SOKONG MUHYIDIN
DAPAT PANGKAT
TAK RUGI APA
AMIN
IKUT PERANGAI
NAZRI AZIZ
KHALAS
Jemaah menteri sokong PM sebab takut dipecat, kata penganalisis, pembangkang
SATU-SATUNYA cara untuk jemaah menteri kekal pegang jawatan mereka adalah dengan memberi sokongan sebulat suara kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata penganalisis politik dan ahli Parlimen pembangkang.
Mereka berkata sokongan yang ditunjukkan itu juga satu tamparan hebat buat Umno memandangkan ianya dibuat ketika parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
Jemaah menteri Muhyiddin turut dianggotai sembilan menteri daripada Umno, selain lima ahli Parlimen Umno juga memegang jawatan timbalan menteri.
Penganalisis politik Oh Ei Sun memberitahu The Malaysian Insight dapat difahami kenapa para menteri ingin menjaga jawatan mereka ketika situasi politik negara sedang caca merba.
“Mereka mungkin akan hilang jawatan jika rombakan dibuat pada masa akan datang,” kata Oh.
Ahli Parlimen pembangkang, Hannah Yeoh berkongsi sentimen sama bahawa sokongan sebulat suara itu untuk menjaga kepentingan sendiri.
“Ia dibuat untuk diri mereka sendiri. Bersatu untuk jaga diri sendiri,” kata ahli Parlimen Segambut itu.
Dalam kenyataan awal hari ini, ahli jemaah menteri berkata pendirian mereka menyokong Muhyiddin dinyatakan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
“Ahli jemaah menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh jemaah menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
Kenyataan itu juga menyebut fokus utama kerajaan pada masa ini ialah menjayakan Pelan Pemulihan Negara untuk keluar daripada pandemik Covid-19, demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Pengasas bersama Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik kerajaan kerana memainkan “kerusi muzik” ketika rakyat sedang nazak.
“Umno dan Perikatan Nasional sedang bermain kerusi muzik waktu rakyat Malaysia tengah nazak.
“Ini menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka terhadap penderitaan rakyat,” katanya.
Sejak bermulanya pandemik tahun lalu, Malaysia dikenakan tiga jenis perintah kawalan pergerakan, terbaharu iaitu pada 1 Jun.
Di bawah sekatan ini, perniagaan tidak penting tidak dibenarkan beroperasi. Perniagaan kecil terpaksa tanggung beban, malah banyak yang sudah putus asa terpaksa gulung tikar kerana tidak sanggup lagi bertahan selepas 19 bulan tertekan.
Dalam pada itu, ramai rakyat terpaksa meminta bantuan sesama sendiri kerana ramai yang telah hilang mata pencarian. Malah ada rakyat terlampau terdesak sampai terpaksa mencuri bagi menampung makan minum diri dan keluarga.
Rakyat yang merana juga beralih meminta tolong dengan mengibarkan bendera putih sebagai simbol putus asa ekonomi dan makan minum. Pertubuhan bukan kerajaan, kedai serbaneka dan juga stesen minyak juga telah mendirikan kaunter di mana orang ramai yang terjejas boleh mengambil barang keperluan asas secara percuma.
Di bawah Pelan Pemulihan Negara diumumkan Muhyiddin bulan lalu, negara akan dibuka secara berfasa bergantung kepada tiga indikator iaitu kadar vaksinasi lebih 10%, sistem penjagaan kesihatan sudah tidak kritikal, dan kes harian turun bawah 4,000. Dijangka negara akan kembali normal pada hujung tahun ini.
Sementara itu, Pengarah Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata, kenyataan menteri kabinet itu adalah tamparan hebat buat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
“Menteri dari Umno nampaknya enggan ikut keputusan parti itu untuk tarik sokongan kepada Perdana Menteri.
“Ini sebenarnya adalah tamparan hebat buat presiden Umno bahawa keputusan Majlis Kerja tertinggi itu tidak mempengaruhi kerajaan Perikatan Nasional dan kepemimpinan Muhyiddin.”
Sebenarnya, kata Hisomuddin, kenyataan itu perlu kerana jika menteri yang dilantik untuk menjalankan tugas masing-masing oleh Muhyiddin tidak menyokongnya, mereka kena letak jawatan.
“Ini adalah prinsip tanggungjawab bersama,” katanya.
Minggu lalu, Umno menarik sokongan kepada Muhyiddin dengan mengatakan kerajaan gagal memenuhi garis panduan yang dikemukakan oleh Majlis Kerja Tertinggi pada 11 Mac 2020.
Susulan pengumuman Umno itu, Muhyiddin menjadikan Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri sementara Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein dinaikkan pangkat sebagai menteri kanan. – 14 Julai, 2021.
1 ulasan:
Ini lah budaya orang melayu isle berpolitik semua sapu keliling last sekali dosa semua dihalalkan selepas pi cium Batu Itam .....
Catat Ulasan