Jumaat, 9 Julai 2021

BERKHALWAT HARI KE 479

 


KHALWAT KE 479

JUMAAT  9/7/2021

KITA MASUK KE HARI 479
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 179
DAH NAK TAMAT

PKP 4.0
MAKIN BERAT
MAKIN RAMAI 
DISERANG KOBID

POLITIK?
KAH KAH KAH

GEROMBOLAN 
DAH KELUAR
TAPI
TAK JADI APA APA
KAH KAH KAH
PANCUT ATAS PERUT
KAH KAH KAH
AMIN

PAGI INI HOKKIEN MALAP
KLSENTRAL DAN KL
DISELAPUTI KABUS NIPIS
HOKKIEN JUGA BERKABUS NIPIS
HUJAN PETANG   KELMARIN
MATAHARI TERLINDUNG

HANYA TERKUKUR
BERSAHUTAN
DAN
DARI BELUKAR PAYA
GUA DENGAR SUARA MURAI
AMAT JAUH BUNYINYA

DI HADAPAN POKOK MENGKUDU
GUA NAMPAK
BERITA TAK BAIK
BANGLO  TINGGAL SEBIJI
APA DAH JADI
KENA CURI?
ATAU
JATUH ANGIN KUAT
PETANG INI GUA NAK TENGOK
AMIN

BRO 
SENYUM
SENYUMLAH
BERSIUL SAPERTI MURAI

BRO
JAGA FIKRAH
JANGAN BIAR MERAYAU RAYAU
BAWA MUDARAT

BRO
GUA LEBIH SUKA
DIBENCI KERANA SIAPA GUA
DARI GUA DI SAYANGI
TAPI BUKAN GUA YANG SEBENAR

BRO
JANGAN DIKACAU OLEH SEMALAM
JANGAN BERHARAP
UNTUK ESOK
HIDUP UNTUK HARI INI

BRO
TAKDA SIAPA 
BOLEH SELAMATKAN KITA
KITA BERJALAN
DI LORONG KITA SENDIRI

BRO
LALUI KETIKA GEMBIRA
LALUI KETIKA SEDIH
LALUI KETIKA LU JATUH
BANGUN BERJALAN
TANPA TERIKAT

BRO
BETAPA PUN
CILAKANYA KELMARIN
LU BOLEH MULA
SEKALI LAGI  HARI INI

BRO
SETIAP PAGI
KITA DILAHIRKAN
YANG PENTING
APA NAK BUAT HARI INI

JANGAN GOPOH GAPAH
MASANYA AKAN SAMPAI

HIDUP KITA INI
UNTUK MENCARI DUNIA KITA
CARILAH
DENGAN SEPENUH HATI

RAHSIA WUJUDIAH KITA
IALAH
KITA TIDAK TAKUT

BRO
KESEHATAN BAIK
ADALAH HADIAH AGONG
BERSYUKUR IALAH KEKAYAAN
KAWAN YANG BAIK 
ADALAH SAUDARA KITA
MINDA YANG BEBAS
ADALAH NIKMAT

BRO
LU KEHILANGAN
JIKA LU TERIKAT
PADA BENDA ITU

BRO
BERJAYA MENGALAHKAN
 EGO
BERMAKNA KEMENAGAN
BESAR
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Lu nak lepaskan hanjing tersepit ke atau nak dukong biawak hidup ..ada di riwayatkan gegirl yahudi bagi hanjing minom maka direservekang tempat nye di syurga. Jadi tang Tuan Haji Zaheed dan Najeeb kita nak lepaskan dia tersepit ke atau bagi dia mimom sedap2. Yang gwa pasti lepaskan mereka tuhan bagi kita kovid kaw-kaw punye .. ..

Tanpa Nama berkata...

BRO
LU KEHILANGAN
JIKA LU TERIKAT
PADA BENDA ITU

bro
jika benda itu jatuh dari langit terus ke riba lu
mungkin lu tak akan rasa terikat atau rugi bila benda itu hilang.
namun jika benda itu lu dapat dengan hasil usaha penat keringat lu
mustahil lu tidak ada rasa terikat atau rasa kehilangan.