Jumaat, 9 Julai 2021

SIAPA DIA MUSTAPHA INI ?




DARI ARKIB 14 MAC 2018 


ROYAT CHE POR

Wahai Pembacha2 Tukar Tiub yang budiman...sekiranya orang Kelantan  didatangi suatu cherita yang amat tak masok akal,amat bodoh,amat Ahmad Maslan dari segi logiknya...PREPOSTEROUS kata Mat Salleh......maka  orang 2 Kelantan itu akan memberi  jawaban balas ;

    " ROYAT CHE POR BULEH "

Royat....itu dari perkataan  Riwayat atau cherita...Tapi siapa gerangannya CHE POR itu.

Besar kemungkinan Che Por itu dari seseorang yang bernama  Stopa atau Mustapha. Sudah tentulah Mustapha itu bukan   Dato' Mustapha Mohamed...bakal MB Kelantan kerana Mustapha ini bijak orangnya.First Class Honours dan chakap  pun tak keterlaluan bodohnya.

Barang mesti Che Por ini bukanlah orang yang bijak, Pasti bodor atau dungu sehingga  dia sahajalah yang boleh perchaya cherita2 bodoh itu.

Kebelakangan ini ada banyak cherita2  ROYAT CHE POR BULEH....dari peringkat terbawah hingga teratas. Cherita OKT chekek tengkok sendiri. atau chederakan diri sendiri...cherita duit jual rumah...cherita duit derma...duit derma dipulangkan.....

Mengapakan pencherita2 ada gamak mencheritakan cerita2 ROYAT CHE POR BULEH..???.kerana ada ramai insan2 yang kononnya berakal tapi sanggop telan bulat2 cherita tersebut dan munchul di TV  mengiyakan cherita bodor .Hook Line and Sinker!

Terserahlah kepada  Pembacha2 Tukar Tiub memikirkan sendiri. Akhir kalam oleh kerana Kelantan  yang mashor dengan Ku Mat Pet itu pernah disebut Paris of Malaya...sila didendangkan lagu Ya Mustapha dalam bahasa Peranchis.


KAH KAH KAH



Tiada ulasan: