Khamis, 7 Oktober 2021

BERKHALWAT HARI KE 568

 



KHALWAT KE 568
KHAMIS   7/10/2021
KITA MASUK KE HARI 568
BERKHALWAT

PKP 4.0
MAKIN BERTAMBAH BAIK
GAMIN KATA 
KALAU DAH 90% KENA CUCUK
SEMUA BOLEH BALIK KAMPUNG
AMIN

POLITIK
KES PANDORA
KAH KAH KAH

KES MELAKA
PRN ATAU DARURAT

GUA SENDIRI
SUKA DARURAT
AMIN

PAGI INI HOKKIEN KELAM
MATAHARI TAK KELUAR
LANGIT KELABU
HUJAN PETANG KELMARIN
TAK MEMBAWA CERAH

DI PINTU BELAKANG HOKKIEN
ADA  KAWASAN BERPASIR
DISINI GUA SELALU
NAMPAK CAKARAN AYAM

LEPAS HUJAN
KAWASAN INI DI CAKAR
OLEH AYAM
KERANA BERPOTENSI
ADA CACING

CAKARAN INI
MACAM MODERN ART
KERJA PICASSO
KAH KAH KAH


DERAMAN KERETA AGAK KUAT
TAPI GUA TAK DENGAR LRT
ATAU MONORAIL
DARI KL SENTRAL
AMIN

BRO
MULAKAN 
PAGI INI DENGAN SENYUM

BRO
YAKIN PADA DIRI
SENDIRI
YAKIN KEUPAYAAN DIRI

BRO
ADA SOSOK DILIHAT BENAR
ADA SOSOK DI LIHAT BAIK
ADA SOSOK DILIHAT  PALSU
ADA SOSOK BAIK BENAR
 MENUTUP PALSU

KELMARIN DAH BERLALU
HARI INI
KITA MAKIN HAMPIR
DENGAN TEMPAT YANG DITUJU

MENYANTUNI
SEMUA SOSOK
INI KERANA 
KITA SEDAR BAHAWA
KITA SEMUA SEDANG
DALAM PERJUANGAN HIDUP

KAWAN PALSU INI
SENANG DIKENALI
DIA MACAM BAYANG BAYANG
KETIKA BERCAHAYA
DIA ADA
KETIKA KITA DALAM GELAP
DIA HILANG

BRO
KITA INI BUKAN SEMPURNA
KITA BUAT SALAH
KITA SALAH CAKAP
KITA BUAT PEKARA TAK BETUL
KITA JATUH KITA BANGUN
KITA BELAJAR
KITA TERUSKAN PERJALANAN
INI NAMANYA KEHIDUPAN

BERTERIMA KASEH
PADA SEMUA
KERANA SEMUA INI
MENGAJAR KITA

BERGEMBIRA
MENIKMATI HIDUP INI
BANYAK LAGI AKAN
DATANG MEMBAWA GEMBIRA
INI HUKUM ALAM

BRO
JANGAN TINGGALKAN
APA YANG LU CITA CITAKAN
MENANTI MUNGKIN SUSAH
TAPI
SUSAH LAGI BILA MENYESAL

BRO
BUKAN SEMUA SOSK ITU KAWAN
MUNGKIN MEREKA SAMA KETAWA
MUNGKIN MEREKA  MENGELILING
INI BUKAN MAKNA
MEREKA KAWAN

BRO
RAMAI ORANG PANDAI BERLAKUN
RAMAI KAKI PUTAR
LAMBAT LAUN
KITA AKAN DAPAT
PENCERAHAN DAN AKAN
DIKENALI SIAPA SOSOK INI
SEBENARNYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAAT



Tiada ulasan: