Khamis, 15 Julai 2021

BETUL RAKYAT TAK SABAR

 

SAHEH BENAR

BETUL

RAKYAT

 TAK SABAR

AMIN

RAKYAT JUGA

TAK SABAR NAK

LIHAT ANAK MUDA

BERNAMA

SYED SADIQ

TURUN KE 

JALAN RAYA

AMIN

JANGAN MENGERAM

TELO DALAM

PARLIMEN

KHALAS



Rakyat sudah tidak boleh sabar, kata Muda

RAKYAT sudah tidak boleh bersabar, kata parti Ikatan Demokratik Muda, ketika kes jangkitan Covid-19 di negara ini sudah mencapai rekod harian tertinggi iaitu 13,215 sejak pandemik bermula.

Kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta rakyat bersabar langsung tidak munasabah dan terputus realiti, kata jawatankuasa eksekutif pusat Muda.

“Kehidupan dan masa depan rakyat semakin susah. Selagi kerajaan gagal ini tidak bertukar, bendera hitam dan putih, dan bukan biru, akan terus berkibaran. Protes di alam maya dan fizikal, juga hanya akan bertambah. 

“Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional, yang seolah hidup dalam dunia lain, mesti undur dan letak jawatan,” kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.

Muda merujuk kenyataan Muhyiddin yang memberi jaminan semua rakyat yang memerlukan bantuan akan diberi bantuan oleh kerajaan, dan kerana itu tidak perlu mengibarkan bendera putih.

“Tak payah naik bendera putih ke hitam, nak naik bendera biru tak apa. Maksud saya tadi, kita tahu di mana (mereka yang memerlukan bantuan) dan kementerian ada rekod (bantuan yang diberi),” kata perdana menteri.

Awal hari ini, Muhyiddin juga meminta rakyat supaya jangan percaya dengan dakwaan kononnya kerajaan gagal menangani Covid-19, sebaliknya meletakkan keyakinan kepada kerajaan.

“Jadi bersabarlah, jangan kata kerajaan tak bagi tumpuan, tapi yakinlah dengan kerjasama pimpinan dalam kerajaan, swasta, rakyat dan NGO (badan bukan kerajaan), kita boleh menang dalam menghadapi ‘peperangan’ ini,” kata Muhyiddin, seperti dipetik Bernama.

Menurut pimpinan Muda, keadaan ekonomi dan kesihatan rakyat bukan sahaja terus memburuk tetapi mereka yang bersuara malah ditekan oleh pihak berkuasa.

“Ahli-ahli Parlimen yang cuba untuk membantu rakyat susah pula, dibebankan dengan pelbagai halangan birokrasi

“Mereka yang menyuarakan kesusahan rakyat diancam pihak berkuasa, termasuk aktivis, doktor, dan pelajar,” kata Muda.

Mereka memberi contoh kumpulan doktor kontrak yang menuntut hak dan jaminan pekerjaan lebih adil tetapi diancam tindakan.

Semalam, pihak berkuasa juga mengarahkan bantuan makanan yang dikendalikan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga presiden penaja Muda ditutup kerana sesak dengan orang ramai.

Arahan sama juga dikeluarkan kepada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh daripada DAP.

Muda yang mengemukakan permohonan untuk didaftarkan sebagai parti politik sehingga ini masih belum diluluskan oleh pihak berkuasa. 

Parti itu mempunyai satu kerusi di Dewan Rakyat yang diwakili presiden pengasasnya Syed Saddiq. – 15 Julai, 2021.
 

KALAU BETUL 

POLITIK MUDA

AMIN

PARTI INI

WAJIB MEMIMPIN

ANAK MUDA

KE JALAN RAYA

AMIN

KALAU TIDAK INI

HANYA 

PARTI  BERUDU

SEBELUM MELOMPAT

JADI KATAK

KHALAS



Tiada ulasan: