ANNOYING NI
AMOI CINA KE ?
KAH KAH KAH
WOIT
INI PRESIDEN
YANG CAKAP
AMIN
JANGAN BUAT
BANGANG DALAM
KERAJAAN
KHALAS
Jangan beri alasan ‘annoying’ lagi, kata Zahid
JANGAN lagi beri alasan yang “annoying” atas kegagalan anda, dan beri fokus kepada pemulihan ekonomi dan membawa negara ini keluar daripada pandemik Covid-19, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada barisan menteri.
“Meskipun majoriti anggota Kabinet kerajaan lama, tetapi mereka kini berkhidmat di bawah kerajaan baharu,” katanya di Facebook.
“Maka seharusnya cara bekerja dan berfikir untuk rakyat serta negara dengan cara baharu. Mereka perlu buktikan mereka bukan seperti yang disindir dan dikritik oleh masyarakat.”
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata pendekatan lama yang menimbulkan kemarahan, kekecewaan dan keresahan rakyat jangan diulang.
“Kerajaan baharu dikatakan kerajaan ‘result oriented’, maka buktikan penghasilan yang terbaik insya-Allah.
“Tempoh 100 hari jadi penanda aras. Kiraan telah bermula maka jangan sia-siakan harapan rakyat,” katanya.
Zahid berkata fokus utama kerajaan sepatutnya untuk menurunkan kes jangkitan Covid-19 dan mempercepatkan imuniti kelompok.
“Fokus juga kepada memulihkan ekonomi rakyat dan negara. Tiada lagi sindrom penafian dengan alasan yang ‘annoying’,” katanya.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah pada 21 Ogos selepas Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan susulan hilang majoriti di Dewan Rakyat.
Pada Isnin, Kabinet Ismail Sabri – terdiri daripada 30 menteri dan 38 timbalan menteri, kebanyakannya berkhidmat di bawah Muhyiddin sebelum ini – mengangkat sumpah jawatan.
Dalam memilih Kabinetnya, Ismail Sabri berkata mereka perlu cemerlang dan membuktikan pencapaian jangka pendek dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan. – 1 September, 2021.
1 ulasan:
Woi Wak Jahid kamu siapa???Kamu nak ajar kabinet?Kah..kah buat lawak.Sepatutnya kamu btahu mereka,jgn mencuri harta rakyat,jgn import Bangla,jgn nenipu.Jgn jadi mcm Bos ku penyamun.Aku tengok muka kau Wak Jahid,rase nak muntah..Hak..ptui..
Catat Ulasan