Putrajaya tidak ganggu siasatan Kertas Pandora, kata PM
PUTRAJAYA tidak akan campur tangan jika pihak berkuasa memutuskan untuk menyiasat mereka yang ada kaitan dengan laporan Kertas Pandora, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata pihak berkuasa bebas menyiasat sesiapa yang terlibat jika mereka mendapati wujud elemen jenayah.
“Jika ada kes terhadap sesiapa di dalam negara kita, pihak berkuasa boleh ambil tindakan.
“Pihak berkuasa tahu berkenaan berita yang disiarkan, kami kita serahkan kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar di PPR Seri Perak Sentul hari ini.
“Jika ada bukti jenayah, mereka akan bertindak sewajarnya.” – 16 Oktober, 2021.
1 ulasan:
tangan ajaib tetap di tangan pemimpin kerajaan & baruahnya S.RM ... kah kah kah
Catat Ulasan