Rabu, 29 September 2021

BERKHALWAT HARI KE 560

 




KHALWAT KE 560

RABU  29/9/2021

KITA  MASUK KE HARI 560
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA KEMBALI
11,000+++
MENAKUTKAN

JUMLAH SELESAI SUNTIKAN
BERTAMBAH
APAKAH AKAN ADA
DOS KE TIGA ?
AMIN

POLITIK
PARLIMEN BERSIDANG
BINCANG 
RANCANGAN MALAYSIA KE 12

JENG JENG JENG
MANA NAK CARI DUIT

DI GERMAN
PARTI SOSIAL DEMOKRAT
MENANG TIPIS

PADA TAHUN 2017
LEPAS PRU  MASA UNTUK
 TUBUH KERAJAAN
HAMPIR  4 BULAN
LEPAS PRU
RUNDING SANA
RUNDING SINI
BARU DAPAT TUBUH GAMIN
KAH KAH KAH
AMIN

PAGI INI HOKKIEN
BASAH DAN SEGAR
PETANG KELMARIN HUJAN LEBAT

KL & KL SENTRAL CERAH
MATAHARI TERLINDUNG AWAN HITAM
AWAN BIRU MERATA RATA
JIKA MATAHARI MEMBAKAR
HARI INI PANAS
SAMPAI KE PETANG

PAGI  INI HOKKIEN
MILIK CENGKERIK
SIMPONI BERLAGU
DI KIRI KANAN JALAN
KUAT DAN MENCERIAKAN
SESEKALI
TERKUKUR BERSUARA

KETIKA PULANG
DIATAS BUKIT JANTAN BERKOKOK
BUNYI MERDU
TANDA JANTAN SENIOR

TAK TAK & EZI
MENIKMATI PAGI 
YANG INDAH
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM MEMULAKAN
PAGI KITA INI

BRO
JANGAN HARAPKAN
KESETIAAN DARI SOSOK
YANG TIDAK ADA KEJUJURAN

JANGAN BERHENTI MENCUBA
JANGAN BERHENTI PERCAYA
KEBENARAN AKAN TERBUKA

BRO
LU TERSEREMPAK
DENGAN MAMAT TU
BUKAN TAK SENGAJA
ADA PERANCANGAN
YANG LEBIH BESAR
SAMA ADA BAWA RAHMAT
ATAU
MENJADI PENGAJARAN

BRO
LU KATA LU CINTA 
PADA DIA
TAPI LU TAK LAKUKAN APA APA
CINTA LU TAK ADA MAKNA
YAKIN PERLUKAN BUKTI
MAAF PERLUKAN PERUBAHAN

BRO
KALAU LU HILANG KAWAN
KERANA LU JUJUR
LU TAK RUGI APA APA
DIA BUKAN KAWAN YANG BAIK

BRO
JAUHI DIRI
DARI PEKARA NEGATIF
LU AKAN CERIA GEMBIRA

BRO
HIDUP INI SEMPOI
LU TAK PERLU TERANGKAN
GAYA HIDUP LU
PADA ORANG LAIN

PERSAHABATAN BAIK
IALAH YAKIN
TANPA PUTAR
TANPA KELENTONG
TANPA RAHSIA

BRO
KALAU KITA DAH
MINTA MAAF
MAKA KITA UBAH
PERANGAI KITA

SETIAP PAGI
HARI PERMULAAN
TARIK NAFAS
SENYUM
DAN MULAKAN SEKALI LAGI

BRO
HIDUP GUA INI
BUKAN SEMPURNA
TAPI GUA BERSYUKUR
DENGAN APA YANG GUA ADA

MATAHARI
YANG BERSEORANGAN ITU
TETAP BERSINAR

PERCAYA CAKAP ORANG
AMAT SENANG
PERCAYA  PADA CAKAP SENDIRI
AMAT SUSAH

BRO
KALAU LU NAK BERJAYA
JANGAN TAKUT
BERJALAN SEORANG DIRI

ILMU DATANG
BILA KITA BELAJAR
BIJAK DATANG
BILA KITA JALANI HIDUP

KEDEWASAAN SAMPAI
BILA KITA TAK BUAT HELAH
DAN
MULA MEMBUAT PERUBAHAN

BRO
SAYANG PADA  SEMUA
PERCAYA PADA SEDIKIT
SEMUA INI WUJUD
TAPI
TAK SEMUA BENAR

BRO
GUA TAK PEDULI
APA ORANG LAIN FIKIR
ATAU A
PA ORANG LAIN KATA TENTANG GUA
GUA TAHU SIAPA GUA
GUA TAK PERLU
BUKTIKAN APA APA
PADA SESIAPA PUN

BRO
MINDA KITA INI
AKAN BERGERAK
MACAM MUSUH
KALAU TIDAK DIKAWAL
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: