Khamis, 4 Mac 2021

UMNO DAH TOLAK BERSATU


 

 UMNO JELAS

DAH TOLAK

 BERSATU

KAH KAH KAH

NAK BINCANG 

APA LAGI

KAH KAH KAH


Isu kerjasama dengan Umno diputus petang ini, kata Bersatu

BERSATU akan menetapkan pendirian petang ini mengenai keputusan Umno yang enggan bekerjasama dengan parti itu lagi dalam pilihan raya umum akan datang, kata setiausaha agungnya.

Hamzah Zainudin berkata keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 19 Februari itu sudahpun dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi Bersatu seminggu kemudian pada 26 Februari.

“Pendirian Bersatu akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada petang ini 4 Mac…” kata Hamzah.

Tambahnya, ia seterusnya akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang.

Ia akan membabitkan parti komponen lain PAS, Star, SAPP dan Gerakan, katanya yang tidak menyebut tarikh untuk mengadakan mesyuarat itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas kandungan satu surat didakwa daripada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial.

Surat dialamatkan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memaklumkan Umno tidak lagi mahu bekerjasama dengan parti tersebut dalam pilihan raya itu.

Surat bertarikh 26 Februari itu memaklumkan, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 19 Februari, yang selari dengan kenyataan Bersatu.

Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa semalam mendedahkan parti itu sudahpun membuat keputusan mengenai kerjasama dengan Bersatu dan menggesa Zahid mengumumkannya.

Beliau juga mendakwa keputusan berkennaan dibuat di mesyuarat Majlis Tertinggi pada 19 Februari dan dimaklumkan dalam satu surat kepada Muhyiddin pada 26 Februari.

Annuar  yang juga menteri dalam Kabinet pimpinan Muhyiddin mempersoalkan sebab untuk tidak mendedahkan kandungan surat tersebut kepada anggota parti yang berhak mengetahuinya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Majlis Tertinggi sudahpun menjelaskan bahawa isu mengenai kerjasama dengan Bersatu akan diputuskan perwakilan dalam perhimpunan agung Umno.

Pengumuman mengenai kuasa perwakilan memutuskan isu kerjasama dengan Bersatu dibuat Majlis Tertinggi Umno pada 6 Januari lalu.

Perhimpunan tersebut yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada akhir Januari ditunda sekali lagi untuk kali ketiga ke tarikh 27 dan 28 Mac, ekoran kawalan pandemik. – 4 Mac, 2021.

 BINI DAH LARI

NAK CARI

BOMOH KE? 

AMIN 

KENA PAKAI 

BOMOH

KAH KAH KAH

JUMPA BOMOH

SIAM

ATAU

BOMOH KERALA

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, bila kes mahkamah akan mula lagi? Minggu depan? Apa jadi kalau hakim putus hantar y-bi segera ke sg buloh? Tim banduan dah amat cemas sekarang.