Selasa, 13 Julai 2021

PARLIMEN BERSIDANG - ANWAR ANGKAT SUMPAH

 

AGONG TEKAN

PAKATAN TEKAN

MUHYIDIN

KENA TEKAN

KAH KAH KAH 

ANWAR 

ANGKAT SUMPAH KE ?

KAH KAH KAH



Sidang Parlimen untuk 'perutusan khas'

JIKA mengikut perutusan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional bertarikh 5 Julai 2021, sidang Parlimen yang ingin diadakan dalam masa lebih kurang dua minggu lagi ini, ia hanyalah sekadar sidang atau mesyuarat khas sahaja sedangkan sepatutnya mereka kena membuat sebuah sidang Parlimen yang “proper” seperti yang lazim dibuat. 

Itulah tuntutan Perlembagaan di mana sistem negara ini bertunjang kepada ketinggian perlembagaan.

Maknanya, oleh kerana sidang Parlimen bagi tahun 2021 ini masih belum pernah dibuka atau dirasmikan sidangnya oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) – salah satu komponen penting dalam Parlimen negara ini – berdasarkan skema Perlembagaan Persekutuan (selain Dewan Rakyat dan Dewan Negara), maka patutnya sidang yang ini perlu dianggap sebagai perasmian rasmi sidang Parlimen oleh YDPA bagi tahun 2021.

Mungkin sahaja YDPA sendiri ada niat untuk bertitah sesuatu untuk memaklumkan sesuatu kepada rakyat. Bukankah institusi diraja dianggap memayungi rakyat? Parlimen = YDPA + Dewan Rakyat + Dewan Negara.


Setakat ini para ahli Parlimen masih belum menerima mana-mana notis pemakluman rasmi berkenaan tarikh sidang Parlimen lagi. Tidak pasti bilakah notis itu akan diserahkan kepada kami?

Apabila Kerajaan memaklumkan hanya ingin mengadakan sidang /mesyuarat khas sahaja, logiknya atau maknanya, ia hanyalah sekadar sebuah sidang untuk tujuan tertentu sahaja.

Semasa saya berada dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH), hal ehwal Parlimen itu di bawah tugas hakiki JPM (undang- undang) yang antaranya, YB mendiang Dato VK Liew dan saya diamanahkan untuk menjaganya. 

Apabila Kerajaan hanya ingin sekadar mengadakan sidang khas sahaja, maknanya tidak akan ada sesi soal jawab dengan para menteri dan timbalan menteri yang biasanya diadakan dari jam 10 pagi hingga 11.30 pagi (untuk Isnin dan Rabu).

Jika ada sessi MQT (Sesi Waktu Soal Jawab kepada Menteri sahaja – timbalannya tidak boleh menjawab), ia akan bermula dari jam 10 pagi hingga 10.30 pagi dan selepas itu ia dilanjutkan hingga ke jam 12 tengah hari.

Maknanya melalui sesi soal jawab tersebut, para ahli parlimen dibenarkan untuk lebih awal kemukakan soalan-soalan lisan dan bertulis kepada Setiausaha Dewan bagi mereka membangkitkan isu-isu penting dalam negara kepada kementerian tertentu.

Semasa mendiang YB Dato VK Liew dan saya diamanahkan menjaga hal ehwal Parlimen dahulu, kami telah berjaya berbincang dan berjaya mendapatkan persetujuan YAB PM untuk YAB PM turun ke Parlimen bagi tujuan menjawab sendiri soalan ahli parlimen semasa sesi MQT.

Tujuannya bagi YAB menjawab isu-isu yang dirasakan maha penting untuk dijawab oleh beliau sendiri.

Misalnya, isu Tabung Haji. Meskipun (menteri agama) Dr Mujahid Yusof, misalnya, boleh menjawab, tetapi kita memohon agar YAB PM sendiri yang menjawab.

Saya sendiri telah bertemu empat mata dengan PM pada masa itu bagi berbincang betapa mustahaknya beliau sendiri turun menjawab soalan soalan tertentu walaupun kami sedar kekangan masa yang beliau hadapi.

Sebenarnya kami, pada masa itu, telah mula bergerak ke arah untuk melaksanakan sesi soal jawab khas dengan PM sahaja setiap minggu di Parlimen jika Kerajaan PH tidak dirompak!

Oleh kerana kita adalah kerajaan yang ada mandat rakyat, kita mahu di Parlimen, seberapa boleh semua isu rakyat boleh ditanya dan dijawab.Itulah namanya akauntabiliti. Sebab itu juga ia dinamakan DEWAN RAKYAT.

Speaker pada masa itu pun lazimnya akan memberi kelonggaran dari segi masa dan bilangan soalan tambahan yang hendak ditanya jika YAB PM sendiri yang turun menjawab.

Hatta dalam sidang Dewan Negara, TPM juga telah beberapa kali turun dan menjawab soalan.

Bagi sidang khas bermula 26/7/2021 ini, nampaknya semua itu malangnya tidak akan ada.

Jika ada, sudah tentu mereka telah pun menghantar notis pemakluman bertulis kepada para ahli parlimen untuk mereka kemukakan soalan-soalan itu.

Para ahli Parlimen umumnya tidak mahu melepaskan peluang sesi ini.

Malangnya untuk sidang khas ni hak mereka seperti sedang dirampas!!!

Seperkara lagi, kita semua maklum bahawa Kerajaan sudah membelanjakan wang negara atau wang rakyat, maka perbelanjaan itu tidak dapat tidak, patut dibahaskan di dalam sidang Parlimen!

Amat perlu dibentangkan sebuah RUU perbekalan tambahan untuk dibahas dan diluluskan.Itu adalah kemestian menurut undang-undang. Sebab wang itu adalah milik negara atau rakyat! 

Kegagalan berbuat demikian boleh ditafsir sebagai pecah amanah dan satu jenayah!

Sekali lagi,malangnya, kita tidak nampak ia akan berlaku di sidang khas ini. Di manakah dasar pertanggungjawaban?

Sebab itu, khabar angin yang bertiup kencang dalam kalangan para ahli Parlimen adalah sidang khas ini berkemungkinan hanya seperti perutusan khas sahaja. Kami berharap ianya tidak betul.

Jujurnya, kami tidak rasa apabila Tuanku YDPA dan Raja-Raja Melayu menitahkan beberapa kali supaya perlu diadakan sidang Parlimen dengan segera, ia hanyalah diniatkan hanya satu sidang atau mesyuarat khas semata-mata yang semacam sekadar melepaskan batok di tangga sahaja.

Bukankah asas negara ini adalah demokrasi berparlimen? – 12 Julai, 2021.

* Mohamed Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang.


APA AKAN JADI

BILA PARLIEMN

BERSIDANG

AMIN

ANWAR IBRAHIM

NAK ANGKAT

SUMPAH KE ?

AMIN




Tiada ulasan: