RAKYAT SOKONG
AMIN
POLITIKUS
HENTIKAN
BERPOLITIK
AMIN
RAKYAT BENCI
KHALAS
Dr Mahathir mahu
kerajaan tubuh majlis
khas segera
tangani Covid-19
DR Mahathir Mohamad mahu kerajaan menubuhkan segera sebuah badan khas, dengan kuasa melakukan apa saja yang boleh untuk menangani penularan Covid-19 sehingga ia tidak lagi mengancam rakyat.
Dalam satu tulisan di blognya, bekas perdana menteri berkata badan itu harus diberi kuasa istimewa dengan matlamat mengurangkan kes Covid-19.
“Tindakan yang akan diambil hendaklah dibiayai oleh kerajaan melalui peruntukan khas yang sepadan dengan tindakan tersebut.
“Kakitangan awam yang terlibat dengan pelaksanaannya hendaklah berkhidmat dengan badan itu.
“Badan ini mesti mempunyai kuasa dan wibawa seperti yang diberi kepada Majlis Gerakan Negara semasa Darurat pada 1969 hingga 1971,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya, hari ini. – 13 Julai, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan