Rabu, 29 September 2021

BETINA TANPA JANTAN

 


JANTAN TANPA BETINA

BETINA TANPA JANTAN

Aku tak teringat di mana aku khatam membaca  kitab Men Without Women – Jantan Tanpa Betina atau  terjemahan yang sopan Lelaki Tanpa Perempuan. Apakah  aku khatam sekali lagi ketika aku dalam tahanan di Kamunting tahun 2001.

Fakta ini aku tidak teringat kerana selama dua tahun dalam  tahanan Kamunting  aku telah khatam membaca lebih dari 200 buah kitab pelbagai genre.

Kitab Men Without Womeen  ini  adalah rampaian  14 buah cerita pendek  tulisan  Ernest Hemingway ( 1899-1961). Terbitan pertama tahun 1927.

Ketika aku di sekolah menengah -  muda-muda dulu aku suka membaca novel. Kemudian entah apa yang berlaku – aku jadi malas. Aku beralih  membaca cerita pendek. Mungkin aku tak ada kesabaran untuk menghabiskan  kesah War and Peace yang melarat-larat panjangnya.    Cerita pendek – bercerita dengan pendek – dengan cepat  aku tahu hujung pangkalnya.

Aku  dah lupa isi 14  cerita yang ditulis  oleh Hemingway. Tapi aku tak akan melupakan   buku ini.  Mustahil aku akan melupakan nama buku :  Jantan Tanpa Betina.  Nama buku Men Without Women ini melekat dalam benak aku.  Aku merasai si macho Hemingway ini  menggunakan tajuk ini kerana dia mahu menulis tentang orang macam aku. 
 
Apakah aku ini  sosok jantan tanpa betina? Bagaimana pula kesah betina tanpa jantan atau perempuan tanpa lelaki.

Dalam falsafah hidup aku  - lelaki dengan perempuan atau perempuan dengan lelaki – perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki -  yang dicari  ialah sex. Jangan kita berdulak dalih. Jangan kita tipu diri sendiri dengan hujah molek lagi suci.  Jangan berbohong pada diri sendiri.
 
Tak ada sex semua tak jadi.

Apa yang dicari oleh jantan dan betina ialah sex.  Cinta kasih sayang anak  pinak cucu cicit datang kemudian. Awal wahid ialah sex.
 
Sex ini menjadi misteri ketika kita belum bersetubuh – dengan lelaki atau pun dengan perempuan. Sesudah  mengalami persetubuhan maka  misteri sex  terbarai. 

Memungut kata-kata  Boy George penyanyi  dari kumpulan Culture Club  : I would rather have a cup of tea then sex. Untuk Boy George secawan teh  pilihan yang lebih baik dari sex.

Bila aku teringat dengan  buku Hemingway ini maka aku teringat kepada  diri aku ketika berkelana.  Aku pindah  dari kampung ke pekan. Dari pekan ke kota. Dari negara ke negara . Dari penjara ke penjara. Tapi ranjang sex dan cawan teh  tidak pernah aku tinggalkan.

Aku bukan Boy George – aku memilih  dua-dua sekali - sex dan teh. Teh  untuk aku boleh diminum sebelum atau sesudah ke ranjang. Tidak ada  rukun, hukum  atau peraturan yang wajib dipatuhi.  Mana dulu tidak penting.

Lagi mahal daun teh lagi panas rasa  badan di ranjang. Falsafah aku ini bertentangan dengan falsafah Boy George.

Ketika aku menziarah Australia  tahun 1975 aku telah menambah pengetahuan aku dalam keilmuan sex. Di Australia anak muda – mahasiswa dan mahasiswi  - bujang  dan dara – semua meminati  sex. 

Di Australia sex bukan satu misteri yang wajib melalui ijab kabul. Atau mendapat kebenaran emak bapa, paderi,   gereja, masjid , Tok Kadi  atau Tok Imam.

Pada  hemat aku mana jantan yang sampai ke Australia dan tidak pernah meniduri  Minah Australia  adalah tanda jantan gagal. Begitu juga kalau ada Minah yang singgah ke Australia dan tidak meniduri Mat Down Under ini juga tanda gagal.

Ketika di Kuala  Lumpur ilmu sex aku hanya bertahap  sekolah menengah . Di Australia tahap aku naik ke tahap universiti. Ketika aku sampai ke Eropah pembelajaran dan ilmu pengetahuan sex  yang aku dapati di Australia memungkinkan aku terus membuat Phd- doktor falsafah.

Ketika  aku menetap di London di takdirkan aku bertemu dengan   Janina.  Minah  cun lagi bergetah ini berasal dari Tanjung Tok Kong Pulau Pinang. 

Ketika kami bertemu Putera Charles  baru beberapa tahun  menikah dengan Lady Diana. Orang Ketiga  belum muncul lagi di atas  katil Charles dan Diana.

Aku ingat musim panas tahun 1990 aku bekerja sepenuh masa di Garuda Restoran.   Kerja sepenuh masa ini maknanya aku  diberi kunci untuk membuka restoran  pada jam 10 pagi. Ini sebelum tukang masak dan pekerja dapur sampai. Aku akan membersihkan dan menyediakan restoran yang akan dibuka jam 11.30.

Aku bekerja 6 hari seminggu dan  hanya bercuti pada hari Ahad. Ini maknanya di hujung minggu  ketika kawan-kawan dari kampus berganja dan beranggur aku memburuh di Soho.

Jam dua  hingga jam 6 – restoran ditutup. Ini waktu rehat untuk pelayan dan juga pekerja dapur.   Aku ada empat jam untuk berehat. Kadang kala aku tidur dalam  stor. Tapi biasanya aku merayau-rayu masuk ke galeri  untuk melihat pameran dan lukisan untuk membunuh  masa. 

‘ Isham... I’m coming to Soho... meet me at  the usual place...’ Janina menelefon aku.

Tempat biasa kami bertemu ialah di sebuah cafe di Charing Cross Road. Kedai kopi China  ini terletak  sederet  dengan kedai buku Foyles  yang tersohor itu.

Aku suka duduk di kedai kopi ini. Pertama ianya tak jauh dari Garuda Restoran tempat aku bekerja. Ke dua di Charing Cross Road ramai Minah  Cun dan Mamat Jambu yang berjalan  dari Oxford Street ke China  Town atau melintas  ke arah  Leicester Square. Wilayah Soho ini tempat  memperaga  fesyen dan  badan. 

Aku sampai awal. Aku telah mengambil meja di kaki lima paling hampir dengan jalan. Dari jauh aku nampak Janina menapak. Tangannya mengepit  buku dan majalah. Pasti sebagai bahan bacaan ketika duduk dalam kereta api bawah tanah.

Sebelum duduk Janina  meletakkan  buku Sex And The Single Girl dan majalah Time Out.  Aku membelek buku ini. Hasil  tulisan Helen Marie Gurley Ketua Pengarang majalah Cosmopolitan. Buku ini tidak pernah aku baca. Pertama aku  bukan girl. Ke dua aku tak pernah single. 

Majalah Time Out ini selalu juga aku belek-belek di kedai buku.  Ini majalah panduan mencari nikmat hidup dalam kota London.  Majalah mingguan  ini memberi pembaca panduan tentang panggung teater, panggung wayang,  wayang terbaru , dewan konsert,  kedai makan,  restoran pelbagai negara, pameran seni,  kelab malam dan tempat untuk bercanda-canda. Hakikatnya majalah pemandu untuk  merasa nikmat hidup dalam kota kosmopolitan London.

‘ So what’s  news...’ Aku bertanya apabila Janina telah  melabuhkan punggung gebunya  ke atas kerusi rotan.

‘ I’m lonely... I need a partner... nak cari jantanlaaa...aku dok tidooo sorang je ni...’ Janina mengadu pada aku.

Aku arif benar sejarah Janina ini. Janina sampai ke London kerana dia dibawa  oleh  Dave – Jantan Mat Salleh. Janina dan Dave bertemu di Bangsar. Dave datang ke Kuala Lumpur untuk  membuat program Tv untuk  stesen BBC. Janina ketika itu bekerja sebagai pegawai media.

Pertemuan mereka bagai pinang dibelah dua.

Janina pernah  memberi aku tahu bagaimana Dave  telah singgah di Masjid Negara dan bertanya dengan Tok Siak  Masjid Negara cara untuk  menjadi saudara  baru. Dave juga  berlegar di  beberapa kedai buku di Kuala Lumpur  dan membeli  buku tentang Islam.

Bila aku terdengar surah ini  maka  perangai jujur aku  menerkam ke hadapan. Aku ketawa terbahak-bahak.

‘ Wow... ini  rancangan licik... untuk menanggalkan  seluar dalam kamu ...’ Aku terbarai ketawa apabila  mendengar surah lakonan Dave.

Janina berhenti bekerja,  dan pindah dari Hartamas  Kuala Lumpur ke  Finsbury Park  London untuk tinggal bersama Dave. 

Bulan pertama indah permai. Mereka berbulan madu. Bulan ke dua juga indah lagi permai. Sex menjadi  ikatan. Sebelum  ke pejabat ada sex . Pulang dari pejabat  ada sex.  Tengah makan ada sex . Selepas makan ada sex. 

Masuk bulan ke sembilan semua berubah. Ini selepas Dave pulang dari Madagascar.  Hampir sebulan  Dave  di pulau itu membuat penggambaran. 

Satelah tiga  minggu Dave  pulang ke Finsbury Park Janina merasakan ada sesuatu tak kena.  Dave kadang kala pulang amat lewat. Kadang kala  pulang dari studio dan  keluar sekali lagi.

Ketawa sinis aku terbukti  betul.   Di Madagascar Dave bertemu dengan seorang atlet Madagascar. Sebulan kemudian Minah Madagascar ini datang juga ke London.  Mungkin kali ini Dave berjanji  akan  menyimpan rambut  untuk menjadi  penganut Rastafarian seperti Bob Marley..

Seperti apa yang terjadi kepada  Lady Diana kini   telah terjadi kepada Janina : orang ketiga telah muncul di atas katil.  Janina   terus membuat keputusan.

Aku ingat lagi petang itu Janina menelefon aku minta aku datang membantu kerana dia berpindah rumah. Janina membuat keputusan meninggalkan Dave. Janina pindah ke Brixton menumpang di rumah  Sue Minah Salleh kenalan lama Janina.

Amoi China pelayan sampai. Dia membawa kopi panas untuk aku dan secawan air limau untuk Janina. 



‘ Isham.... kau tengok ni... tengok tengok...’Janina menunjukkan Time Out kepada aku. Bukan bahagian wayang atau bahagian restoran  tapi bahagian iklan untuk mencari  kenalan.

‘ Aku nak iklankan diri  aku disini ....disini.... ‘  Kata putus dari Janina.

‘ Betul ke... kau berani ke.. ini blind date...’ Aku  bertanya kerana aku sendiri merasa  takut.

Time Out ini majalah Yuppie dan trendy. Sasaran  pembaca dari  gulungan  profesional yang bergaya dan berduit.  

Aku ada juga membaca ruangan Bujang Bertemu Dara atau Dara Mencari Bujang atau Dewasa Mencari  Pasangan. Ini iklan lelaki  cari teman perempuan. Ada iklan  perempuan cari teman  lelaki. Iklan lelaki cari lelaki -  perempuan cari  perempuan. 

Ruangan Dating For Singles ini mengingatkan aku kepada  Majalah Filem dan majalah hiburan  tahun - tahun 60’an. Ada  juga ruangan seperti ini. Awalnya dipanggil ruangan  Sahabat Pena kemudian  menjadi ruangan Kembang Setaman. Tetapi tidak ada iklan  Lelaki Gembira atau Perempuan Gembira mencari pasangan. 

‘ Baca ini...’  Janina memberi aku sehelai kertas untuk aku baca. 

Isinya :  Young Professional Asian Woman looking for male  friendship  maybe more.. Into cinema, theatre,  books.

‘ Ini iklan kamu ?...’ Aku bertanya.

‘ Yes..’ Janina mengangguk.

‘ Kau tahu ini   blind date .... kau tak pernah jumpa dia... muka Mamat tu  kau tak pernah tengok...bukan macam kau  jumpa Dave....’ Aku  cuba memberi jalan tengah.

‘ Nanti aku minta gambar... pilih laaa.... mana yang perkenan. Aku rasa ok... aku gi jumpa...’  Janina memberi penjelasan.

‘ Jumpa kat  mana ...’

‘ Cafe restoran... buat temu janji.. ya yes blind date’

‘ Kau berani betul ya... aku tak berani jumpa Minah yang aku tak kenal... macam  mana kalau Mamat yang kau date itu  serial killer... dia perogol bersiri ’ Aku memberi ingatan.

‘ Ya laaa... sebab itu aku jumpa kau.... nanti kau leh jadi saksi...’

Dalam hati kecil aku - sebenarnya aku amat kagum dengan keberanian gadis Melayu ini.  Bayangkan dia berani  mengiklankan diri. Berani bertemu dengan Mat Salleh yang tidak di ketahui hujung pangkalnya.

Aku  sendiri tak penah buat  temu janji dengan  Minah yang tak aku kenali.  Cara aku mengayat amat senang. Aku bekerja dalam restoran. Pelbagai jenis awek yang datang.

Ada pelanggan yang nak mencuba masakan  Melayu- Indonesia. Ada yang  ingin bertukar selera. Ada yang terbaca iklan Garuda Restoran  dalam majalah Time Out,   Ada juga yang pernah  pergi bercuti ke Indonesia atau Malaysia dan kenal Nasi Goreng dan Nasi Lemak. 

 Cara aku begini : Jika  Minah itu cun bergetah dan aku ingin mencuba nasib maka aku beri layanan yang xtra- special. Aku beri penerangan panjang lebar setiap jenis makanan yang ditanya.  Aku melawak disana sini.  Bila sudah makan aku hantar kan  kopi percuma.

‘ Coffee on the house...’  Sambil aku menuang  kopi ke dalam cawan.

‘ How was the food..’ Aku bertanya.

‘ Great... great... we loved it...’  Jawapan biasa dari pelanggan. Mustahil ada yang  berkata tak sedap.

Kepada Minah yang menjadi  sasaran aku  berkata : ‘  I could  cook special  for you... pass me your phone number.. it it pleases you...will give you a call... by the way where do you lived ?..’  Aku meminta nombor telefon. Aku  tunggu jawapan. Apakah umpan dipancing disambar ikan.

Jika Minah Cun ini malu nak  memberi nombor telefon maka aku sendiri akan memberi nombor telefon aku.

‘ Don’t call during the  day... me in campus...call in the evening...’ Sengaja aku  sebutkan campus.  Untuk memberi tahu bahawa aku ini mahasiswa masih belajar.

Gagal adalah  lumrah. Tapi kalau aku  tidak mencuba aku tidak tahu. Setiap kali gagal aku perbaiki cara mengayat.  Hakikatnya ramai juga pelanggan Garuda yang  aku berjaya  membuat temu janji.

‘ Kau date nanti  bawa dia ke Garuda laaa... biar aku layan... aku  akan  tengok ok ke tak ok...’ Aku memberi cadangan kepada  Janina. 

Aku terfikir kalau datang ke Garuda boleh juga aku perhatikan perangai  Mamat itu baik atau bagaimana orangnya. Tapi membaca perangai manusia ini bukan  senang. Lihat bagaimana Dave sanggup pergi ke  Masjid Negara untuk memastikan  seluar dalam Janina dapat dibuka.

‘ Tengok nanti...  hari Khamis ini Time Out baru akan keluar...  kita tunggu..’ Janina mengakhir perbualan petang itu.

 Bila aku  menapak dari kedai kopi kembali ke Garuda Restoran  setiap jantan yang aku nampak  di atas jalan semuanya aku anggap berpotensi untuk  menjawab iklan Janina. 

Satu minggu kemudian  aku dapat panggilan  telefon dari Janina.

‘ Isham.. good news....  Sue house mate aku terperanjat... banyak sangat surat sampai...’ Suara Janina gembira.

‘ Betul ke.. ada gambar tak ....’ Aku ikut sama gembira bila mendengar   umpan  telah disambar ikan.

‘ Gambar ada.... petang nanti aku datang... jumpa tempat sama...’ Janina  meletakan telefon.

Aku tak sabar untuk melihat gambar- gambar  jantan  tanpa betina yang menjawab iklan betina tanpa jantan. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW. COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/09/29/jantan-tanpa-betina-betina-tanpa-jantan/


2 ulasan:

Unknown berkata...

Inila cerita yang ditunggu tunggu. Membaca sambil tangan pegang kote. Mula mula dengar ayat janina dalam hati aku cakap hebat betul Tt awek terdesak datang mintak konek.. mana nak cari.. gwa yang baca cerita ni pun rasa stim. Ayat seterusnya yang bikin potong, Tt kalau tak jadi tukang skodeng pompuan tiang jadi tukang ukur panjang pelir. Camtu la dari dulu lagi. Nasib janina baek tak sempat kene Tt lau tak senak sampai ke ulu ati.. Tt tulis pasal bukak slua dalam sememangnya itula kemuncak berahi kesedapan nikmat.. senggama tu dah nomor dua

Tanpa Nama berkata...

Tekun aku baca TT. Mcm ni la best, kasi sambung...