KHALWAT KE 594
KHAMIS 4/11/2021
KITA MASUK KE HARI 594
BERKHALWAT
KITA MASUK KE HARI 594
BERKHALWAT
PKP 4.0
ANGKA 5000+++
NAIK BALIK
POLITIK MELAKA
RAFIZI TIBAI
MAT SABU
KES AMBIL KATAK
NAPA RAFIZI
TAK BERANI TIBAI ANWAR
YANG MAHU AMBIL KATAK
KAH KAH KAH
KATAK KATAK KATAK
HARI INI
HARI DIWALI
HARI PENCERAHAN
JIRAN DEPAN
FLET GUA
KELUARGA INDIA
ACI DAN SUAMI
DAN 3 ANAK LELAKI
SATU ANAK DARA
DI DINDING DEPAN PINTU
ADA PATUNG GANESHA
YANG MENJADI FOKUS
KELUARGA INI SEMBAHYANG
MALAM TADI
GUA NAMPAK
TELAH ADA KOLAM
DI HADAPAN GANESHA
AMIN
PAGI INI HOKKIEN BASAH
PETANG KELAMRIN HUJAN
TAPI TAK LEBAT
UDARA SEGAR
SAEKOR KENG KENG
BERSUARA SATU HOKKIEN
TERDENGAR
MENENGGELAMKAN
SUARA TERKUKUR DAN CENGKERIK
KL & KL SENTAL KELAM
PAGI DIWALI INI
SUNYI TAK ADA DERAMAN KERETA
MATAHARI MALU MALU MUNCUL
LANGIT CAPUK CAPUK
AWAN BIRU DAN PUTIH
PANAS YANG MENJANJIKAN
BRO
SENYUMLAH
PAGI INI
KITA MULKAN PAGI DIWALI
PAGI PENCERAHAN
DENGAN SENYUMAN
BRO
LU NAK BERJALAN KEMANA PUN
PASTI AKAN DI MULAI
DENGAN SATU LANGKAH
BRO
KALAU LU SUSAH HATI
LU INI HIDUP DIALAM KELMARIN
KALAAU LU RESAH GELISAH
LU HIDUP DIALAM ESOK
KALAU LU TENTERAM AMAN
LU SEDANG MENJALANI
KEHIDUPAN HARI INI
BRO
KONSEP MASA INI
KITA YANG BUAT
BILA KITA CAKAP
KITA TAKDA MASA
ERTINYA
KITA TAKNAK BUAT
BRO
JANGAN PEDULI
APA ORANG LAIN KATA
KALAU TIDAK LU AKAN
TERUS JADI
ORANG TAWANAN MEREKA
BRO
KITA MENANG
BILA KITA KALAH
KITA KALAH UNTUK MENANG
BRO
BILA ADA ORANG
SAYANG GILA PADA KITA
MAKA KITA JADI KUAT
BILA KITA SAYANG GILA
PADA ORANG
INI BERI KITA KEBERANIAN
BRO
PERMULAAN BARU
SERING MENYAMAR
SEBAGAI PENGAKHIRAN
YANG MENYEDIHKAN
ROH YANG TIDAK MAHU APA APA
MELIHAT APA YANG TERSIRAT
ROH YANG HENDAK MACAM MACAM
HANYA MELIHAT
APA YANG DIA HENDAK
BRO
SEHAT IALAH MILIK KITA
PALING BERHARGA
SYUKUR ADALAH
HARTA KITA YANG LUMAYAN
YAKIN DIRI
ADALAH KAWAN KITA
PALING SETIA
BRO
AWAS
KEJAYAAN SAMA BAHAYA
SEPERTI KEGAGALAN
HARAPAN JUGA
SAMA LOMPONG
SEPERTI KETAKUTAN
BRO
SOSOK YANG PUAS HATI
BERSYUKUR DENGAN
APA YANG ADA
ADALAH SOSOK KAYA
BRO
BILA KITA CAYA PADA DIRI KITA
MAKA KITA TAK PERLU
YAKINKAN ORANG LAIN
BILA KITA DAH CUKUP
DENGAN APA YANG KITA ADA
KITA TAK PERLU
PERSETUJUAN ORANG LAIN
BILA KITA
MENERIMA DIRI KITA
MAKA SELURUH ALAM SAMESTA
MENERIMA KITA
BRO
KALAU LU TAK TAKUT MATI
SEMUA BOLEH
LU CAPAI
BRO
ALAM INI TIDAK
GOPOH GAPAH
TAPI SEMUANYA
TERATUR RAPI
BRO
MENRIMA HAKIKAT
BAHAWA KITA INI
TAK MUSTAHAK
PERASAAN INI MEMPERKASA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHALWAT
1 ulasan:
rapuzi kata dah pencen tapi pasai dia bising.. bukan dulu yang beria sanagt nak madey join pakatan ni rapussy.. dia kempen satu malaysia tu.. yang tak nak madey ni duly jemin bontot..
Catat Ulasan