Ahad, 8 Ogos 2021

NAJIB BERCAKAP BENAR



TUAN AJI NAJIB

BERCAKAP BENAR

AMIN

TUAN AJI MUHYIDIN

TIPU AGONG

KHALAS




Mustahil pengganti PM jadikan Malaysia lebih teruk – Najib

KUALA LUMPUR – Tuan Haji Najib berpendapat agak mustahil bagi seseorang yang boleh menjadi pengganti sebagai perdana menteri menjadikan Malaysia lebih teruk daripada paling parah di dalam dunia.

Ini kerana beliau mendakwa Malaysia kini sudah menjadi antara negara paling corot dalam dunia daripada segi pemulihan terhadap Covid-19 dan ekonomi.

“Kalau sudah gagal segagalnya mengawal Covid-19, menjaga ekonomi dan untuk usaha membeli, mengugut katak walaupun diberi kuasa penuh darurat tujuh bulan dengan seluruh jentera kerajaan, maka ianya sudah tiba masa untuk menerima realiti dan memberi laluan kepada pemimpin lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Najib mengajak untuk memerhatikan siapakah lagi ahli Parlimen yang bakal mempertahankan Perdana Menteri, Tuan Haji Muhyiddin Yassin ketika usul undi percaya di Parlimen pada September nanti.

“Sebab ramai akan buat rumusan masa itu bahawa mereka yang ketinggalan bas dan masih ingin berkait dengan kerajaan tanpa keabsahan yang gagal segagalnya sehingga saat terakhir itu adalah mangsa-mangsa sogokan dan ugutan scheme of things,” katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan yakin Muhyiddin telah berbohong kepada Yang di-Pertuan Agong ketika memberitahu beliau masih ada sokongan majoriti.

Jika benar-benar ada sokongan majoriti tersebut, siapa sahaja akan buat undian serta-merta untuk menyelesaikan segala keraguan berhubung keabsahannya dan bukan menunggu sehingga sebulan.

Katanya, menggantikan perdana menteri tidak bermaksud seluruh kerajaan akan berhenti berfungsi sebaliknya kerajaan akan lumpuh sekiranya semua perkara hanya bergantung kepada perdana menteri sahaja dan ia merupakan risiko amat besar.

“Kerajaan tetap jalan cuma dasar akan berbeza. Sebagai bukti, kerajaan tetap berjalan walaupun PM8 masuk hospital seminggu semasa dia diarea. Tak lumpuh pun kerajaan.

“USA tak dijahanamkan apabila Biden ganti Trump bulan Januari lalu di tengah pandemik. Jepun juga tak jahanam apabila Yoshihide Suga ganti Shinzo Abe pada bulan September lalu di tengah pandemik,” katanya.

Tambah beliau, sidang media yang dikatakan bahawa 31 orang ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan Perikatan Nasional biar pun pernah dikatakan 40 orang sebenarnya adalah bukti kukuh bahawa Muhyiddin sudah hilang sokongan majoriti.

“Itupun makin hari makin berkurang setelah satu persatu daripada 31 orang yang dinamakan itu letak jawatan kerajaan atau keluarkan kenyataan untuk menafi sokong PM8.

“Selagi keabsahan PM8 tidak diselesaikan secepat mungkin (secepat mungkin bukan bermaksud tiga atau empat bulan kemudian), selagi kerja tawar-menawar, hadiah durian, sidang media dan meeting kat rumah tengah malam akan berterusan.

“Itulah fokus seluruh negara bagi masa sebulan lagi – bukan fokus pada Covid atau ekonomi,” tambahnya. – 


JELAS

TUAN AJI NAJIB

BIJAK BISTARI

AMIN

SEMENJAK 

TINGGALKAN BADAK

 TUAN AJI  NAJIB

MAKIN  JUJUR

 MAKIN SYUMUL 

MAKIN BERJURUS

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK

ANGKARA BADAK

AMIN

TUAN AJI NAJIB

MASIH LAGI

PERDANA MENTERI 

YANG DICINTAI 

RAKYAT MALAYSIA

KHALAS



2 ulasan:

Unknown berkata...

Abe jib berani kkecek doh loni dih..aritu berat kakloh napok.. kes abe jib tak habih lagi tu.. jatuh hukum jel 12 tahun bilo nak bayar? Abe jib ado cito cito nok jadi piem skali lagi ko? Abe jib reti kor nok wat turun kobid ni acu royak mari lagu mano caqo hok jho low ajar abe jib.. duit 1emdibi habih doh kor makey kalu ado lebih payung la sikik nok wat beli veksin ko rakyat malaysia, jange bui kor rakyat mongolia pulok deh.. kak rosmah apo kabar senyak jah loni abe jib bui nafkoh cukup dok?

Unknown berkata...

Haritu nadanya hari hari terakhir saekor najib harini dah lain dengungnya Tt.. tah mana satu ni Tt nak najib ke sungai buloh ataupun nak najib jadi piem balik.. najib masa jadi piem 1endibi pastu main belakang altantuya pastu bom pulak lagi..pastu 2org pegawai krajaan jadi kambing hitam tunggu hukuman gantung.. agaknya apa yang lebih teruk dari tu bagi saorang piem.. Tt dulu bukan main canang arini dah tebalik hati. Tt nak apa sebenarnya lau nak madey jadi piem sampai hujung nyawa cskap je terus terang ishh..