Polis tangkap 7 penyamun
POLIS menahan lima lelaki dan dua wanita yang disyaki terlibat dengan kegiatan samun berkumpulan dalam serbuan di enam lokasi sekitar Lembah Klang sejak dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar dalam kenyataan hari ini berkata lima daripada mereka merupakan anggota badan penguatkuasaan, namun beliau tidak menyatakan dari agensi mana.
Beliau berkata polis turut merampas dua motosikal, sebuah kereta Proton Iswara, tiga telefon bimbit dalam serbuan itu, dan kesemua yang ditahan berumur antara 19 dan 30 tahun itu kini direman sehingga 11 Oktober ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan