAMA YANG BARU
SEDANG SAMPAI SEKARANG
BRO
REKAAN MANUSIA INI
TIDAK AKAN
DAPAT MENGATASI
REKAAN ALAM SEMULA JADI
PENGALAMAN BUKAN
MEMBAWA SILAP
YANG MEMBAWA SILAP
IALAH PENILAIAN KITA
TERHADAP DIA
YANG TIDAK MEMILIKI KUASA
AMIN
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHALWAT
1 ulasan:
Dari kiri cepat jln...!
Catat Ulasan