PEMIMPIN ISLAM
ANWAR IBRAHIM
DISERANG
AMIN
PEMIMPIN ISLAM
YANG JUJUR
YANG WARAK
YANG SELALU
JADI IMAM
DI SERANG LAGI
AMIN
KENAPA
PEMIMPIN ISLAM
DI SERANG?
AMIN
‘Lupakan cita-cita
jadi PM’,
Khairuddin
serang Anwar
di sebalik
khabar angin
pertemuan istana
Bekas ahli Umno Khairuddin Abu Hassan yang baru-baru ini merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bertemu dengan pemimpin daripada seluruh parti politik hari ini melancarkan serangan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas khabar angin yang kembali beredar di media sosial mengenai peralihan kuasa kepada pembangkang.
Dikenali sebagai pengikut setia Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin diingati sebagai seorang pemberontak dalam Umno ketika skandal 1MDB mula menjadi tajuk perbahasan dalam negara, namun beliau menolak dakwaan bahawa Anwar memiliki sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan atau menjadi perdana menteri.
“Anwar Ibrahim adalah Anwar Ibrahim, seorang yang rakus kuasa untuk jadi PM dan tidak bersabar,” kata Khairuddin kepada MalaysiaNow.
“Beliau hanya syok sendiri,” tambahnya.
Khairuddin berkata Anwar sudah beberapa kali mendakwa dirinya memiliki angka sokongan yang “meyakinkan” dan “kukuh” untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
“Tetapi dalam sidang akhbar beliau yang terakhir mengenai ‘cukup sokongan untuk jadi PM’ akhirnya Anwar Ibrahim kata dia ada ‘sufficient numbers’.
“Maknanya dari ‘convincing,’ ‘formidable’ tetapi akhirnya hanya tinggal ‘sufficient numbers.’
“Semua orang termasuk Agong sudah tidak yakin lagi dengan tipu helah dan perang psikologi Anwar Ibrahim dalam percaturan politik. Ini sajalah kepakaran Anwar Ibrahim.”
Semalam, Khairuddin yang merupakan pengerusi jawatankuasa protem Pejuang Wilayah Persekutuan yang diasaskan Mahathir berkata Istana Negara memanggil pemimpin daripada semua parti politik.
Beberapa laporan mengatakan ia kononnya bagi membentuk “kerajaan perpaduan” dan “menyelamatkan Malaysia”, namun disahkan hanya sekadar berita palsu.
Sebaliknya, pertemuan itu dimaklumkan sebagai sebahagian daripada pertemuan rutin pihak istana dengan pemimpin politik bagi mendapatkan maklum balas berkenaan usah-usaha melawan Covid-19 sepanjang penguatkuasaan perintah darurat di seluruh negara.
Beberapa pemimpin pembangkang adalah antara 19 anggota dwi-partisan dalam jawatankuasa yang dibentuk oleh kerajaan, berperanan sebagai badan penasihat kepada Agong mengenai langkah-langkah untuk memerangi pandemik Covid-19 selama perintah darurat dilaksanakan.
Spekulasi terbaru mengenai keputusan istana untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin politik itu muncul sejak lebih sebulan lalu selepas petisyen diserahkan kepada Agong oleh Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat (Tamat Darurat), sebuah kumpulan yang turut dianggotai Khairuddin.
Kumpulan itu sedang berusaha untuk mengadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi menyampaikan pendirian mereka berhubung penguatkuasaan perintah darurat ketika ini.
Dalam pada itu, Khairuddin dalam beberapa siri serangan terhadap Anwar berkata pemimpin pembangkang itu hanya dikenali sebagai seorang yang “bijak menipu” dan memainkan perang psikologinya.
“Sesungguhnya, Anwar tidak pernah belajar daripada kesilapan silam.
“Seandainya, Anwar bersabar sikit pada zaman PH tadbir negara; pada hari ini dia sudah jadi PM,” kata Khairuddin.
Pemimpin PH menamakan Anwar sebagai perdana menteri “menunggu” selepas Mahathir dilantik sebagai perdana menteri pertamanya, namun peralihan kuasa di antara dua tokoh itu tidak berlaku apabila gabungan politik tersebut jatuh pada Fabruari 2020 ekoran kemelut dalaman PKR dan pertelagahan antara sesama parti komponennya.
Bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut keluar daripada parti itu bersama pemimpin utamanya yang lain dan kemudian menyertai Bersatu bagi membentuk gaungan yang terdiri dari Umno, PAS, GPS dan beberapa parti lain.
Khairuddin berkata akibat permainan politik yang dimainkan Anwar, krisis dalam PKR berlaku sehingga Azmin keluar dari parti tersebut.
“Kini, dalam PKR dan sokongan luar terhadap Anwar semakin pudar.
“Semua rakyat tidak yakin lagi dengan Anwar. Beliau seorang yang retorikal dan hakikatnya tidak boleh bekerja.
“Untuk Anwar menjaja mengenai ‘sufficient numbers’ untuk jadi PM sudah tidak relevan lagi.
“Anwar ibrahim tidak akan dan tidak boleh jadi PM. Era politik Anwar sudah berlalu dan tidak akan datang kembali buat selamanya,” kata Khairuddin.
1 ulasan:
Anuwar dah selosai jumpa agong. Perkara paling yakin berlaku nanti ialah dio panggil mat sabu guan eng bhawasonya agong dah nak ambik dia jadi piyem. Maka mcm biasa..tercengang dan makin melutut mat sabu dan guan eng peluk nuwar.kahkahkahkah
Samo.lah kes dia on volume maso bercakap dgn wak jahit. Dio nk bagtu yg dia ado nombor kek kawan2 dio.last2 terjerat sendiri.kahkahkah
Catat Ulasan