Rabu, 1 September 2021

MENARIK AMAT MENARIK

 


PERANG DUNIA

KE 3 AKAN SAMPAI

AMIN

INI BUKAN SATU

YANG BARU

AMIN



Bersiap hadapi Perang Dunia Ketiga'


Kuala Lumpur: Menggunakan gelaran Sittah Annur, seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita itu yang dikaitkan dengan usaha mengembangkan ajaran diasaskannya dikenali sebagai Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Individu berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai dakwaan dan ramalan pelik.

Selain bercerita mengenai peperangan itu, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW serta merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.

Sumber keselamatan mendedahkan, kumpulan PMYT pimpinan wanita itu kini diikuti sehingga 3,000 pengikut.

"PMYT dikesan sudah mewujudkan 22 kumpulan Telegram di seluruh negara dan pengikutnya kini kian bertambah saban hari. Pengikutnya bukan sahaja terdiri daripada orang kebanyakan sebaliknya ada golongan profesional seperti doktor, jurutera, pensyarah dan guru.

"Lebih membimbangkan, ada pesara kerajaan dan anggota polis serta tentera juga menjadi anggota kumpulan itu yang dikhuatiri akan dimanipulasi untuk perkara berbahaya rentetan mereka ini terlatih kepada penggunaan senjata api," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kumpulan PMYT itu kini sudah menggerakkan anggota untuk menyediakan peralatan seperti alatan memburu, cangkul dan makanan di beberapa negeri bersempadan di utara tanah air sebagai persediaan jika peperangan tercetus.

"Sittah Annur juga sudah menyenaraikan lokasi tertentu untuk anggotanya dari Malaysia dan Nusantara termasuk Indonesia serta Brunei bergerak apabila peperangan tercetus sebagai tempat berlindung, berkumpul sebelum bergerak memerangi musuh," katanya.

Tambahnya, antara negeri yang dimaksudkan seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang didakwa Sittah Annur sebagai kubu pertahanan mereka memerangi musuh sebelum menggerakkan pasukannya mencari Imam Mahdi.

Wartawan Skuad Khas Harian Metro sudah meneliti ucapan dan pelbagai ramalan Sittah Annur di platform media sosial digunakannya mendapati dakwaannya seperti dilaporkan.

Semakan di YouTube mendapati sekurang-kurangnya saluran digunakan wanita terbabit sudah mendapat lebih 2,000 langganan dan terdapat 74 video sudah dimuat naik wanita terbabit.

Video perkongsian wanita itu berkaitan peperangan, pertemuannya dengan Nabi Muhammad SAW secara purata ditonton antara lebih 1,000 hingga 48,000 tontonan. Sementara di FB, wanita itu diikuti lebih 4,900 rakan.

Guna nama tokoh pemimpin, agamawan pengaruhi orang ramai

Kuala Lumpur: Bagi meyakinkan pengikutnya, Sittah Annur yang mengembangkan kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dikesan menjaja nama beberapa orang pemimpin negara, pemimpin dunia dan tokoh agama sebagai khalifah kepada ajarannya itu.

Sumber memaklumkan, Sittah Annur menyenaraikan nama beberapa sultan dan putera mahkota di Malaysia selain presiden negara serta agamawan dalam serta luar negara yang akan memimpin mereka bersamanya untuk memerangi musuh selepas tercetusnya peperangan.

Mengulas lanjut, sumber percaya semua tokoh dinamakan itu tidak mempunyai kaitan dengan ajaran kumpulan berkenaan.

"Kita percaya ini hanyalah cara wanita itu untuk meyakinkan pengikutnya. Malah, agamawan disenaraikannya itu juga tidak tahu mereka dalam senarai yang dipilih menjadi khalifah ajaran itu.

"Tindakannya menyebabkan kegentaran awam, malah dipercayai mahu menggunakan pengaruh tokoh negara, pemimpin dan agamawan untuk tambah pengikut," katanya.

Menjawab soalan wartawan, sumber berkata, wanita itu mendakwa tokoh berkenaan akan memimpin pasukan tentera yang dibentuk mereka itu untuk memerangi musuh.

