Isnin, 19 April 2021

SEMUA KANGKING OPPS....

 


SEMUA KANGKUNG

OPSSS....MAAAF

SEMUA

LOKMAN ADAM

Unknown commented on 

"TUHAN JAGA UNTA

 TOK ARAB YANG MASUK MASJID

 - TAPI ...."

Ada satu soalan yang berlegar dalam kepala...Malaysia Tanah Airku melaporlan lebih 300,000 kes positif covid setakat ini April 2021, semenjak krisis kesihatan ini bermula di awal tahun 2020. Macam mana dengan keadaan orang-orang ini yang dikatakan sudah sembuh. Website Akademik Sains Negara, yang pada mulanya saya beranggap amat prestij, seperti negara lain seperti Perancis, Amerika, Russia dan sebagainya, menerbitkan lapuran dari ahli nya yang dikatakan dari bidang kesihatan manusia...tapi sampai hari ini, cuma artikel dari tahun 2020. 



Apa sudah jadi dengan pengalaman baru? Juga, ingin tahu, senarai lapuran pengalaman pemgamal perubatan di jurnal perubatan, tak kira dimana, yang melapurkan pengalaman mereka menangani krisis kovid ini? Sampai sekarang, dari Dr Zul selaku menteri dah beralih ke Dr Hisham selaku ketua pengarah kementerian kesihatan saja muka krisis kovid Malaysia. Takde dengar siapa-siapa yang menyebarkan lapuran doktor pakar tentang pengalaman mereka. Tak ada ke siapa-siapa yang berminat nak belajar atau ingin tahu apa yang dilalui? Juga, bagaimana dengan pesakit yang sudah sembuh, apakah keadaan mereka, adakah mereka mengalami apa-apa masalah berpanjangan? 



Saya ada tanya satu kawan yg dilapurkan positif masa bulan februari 2020...dia kata ok je... Lagi satu ahli parlimen tak tanya ke berapa kes kovid yang berulang, sekali, dua kali, tiga kali dan sebagainya...ooopps, maaf, Agung dah gantung parlimen, dah darurat, ahli parlimen bercuti dengan gaji... Banyak juga soalan yang timbul...kalau tahu ada sapa sapa doktor yang menerbitkan pengalaman mereka, sila kongsi ya...jangan simpan sendiri.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MP Muar Syed Saddiq dah komplen gomen amal double standard apabila memkompaun RM1,500 ke atas seorang pelajar matrikulasi di Perak serta merta kerana dikatakan telah melanggarkan SOP Kobid-19. Orang kenamaan, selebriti dan pegawai-pegawai tinggi gomen termasuk menteri-menteri pulak boleh dilepaskan begitu je atau memhebohkan akan mengeluarkan kertas siasatan ke atas mereka tapi kemudiannya senyap camtu je... Nape tak dikompaun serta merta?
Gomen ni tak paham ke, diaoang ni buat rakyat marhaen makin bonci kat diaoang...!

Tanpa Nama berkata...

Pagi tadi, kat opis, ada terserempak dengan ketua department yang mana, beberapa anak buah dia dikatakan positif kovid dua minggu lepas.

Dia orang kat mana sekarang? Ada kat rumah kuarantin lagi.

Tak masuk sungai buluh ke? Ada, empat atau lima hari saja.

Apa dia orang buat kat sungai buluh? Monitor saja.

Tak bagi ubat? Tak.

...senyum lemah, balik kerja masing-mading...

Monitor je....not all covid case are infected and reacted equally...