"Organisasi ajaran ini sangat tersusun. Mereka sudah bergerak dan merangka pelan sebaik peperangan berlaku antaranya melarikan diri ke kawasan pedalaman demi kelangsungan hidup dan akhirnya keluar dari Malaysia untuk bersatu dengan Imam Mahdi," katanya.

Katanya, wanita terbabit menyasarkan pelayar internet melalui medium Facebook dan YouTube untuk mengetengahkan ideologinya.

"Golongan cetek pengetahuan dalam ilmu agama dilihat sangat terkesan dengan perkongsian wanita itu.

"Golongan profesional juga ramai mengikutinya. Ini dipercayai ada beberapa ramalan sebelum ini yang dinyatakan wanita terbabit berlaku," katanya.

"Kebetulan (ramalan) berasaskan logik itu menyebabkan pengikutnya makin taksub kepada wanita berkenaan," katanya.

Susun pergerakan babit 29 lokasi

Kuala Lumpur: Perancangan teliti ala tentera.

Itu yang dilakukan oleh pimpinan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) berhubung kaedah pergerakan pengikut kumpulan itu yang begitu tersusun membabitkan 29 lokasi di seluruh negara.

Berdasarkan sumber, sebanyak 29 lokasi berkumpul iaitu 14 di Sabah serta Sarawak dan 15 lokasi di Semenanjung untuk pergerakan kumpulan itu.

Sumber turut memaklumkan kepada Skuad Khas Harian Metro bahawa peta lokasi berkumpul bagi pengikut ajaran ini sangat terperinci termasuk poin peta lokasi sebenarnya sehingga kepada pergerakan mereka.

Menurutnya, perancangan teliti dilakukan itu membuktikan kumpulan ini sangat tersusun, malah pengikutnya juga terdiri daripada pesara serta petugas badan beruniform yang terdedah dengan latihan dan penggunaan senjata api nyata sangat berisiko kepada keselamatan negara.

Dalam perkembangan sama, sumber itu berkata, kumpulan ini sudah mengenal pasti enam lokasi untuk dijadikan penempatan atau bunker iaitu dua di Semenanjung dan empat di Sabah serta Sarawak.

"Berdasarkan maklumat kita, mereka meletakkan sasaran untuk pembinaan kubu kumpulan ini di sekitar Kota Putra, Kuala Nerang, Kedah dan satu lagi lokasi adalah sekitar di Hutan Belum, Perak.

"Jika kita lihat semula poin penempatan sementara ini adalah terletak berhampiran sempadan," katanya.

Di samping itu, sumber itu berkata, ia adalah lokasi penempatan atau berkumpul sementara untuk pengikut PMYT tempatan serta pengikutnya daripada negara jiran sebelum mereka bergabung di satu lokasi di utara Semenanjung.

Katanya, kumpulan terbabit turut mewujudkan aliran pergerakan pengikut kumpulan mereka termasuk komposisi setiap kumpulan berkenaan termasuk meninggalkan mesej sulit bagi pengikut yang berada di belakang laluan itu.

"Kumpulan ini menyatakan penempatan sementara itu perlu dilaksanakan untuk mengelakkan daripada dikesan 'musuh' seperti yang diramal oleh ketua mereka.

"Ketua ajaran ini juga mewujudkan sistem pengecaman menerusi pemakaian tagging berwarna untuk pengikutnya dan setiap warna berkenaan akan melambangkan negeri yang diwakili oleh seseorang individu.

"Kumpulan ini sudah menetapkan lima zon mewakili seluruh negeri di negara ini dengan warna tertentu, termasuk dua warna untuk pengikut dari Brunei serta Indonesia," katanya.

 

DIMANA MANA

SENTIMEN INI

ADA

AMIN

TAMBAH PULAK

MASA KOBID

AMIN

DI PAKISTAN ADA

AMIN

TAK CAYA 

SILA BUKA

YOUTUBE

AMIN

UNTUK PENGANUT

AGAMA

ADA KESAH DAJAL

KESAH

 IMAM MAHADI

AMIN

UNTUK LAIN

PERANG GLOBAL

ANTARA CHINA

DENGAN AMERIKA

AMIN

SEMUA ADA

BUKAN SATU

YANG PELIK

KHALAS




Tiada ulasan: